Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia – dari RM 799 sahaja

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 1

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 2

Selain REDMI Note 15 Pro+ 5G dan REDMI Note 15 Pro 5G, Xiaomi turut memperkenalkan REDMI Note 15 yang hadir didalam versi 5G dan 4G.

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 3

REDMI Note 15 & REDMI Note 15 5G

Kedua-dua model REDMI Note 15 ini hadir dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, sensor capjari dalam skrin dan kecerahan maksima mencecah 3,200nits.

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 4

Seterusnya, REDMI Note 15 5G dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3 manakala REDMI Note 15 4G pula hadir dengan cip MediaTek Helio G100 Ultra. Kedua model hadir dengan konfigurasi RAM dan storan dalaman 6/128GB dan 8/256GB.

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 5

Beralih kepada kamera, REDMI Note 15 5G dan REDMI Note 15 5G hadir dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM9 yang turut memiliki OIS. Versi 5G juga memiliki sensor ultrawide 8MP manakala versi 4G hadir dengan sensor depth 2MP. Kedua-dua versi juga hadir dengan kamera selfie 20MP.

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 6

Dalam pada itu, REDMI Note 15 hadir dengan bateri 6,000mAh bersama pengecasan pantas 33W manakala REDMI Note 15 5G pula hadir dengan bateri 5,520mAh bersama pengecasan pantas 45W. Ianya turut hadir dengan HyperOS 2.0 berasaskan Android 15, kali air IP66 (IP64 pada model 4G) dan tahan jatuhan 1.7meter yang termasuk 50 jenis ujian ketahanan.

REDMI Note 15 dan REDMI Note 15 5G kini rasmi di Malaysia - dari RM 799 sahaja 7

Harga dan Ketersediaan

Redmi Note 15 ini hadir didalam tiga warna iaitu Glacier Blue, Mist Purple dan Black pada harga RM 799 secara eksklusif di atas talian. 

Dalam pada itu, REDMI Note 15 5G pula akan hadir didalam dua versi iaitu versi 8/256GB pada harga RM 949 manakala versi 6/128GB hadir pada harga RM 849. Setiap pembelian versi 5G akan menerima Xiaomi Sound Pocket bernilai RM 69 secara percuma.

Promosi ini sah dari 16 Januari sehingga 28 Februari 2026.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.