Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G – premium, berkuasa dan pintar

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 1

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 2

OPPO Reno15 Pro 5G

Pengenalan

Sebagai model paling berprestij dalam barisan ini, OPPO Reno15 Pro 5G membawa pengalaman penggunaan ke tahap yang lebih tinggi. Ia direka untuk mereka yang mahukan prestasi kelas flagship tanpa kompromi, sama ada untuk fotografi, hiburan mahupun produktiviti harian.

Selain itu,keupayaan kamera berasaskan AI generasi baharu pada OPPO Reno15 Pro 5G membolehkan setiap momen dirakam dengan lebih jelas, tajam dan semulajadi, sama ada dalam keadaan cahaya terang atau persekitaran malap.

Teruskan membaca ulasan OPPO Reno15 Pro 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 3

Reka Bentuk

Meneruskan komitmen OPPO dalam menggabungkan estetika berinspirasikan fesyen dengan inovasi termaju, Siri Reno15 mendapat ilham mendalam daripada aurora, fenomena cakerawala yang menarik antara kehidupan yang bertenaga dan keindahan yang menenangkan.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 4

Dengan menggunakan proses pembuatan terkemuka dalam industri, jutaan tekstur mikroskopik diukir pada permukaan peranti, mengubah corak yang dahulunya statik kepada landskap cahaya dan warna yang hidup. Apabila telefon dimiringkan, tona berkilauan akan bergerak dan berubah dengan anggun, bagaikan aurora yang beralun lembut pada panel belakang.

Siri OPPO Reno15 menampilkan kehalusan reka bentuknya melalui perincian yang teliti. Panel belakang dibentuk daripada sekeping kaca tunggal yang mengalir dengan sempurna sehinggake modul kamera.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 5

Selain itu, Siri Reno15 mentafsir semula modul kamera melalui Dynamic Stellar Ring Design yang selari dengan tekstur aurora . Apabila terkena cahaya, ia membiaskan menampakkan lingkaran berkilau yang mengingatkan kepada jalur bintang di angkasa.

Dalam pada itu, Reno15 Pro menggabungkan kerangka aluminium gred aeroangkasa bersama perlindungan kalis air dan debu IP66, IP68 dan IP69. Ianya turut disertakan bersama ciri Splash Touch untuk respon sentuhan pada skrin yang lebih baik walaupun tangan basah sekaligus turut membolehkan fotografi mod ‘underwater’.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 6

Bercakap mengenai warna, OPPO Reno15 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Aurora Blue dan Dusk Brown seperti unit ulasan kami.

Menutup bahagian reka bentuk, Reno15 Pro memiliki ukuran dimensi yang mempunyai ketebalan antara 7.99mm atau 8.13mm dengan berat 187~188gram dimana warna Aurora Blue adalah lebih tebal dan berat berbanding Dusk Brown.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 7

Skrin Paparan

Skrin OPPO Reno15 Pro 5G direka untuk menawarkan pengalaman visual bertaraf premium yang menyeluruh, sesuai untuk pengguna yang menitikberatkan kualiti paparan dalam penggunaan harian. Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED berukuran 6.32-inci yang memiliki rekaan ‘flat’ bersama bezel sisi yang sangat nipis.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 8

Dari segi ketajaman, skrin ini memiliki resolusi 2640 × 1216 piksel dengan kepadatan piksel 460 PPI, membolehkan setiap perincian dipaparkan dengan sangat jelas dan halus. Teks kelihatan tajam, imej lebih terperinci dan kandungan visual berdefinisi tinggi seperti video serta foto dapat dinikmati dengan lebih realistik.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 9

Kadar segar semula sehingga 120Hz pula memastikan pergerakan pada skrin kelihatan lebih lancar dan responsif dengan tiga mod kadar segar semula yang tersedia iaitu auto-select, standard (60Hz) dan High (sehingga 120Hz).

Dari aspek kecerahan, skrin OPPO Reno15 Pro 5G sangat mengagumkan dengan tahap kecerahan tipikal 600 nits, sehingga 1800 nits dalam mod High Brightness Mode (HBM), dan mencapai kemuncak 3600 nits. Ini bermakna paparan kekal jelas dan mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari terik, menjadikannya ideal untuk penggunaan luar bangunan.

