Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition – tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 1

OPPO Pad 5 Matte Display EditionOPPO Pad 5 Matte Display Edition

Pengenalan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan bagi tablet telah meningkat mendadak kerana ianya dilihat sebagai alternatif yang ideal kepada komputer riba.

Antara kelebihan yang dimiliki tablet adalah ianya lebih ringan dan mudah dibawa serta menawarkan jangka hayat bateri yang sangat baik.

Terbaru, OPPO telah memperkenalkan tablet terbaru daripada syarikat ini iaitu OPPO Pad 5 Matte Display Edition yang sebuah tablet yang sangat sesuai untuk golongan profesional muda dan pelajar universiti yang mahu belajar, bekerja, dan menghasilkan kandungan hebat semuanya pada satu peranti.

Menariknya, OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini hadir didalam dua versi iaitu versi WIFI yang ditawarkan pada harga RM 1,699 dan versi 5G yang hadir dengan harga RM 2,199.

Selesai sudah pengenalan dan kita kini akan ke bahagian seterusnya dimana setiap aspek tablet ini akan kita terokai dengan lebih mendalam. Jom teruskan membaca Ulasan OPPO Pad 5 Matte Display Edition kami ini.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 2

Reka Bentuk

OPPO Pad 5 Matte Display Edition hadir dengan gaya minimalis premium yang clean dan moden. Ianya hadir dengan kemasan matte finish yang bukan sahaja  elegan malah bersifar juga anti cap jari, menjadikannya sentiasa kelihatan bersih walaupun tanpa sebarang cover.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 3

Selain itu, OPPO Pad 5 tampil dengan rekaan yang lebih mendatar dan tajam yang memberikan penampilan moden mirip tablet flagship. Walaupun kelihatan tajam, sisi bucunya masih mempunyai lengkungan halus supaya tidak ‘mencucuk’ tapak tangan ketika dipegang.

Dalam pada itu, OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu Aurora Pink yang memberikan kesan warna yang berubah mengikut cahaya dan merupakan warna ‘hero’ untuk tablet ini. Warna Starlight Black pula adalah warna hitam yang menonjolkan imej korporat dan eksklusif yang lebih sesuai untuk golongan lelaki.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 4

Seterusnya, OPPO Pad 5 ini mempunyai ketebalan sekitar 6.83mm yang sangat ideal untuk pengguna yang mahu peranti yang mudah alih manakala berat adalah 597 gram sahaja. (599 gram bagi versi 5G).

Lebih lanjut, OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini memiliki satu unit kamera yang diletakkan betul-betul hampir kepada bucu dan ini memberikan penampilan panel belakang yang lebih kemas.

Secara keseluruhan, OPPO Pad 5 Matte Edition adalah sebuah tablet yang memiliki rekaan premium dan sangat mudah alih untuk dibawa dan digunakan dimana sahaja.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 5

Skrin Paparan

OPPO Pad 5 Matte Edition memiliki skrin paparan LCD berukuran 12.1-inci dengan resolusi 2.8K yang memberikan pengalaman visual yang sangat imersif dan kombinasi nisbah 7:5 adalah hampir seperti saiz kertas A4 yang menjadikannya lebih seimbang apabila dipegang secara melintang (landscape) untuk buat kerja atau melukis dan mencatat nota.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 6

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 7

Selain itu, panel LCD yang digunakan pada Pad 5 ini mempunyai saiz sisi bezel yang tidak terlalu tebal namun tidak juga terlalu nipis. Ianya adalah simetri pada bahagian atas dan bawah untuk pengalaman tontonan yang imersif. Ianya juga hadir dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 900nits.

