Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Samsung Galaxy A17 5G secara percuma melalui pelan Unifi Mobile

Dapatkan Samsung Galaxy A17 5G secara percuma melalui pelan Unifi Mobile 1

Dapatkan Samsung Galaxy A17 5G secara percuma melalui pelan Unifi Mobile 2

Unifi Mobile kini mencuri perhatian dengan tawaran terbarunya — Samsung Galaxy A17 5G kini diberikan secara PERCUMA apabila anda melanggan Pelan UNI5G Postpaid 99, yang kini telah diturunkan harganya kepada RM69 sebulan sahaja.

Apabila anda melanggan Pelan UNI5G Postpaid daripada Unifi Mobile, anda bukan sahaja menerima  telefon pintar, tetapi juga membuka akses kepada pelbagai kelebihan premium, termasuk:

• Data tanpa had & kelajuan tanpa sekatan: Padankan telefon 5G baharu anda dengan Pelan UNI5G Postpaid dan nikmati data tanpa had, panggilan tanpa had, hotspot, serta kelajuan tanpa had.

• Waranti Lanjutan 1 Tahun Percuma (bernilai RM99) sehingga 30 Jun 2026: Kekal tenang dan lindungi telefon baharu anda daripada kerosakan kecil kehidupan seharian.

• Baucar Zus Coffee bernilai RM60 secara percuma: Nikmati kopi kegemaran anda, ditanggung sepenuhnya.

Semua ini hadir dalam satu bayaran bulanan yang luar biasa iaitu hanya. RM69.

Samsung Galaxy A17 5G

Samsung Galaxy A17 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Exynos 1330 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Galaxy A17 5G memiliki tiga unit kamera dibelakang iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP serta kamera selfie 13MP.

Seterusnya, Galaxy A17 5G memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP54, antaramuka One UI 7, 6 tahun kemaskini Android dan keselamatan Google.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A17 5G ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan Gray.

Dalam pada itu, Galaxy A17 5G juga memiliki aplikasi Samsung Wallet,  yang direka untuk menjadikan transaksi lebih pantas, selamat dan lancar. Pengguna boleh mengumpul ganjaran dengan setiap bayaran, sehingga RM720 setahun atau RM60 sebulan – hanya melalui perbelanjaan harian mereka!

Selain pembayaran, Samsung Wallet juga berfungsi sebagai pusat digital serba lengkap untuk kad, keahlian, pas transit, kunci digital dan ID, menjadikan kehidupan seharian lebih selamat, teratur dan mudah diakses ketika bergerak.

Dapatkan Samsung Galaxy A17 5G hari ini.

Layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a17-5g-blue-256gb-sm-a176bzbkxme/ untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy A17 5G.

Langgan pelan tersebut melalui laman web Unifi Mobile: https://unifi.com.my/devices

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.