Bagi keselesaan mata, OPPO turut melengkapkan skrin ini dengan teknologi DC Dimming pada kecerahan melebihi 70 nits dan PWM Dimming pada kecerahan 70 nits ke bawah. Gabungan ini membantu mengurangkan kelipan skrin serta keletihan mata, terutamanya ketika menggunakan telefon dalam keadaan gelap atau pada waktu malam. Ianya tersedia didalam mod Eye Comfort & Sleep yang boleh diaktifkan pada bahagian tetapan.

Secara keseluruhan, skrin OPPO Reno15 Pro 5G menawarkan gabungan sempurna antara ketajaman, kelancaran, kecerahan tinggi dan keselesaan mata.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 10

Pemproses

OPPO Reno15 Pro 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8450 yang merupakan sebuah cipset yang menawarkan keseimbangan optimum antara prestasi tinggi dan kecekapan tenaga.

Bersama cipset ini, Reno15 Pro 5G juga memiliki 12GB RAM jenis LPDDR5X serta dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB jenis UFS 3.1.

Melengkapkan keseluruhan pengalaman ini ialah ColorOS 16.0, antara muka terkini OPPO yang menawarkan navigasi yang lebih intuitif, pengurusan sumber yang pintar serta pelbagai ciri penyesuaian untuk keselesaan pengguna.

Dalam pada itu, antara ciri AI yang ditawarkan pada OPPO Reno15 Pro  adalah seperti berikut :

AI Search – AI Search membolehkan anda melakukan apa pencarian menyeluruh merentasi pelbagai aplikasi pada telefon pintar.

AI Translate – Terjemah apa sahaja dalam secara langsung merentas pelbagai bahasa dengan ketepatan dikuasakan AI. Sama ada ketika anda melancong atau bekerjasama, komunikasi tanpa batasan hanya dengan satu ketikan.

 AI VoiceScribe – AI VoiceScribe ialah ciri AI yang membantu anda menyalin (transcribe) audio atau rakaman suara ke dalam bentuk teks secara automatik dan pantas.

AI Call Translator – Nikmati terjemahan suara yang lancar semasa panggilan telefon. Berkomunikasi dengan yakin merentasi sempadan dengan terjemahan AI masa nyata pada setiap panggilan.

AI Call Summary – merekod dan menyusun maklumat penting daripada panggilan yang panjang dengan serta-merta supaya anda mendapat intipati utama tanpa mendengarnya semula.

 AI Writer – Dapatkan idea untuk social post, ulasan dan e-mel penuh dengan mudah, atau tukarkan sebarang teks panjang kepada peta minda atau jadual untuk pemahaman mudah.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 11

Menarinya, Find X9 juga hadir dengan ciri Touch to Share yang memudahkan perkongsian fail dengan hanya menyentuh kedua peranti. Ianya juga menyokong perkongsian fail dengan peranti iOS melalui aplikasi O+ Connect yang beroperasi seperti teknologi AirDrop.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 12

OPPO Reno15 Pro juga hadir dengan ciri AI Mind Space. Ciri ini membolehkan anda menghimpunkan kandungan dengan lancar. Dengan hanya satu leretan ke atas menggunakan tiga jari, sebarang kandungan yang dipaparkan pada skrin akan disimpan serta-merta ke hab peribadi anda. (Untuk mula menggunakan, sila aktifkan ciri ini di Tetapan > AI > AI Mind Space.)

Selain itu, AI Mind Space mampu memahami kandungan anda. Sebagai contoh, apabila anda melihat poster konsert melalui kamera, sistem akan mengekstrak butiran penting seperti tarikh dan masa secara automatik. Ia kemudian akan mencadangkan supaya maklumat tersebut ditambah terus ke Kalendar anda, semuanya tanpa perlu mengambil gambar.

Akhir sekali, OPPO Reno15 Pro juga hadir dengan OPPO Trinity Engine yang dibangungkan dengan kerjasama erat MediaTek, ia mentakrifkan semula pengurusan sumber peringkat cip untuk prestasi tinggi yang mampan dan kecekapan kuasa yang unggul. Ini membolehkan telefon pintar terbaru Reno ini memiliki penarafan OPPO 6-Year Fluency Protection certification.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 13

Kamera

OPPO Reno15 Pro 5G menampilkan sistem kamera yang memfokuskan kepada kualiti imej tinggi serta pengalaman fotografi yang lebih kreatif. Ianya hadir dengan sensor utama 200MP Ultra-Clear bersama sensor telefoto potret 50MP yang menawarkan keupayaan zoom dan potret yang lebih semula jadi serta sensor ultrawide 50MP.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 14

Dalam pada itu, tarikan terbesar OPPO Reno15 Pro 5G ini adalah sensor 50MP Ultra Wide Selfie yang memiliki sudut pandangan 100° Field of View (FOV) yang sangat luas dimana dengan sudut seluas ini, anda boleh mengambil gambar kumpulan (group selfie) atau latar belakang pemandangan yang luas tanpa selfie stick.