Sesuai dengan namanya, OPPO Pad 5 tampil dengan paparan Matte yang merupakan paparan terbaik pada segmen ini yang menawarkan kejelasan tinggi sama ada  ketika membaca, membuat nota, atau menstrim. Ianya memiliki lapisan nano-etching berketepatan tinggi, gangguan cahaya semulajadi dapat dikurangkan sebanyak 97% manakala kejelasan adalah 22% lebih baik sekaligus membantu memastikan teks kekal tajam dan imej jelas walaupun di bawah cahaya terang.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 8

Tidak seperti filem matte biasa yang boleh mengurangkan kejelasan visual, paparan generasi baharu ini mengekalkan definisi supaya teks halus , gambar dan warna tetap konsisten. Ia juga menerima pensijilan TÜV Rheinland Reflection Free dan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 4.0, menawarkan perlindungan cahaya biru (hardware level)  untuk penggunaan yang lebih selesa.

Dalam pada itu, paparan Matte ini juga menawarkan tahap keterlihatan yang jelas secara konsisten, menjadikan lebih mudah untuk dilihat walapun anda berada di persekitaran dengan kadar cahaya yang tinggi. Matte Display pada tablet ini akan memastikan setiap inci skrin anda tidak silau untuk dilihat.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 9

Pemproses

OPPO Pad 5 Matte Display Edition diposisikan sebagai sebuah tablet untuk anda melakukan kerja pejabat, berhibur, belajar, dan mencipta konten dalam satu ekosistem. Untuk memenuhi semua keperluan pengguna ini, memiliki sebuah cipset yang berkuasa tinggi adalah sesuatu yang mustahak.

Untuk itu, OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 7300 Ultra, sebuah chipset kelas mid-range yang dibina pada proses 4 nm yang fokus pada keseimbangan prestasi dan kecekapan tenaga.

Bersama cip Dimensity 7300 Ultra, OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini juga memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB serta pilihan versi WIFI atau versi 5G.

Beralih kepada perisian, OPPO Pad 5 hadir dengan ColorOS 16 for Pad yang tampil dengan pelbagai ciri yang memaksimakan potensi tablet ini. OPPO Pad 5 membolehkan anda membuka sehingga 12 aplikasi serentak dan beralih dari satu aplikasi ke aplikasi lain dengan pantas yang menjadikan pembelajaran, kerja pejabat dan hiburan menjadi sangat lancar.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 10

Selain itu, ColorOS 16 for Pad juga menawarkan Flux Home Screen yang mana ianya memiliki dok fleksibel yang boleh memuatkan sehingga 15 aplikasi dan grid skrin utama yang menempatkan 60 aplikasi, memastikan lebih banyak aplikasi penting berada tepat di tempat yang anda perlukan. Sama ada anda sedang mengurus banyak tugasan atau fokus dalam sesuatu projek, tablet anda kekal teratur, efisien, dan bergerak seiring dengan anda.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 11

Pensijilan TÜV SÜD 48-Month Class A Fluency yang bermaksud tablet ini akan beroperasi tahap yang optimum walaupun selepas 4 tahun penggunaan.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 12

Untuk pengalaman yang lebih sempurna, OPPO turut menawarkan stylus OPPO Pencil 2R yang dikuasakan  algoritma penulisan termaju OPPO, ianya turut memiliki 4,096 tahap sensitiviti tekanan, memberikan anda kawalan maksimum dan ketepatan luar biasa sehingga tulisan tangan dan lakaran terasa senatural pen sebenar di atas kertas dan ada juga kesan bunyi khas seperti ditulis atas kertas.

Dalam pada itu, Pencil 2R juga menawarkan sehingga 12 jam penulisan berterusan hanya dengan pengecasan selama 10 minit namun pengecasan perlu dilakukan berasingan menggunakan kabel type-C.

Circle to Note

Pengambilan nota dalam mod split screen menjadi pantas dan mudah. Apabila anda menyertai kelas dalam talian, mesyuarat video, atau kertas penyelidikan di bahagian kiri skrin, cuma bulatkan maklumat yang anda perlukan menggunakan OPPO Pencil 2R dan seret terus ke dalam Notes di bahagian kanan. Tiada lagi keperluan untuk melalukan screenshot , dan tiada lagi proses copy and paste. nota penting, rujukan, dan idea spontan dapat dicatat tepat pada waktunya, supaya tiada yang terlepas pandang.

