HONOR MagicOS 10 mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar HONOR di Malaysia
HONOR telah memulakan proses pelancaran berperingkat bagi sistem operasi MagicOS 10 yang amat dinanti-nantikan. Bermula bulan ini, pengguna pelbagai model telefon pintar HONOR akan menerima kemas kini tersebut secara berfasa.
Sistem operasi ini membawakan peningkatan prestasi, estetika reka bentuk lebih elegan, serta keupayaan AI yang terunggul di pasaran terus kepada pengguna.
Pada masa ini, model flagship HONOR Magic8 Pro merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan MagicOS 10. Berasaskan Android 16, MagicOS 10 memperkenalkan reka bentuk baharu dengan elemen lebih telus yang menawarkan antara muka pengguna yang lebih ringan dan intuitif, di samping penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah.
Antara ciri utama yang menarik adalah keupayaan untuk mengekalkan permainan aktif dan bersambung walaupun skrin dimatikan, sekali gus memaksimumkan prestasi di samping menjimatkan bateri. Kemas kini ini akan diperluaskan kepada model-model lain yang serasi secara berperingkat sepanjang tahun 2026 ini.
Membawa Fotografi Mudah Alih ke Tahap Baharu
Melalui MagicOS 10, HONOR mentransformasikan telefon pintar menjadi studio kreatif peribadi anda. Ciri Magic Pose, iaitu pembantu fotografi AI pertama dalam industri, membantu pengguna agar tidak kekok di hadapan lensa dengan mencadangkan gaya pos yang menarik secara masa nyata, memastikan pengguna sentiasa tampil hebat dalam setiap gambar. Selain itu, ciri baharu Magic Color membolehkan pengguna meniru tona sinematik secara serta-merta, memberikan hasil gambar estetik gred filem yang profesional.
Sama ada untuk perkongsian di media sosial mahupun memori peribadi, ciri-ciri ini memperkasakan pengguna untuk menghasilkan kandungan artistik bermutu tinggi dengan mudah.
Pindah Fail Antara Telefon Pintar HONOR dan iPhone Hanya Dengan Satu Sentuhan
OneTap adalah ciri baharu yang meningkatkan produktiviti merentas platform. Pengguna kini boleh menghantar fail dengan pantas dan lancar antara telefon pintar HONOR dan iPhone hanya dengan satu sentuhan.
Pengesanan Anti-Penipuan Dipertingkatkan dan Terjemahan Panggilan Masa Nyata Baharu
Melangkaui aspek kreativiti, MagicOS 10 turut memperkenalkan perkakas AI canggih yang direka untuk keselamatan dan kesambungan. Ciri Pengesanan Deepfake AI yang dipertingkatkan menyediakan lapisan keselamatan tambahan yang kini mampu mengimbas lebih dari seorang individu untuk mengesan wajah yang diubah secara digital semasa persidangan video langsung, sekali gus melindungi pengguna daripada penipuan.
Bagi memperkasakan interaksi global, ciri Terjemahan Panggilan (Call Translation) pula menghubungkan komunikasi lebih baik tanpa hambatan. Dengan menyediakan terjemahan langsung secara masa sebenar semasa panggilan telefon, ia membolehkan pengguna berkomunikasi dalam pelbagai bahasa tanpa kesukaran, menjadikan urusan perniagaan antarabangsa dan pelancongan kini lebih mudah.
Pengguna yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai proses muat turun boleh menemui pakar yang sedia memberikan sokongan terus di kedai HONOR Experience Store berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR www.honor.com/my/