Golden Portrait Perspective – AI memastikan proporsi muka tidak nampak pelik (distorted), sebaliknya memberikan profil wajah yang lebih kecil dan semulajadi dengan latar belakang yang lebih luas.

OPPO memanfaatkan AI untuk mempermudah proses penyuntingan :

AI Motion Photo Eraser: Kini anda boleh membuang “photobomber” atau objek yang mengganggu bukan sahaja pada foto pegun, tetapi juga pada klip Motion Photo.

AI Motion Photo Slow-Mo: Menggunakan teknologi AI frame interpolation, peranti ini boleh menukar foto gerak biasa kepada video gerak perlahan (slow-mo) yang sinematik dan lancar.

AI Portrait Glow: Ciri ini sangat membantu untuk penggambaran dalam gelap. Ia secara automatik mengenalpasti isu pencahayaan dan memberikan kesan lampu profesional seperti Rim Light atau Studio Light untuk memastikan wajah anda sentiasa nampak “glowing” dan semula jadi.

• AI Motion Photo Popout : Tingkatkan suntingan kreatif anda dengan Popout. Pilih dua atau tiga foto dalam aplikasi Photos  dan pilih “Collage”. Hanya ketik pada subjek anda—sama ada potret, haiwan peliharaan, atau watak kegemaran—kemudian pilih “Popout”. Saksikan subjek anda seolah-olah ‘melompat’ keluar dari bingkai.

Popout berfungsi dengan foto pegun dan juga AI Motion Photos, yang pertama dalam industri. Ini membolehkan anda mencipta momen yang lebih hidup dengan mudah, seperti kolaj interaktif, atau menghasilkan cerita visual “merentas masa” yang menggabungkan detik-detik daripada konteks berbeza. Ianya boleh dikongsi terus ke aplikasi media sosial seperti Instagram ( pilih mod boomerang).

Lebih lanjut, Ciri Dual-View Video membolehkanya pengaktifkan kamera hadapan dan belakang secara serentak. Ini membolehkan anda merakam dua perspektif pada masa yang sama, sesuai untuk menangkap reaksi anda secara masa nyata sambil mendokumentasikan peristiwa yang sedang berlaku di hadapan.

Selain itu, Siri Reno15 membolehkan peralihan antara kamera hadapan dan belakang dilakukan dengan bebas dan lancar ketika rakaman sedang berlangsung. Peralihan ini berlaku tanpa skrin hitam atau lengah, membolehkan rakaman berterusan serta video peralihan “one-take” yang mudah, tanpa perlu menghentikan rakaman, merakam semula atau menyunting klip.

Melengkapkan keseluruhan aliran kerja kreatif, Video Editing 2.0 yang serba baharu membolehkan pengemasan video dilakukan dengan pantas dan intuitif terus pada aplikasi Photo.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 46

Bateri

OPPO Reno15 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,200mAh yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar dengan kapasiti bateri tertinggi didalam kelasnya.

Dengan kapasiti ini, ianya menyokong penggunaan intensif sepanjang hari yang termasuk mencipta kandungan, bermainan permainan video dan penstriman.

Dalam pada itu, Reno15 Pro 5G juga memiliki teknologi pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang membolehkan pengecasan dari 1-100% dilakukan didalam masa 53 minit sahaja.

ULASAN : OPPO Reno15 Pro 5G - premium, berkuasa dan pintar 47

Penutup

Kesimpulannya, OPPO Reno15 Pro 5G telah terbukti  sebagai sebuah telefon pintar yang bukan sahaja menawan dari segi rekaan, malah cemerlang dari segi prestasi dan inovasi. Dengan paparan yang memukau, kamera yang versatil, serta ciri AI Mind Space yang memudahkan kehidupan seharian, Reno15 Pro 5G sesuai untuk mereka yang mencari gabungan gaya dan teknologi terkini.

OPPO Reno15 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999.

OPPO Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G kini rasmi di Malaysia pada harga bermula dari RM 1,999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.