AI Recording Summary

AI Recording Summary menjadikan OPPO Pad 5 Matte Display Edition sebuah perakam AI profesional untuk kelas, mesyuarat, dan temu bual. Ia mengendalikan transkripsi dan bahkan boleh memisahkan kandungan berdasarkan siapa yang sedang bercakap.

Seterusnya, OPPO Pad 5 juga tampil dengan aplikasi pengambilan Notes yang berasaskan AI yang dikatakan antara yang paling berkuasa dipasaran.

Jom kita lihat ciri AI yang dibawa oleh OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini :

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 13

  • AI Writer

AI Writer boleh digunakan untuk menulis atau menyunting laporan, ucapan, nota pelajaran, post media sosial, ulasan makanan dan banyak lagi. Dengan hanya satu ketikan, anda boleh melihat cadangan untuk draf lengkap atau suntingan.

  • AI Formatting

AI Formatting memastikan halaman kekal kemas dan profesional supaya anda boleh fokus pada idea anda dan bukan pada format. Ia boleh mengenal pasti struktur dalam teks serta menyusun perenggan, ‘bold’ kan teks, dan menambah subjudul dengan hanya satu ketikan, menjadikan dokumen, nota, dan ringkasan kelihatan teratur dan mudah dibaca daripada draf pertama.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 14

  • Handwriting Formula Calculation

Handwriting Formula Calculation membolehkan anda menyelesaikan pengiraan matematik bertulis secara terus di dalam aplikasi Notes. Tulis formula dengan Pencil 2R dan AI akan mengendalikan pengiraan yang menawarkan proses penyelesaian masalah kekal pantas dan tidak terganggu semasa kelas, ulang kaji, atau mesyuarat.

  • Real-Time Handwriting Polish

Real-Time Handwriting Polish  akan memperkemas setiap penulisan anda secara langsung, menjadikan nota kuliah yang ditulis dengan tergesa-gesa kelihatan kemas dan mudah dibaca . Pelbagai gaya pratetap tersedia, dan dengan hanya melingkari teks secara pantas, anda boleh memperindahkan bahagian tertentu serta-merta — menghasilkan nota yang lebih jelas dan mudah dikongsi tanpa perlu menulis semula.

Seterusnya, OPPO Pad 5 Matte Display Edition juga menjanjikan pengalaman membaca yang lebih ringkas dengan pelbagai seperti berikut:

 

  • Auto-Generated Mind Maps/Table

Ciri AI ini menukar artikel atau teks terpilih kepada peta minda dan jadual dengan hanya satu ketikan. Kandungan boleh disunting sepenuhnya dalam XMind dan Excel, membolehkan idea yang kompleks disusun secara visual untuk pemikiran yang lebih jelas, ulang kaji yang lebih mudah, serta perbincangan kumpulan atau perkongsian yang lebih berkesan.

  • AI Summary

AI Summary menjana ringkasan artikel pintar dan mengekstrak teks-teks utama secara serta-merta. Ia menjadikan pembacaan berita dan pelayaran artikel lebih pantas daripada sebelumnya, membantu anda memahami mesej teras dengan cepat serta membuat  nota dengan lebih cekap.

  • AI Document

AI Document menyokong pratonton lancar bagi format universal seperti Word dan PowerPoint. Ia juga mampu menghasilkan ringkasan pintar yang menonjolkan maklumat penting untuk bacaan pantas dan pengambilan nota yang cepat, menjadikan dokumen panjang lebih mudah diimbas dan difahami.

Lebih lanjut, Gemini menawarkan bantuan pintar yang berbentuk perbualan merangkumi teks, suara, dan imej. Anda boleh bertanya tentang kehidupan seharian atau topik khusus seperti rujukan seorang pakar, mendapatkan bantuan menulis e-mel dan artikel, atau membiarkannya mentafsir kandungan pada skrin untuk cadangan segera yang relevan dengan konteks. Gemini sentiasa tersedia apabila anda memerlukan pembantu pintar yang pantas dan bijak.

AI Search membolehkan anda melakukan pencarian pada tulisan tangan dan teks dalam Notes untuk membantu anda mengingati semula idea dan pemikiran terdahulu dengan serta-merta. Ia menawarkan carian kata kunci yang tepat serta peka huruf besar/kecil, lengkap dengan pratonton halaman yang jelas, membolehkan anda terus ke baris yang betul tanpa perlu membuat pencarian berulang kali.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 15

Seamless Cross-Device Connectivity

OPPO Pad 5 meruntuhkan batasan antara peranti dengan sambungan merentas ekosistem yang berkuasa. Tanpa keperluan bertukar antara pelbagai peranti, anda kini boleh menikmati aliran kerja yang lancar serta kolaborasi kreatif dengan lebih mudah berbanding sebelum ini. Ini adalah lebih menjimatkan masa, mengurangkan kerumitan, dan mengekalkan fokus anda tanpa gangguan.

Dengan Seamless Cross-Device Connectivity, anda boleh memindahkan kandungan dari skrin kecil ke skrin besar dalam sekelip mata. Semasa kelas atau mesyuarat, foto yang diambil dari telefon pintar boleh dimasukkan ke dalam Notes di OPPO Pad 5 hanya dengan seretan atau ketikan. Tiada langkah pengesahan yang menyusahkan atau muat turun manual diperlukan.

Selain itu, Sambungan ini bukan sahaja dalam ekosistem OPPO, tetapi juga boleh digunakan bersama peranti iPhone, iPad, Mac & Windows PC, dan Insta360, OPPO Pad 5 membuka kreativiti dan kebebasan seperti tidak pernah wujud sebelum ini. Setelah aplikasi ini dipasangkan, anda boleh menghantar fail hanya dengan beberapa ketikan. 

Jika anda pernah menghadapi kesukaran menggunakan kedua-dua ekosistem Android dan iOS, Sambungan Seamless Cross-Ecosystem Connectivity pada OPPO Pad 5 ini memecah halangan tradisional ini yang menjadikan perkongsian ke peranti iOS jauh lebih mudah.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 16

Pembesar Suara

OPPO Pad 5 tampil dengan pembesar suara Quad-Speaker yang turut memiliki Dolby Vision yang membolehkan penghasilkan audio yang lebih imersif dan jelas sehingga 84dB. Ini memastikan setiap dialog panggilan dan podcast kekal jelas serta muzik untuk pengalaman menonton filem dan permainan video yang lebih epik.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 17

Bateri

Untuk menjadi pengganti kepada komputer riba, tablet harus memiliki jangka hayat bateri yang baik dan kombinasi cipset yang sangat cekap tenaga dan kapasiti bateri yang besar.

Walaupun tampil dengan profil yang nipis, Pad 5 Matte Display Edition hadir dengan bateri berkapasiti 10,500mAh yang menjanjikan ‘all-day power’ untuk membaca, menstrim, mencatat nota dan gaming.

Selain itu, tablet ini juga hadir dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W untuk pengecasan semula yang pantas.

Dengan bateri ini, anda boleh menikmati sehingga 15 jam tontonan video, 53 jam pendengaran muzik atau sehingga 6 jam sesi permaianan video grafik tinggi.

ULASAN : OPPO Pad 5 Matte Display Edition - tablet mesra poket terbaik untuk hiburan, pembelajaran dan kerja pejabat 18

Penutup

OPPO Pad 5 Matte Display Edition telah terbukti sebagai sebuah tablet yang mampu menawarkan pengguna pakej 3 dalam 1 yang menjadikanya tablet yang ideal untuk pembelajaran, hiburan dan kerja.

Walaupun memiliki harga yang agak berpatutan, OPPO Pad 5 Matte Display Edition mempunyai pelbagai ciri setaraf flagship yang setimpal dengan harga jualan tablet ini.

Anda kini boleh mendapatkan OPPO Pad 5 Matte Display Edition pada harga dari RM 1,699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.