OPPO Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G kini rasmi di Malaysia pada harga bermula dari RM 1,999
OPPO secara rasminya telah memulakan tahun 2026 dengan pelancaran generasi baharu OPPO Reno15 Series.
OPPO Reno15 Series tampil didalam tiga model iaitu Reno15 Pro 5G , Reno15 5G dan Reno15 F 5G namun pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada dua model utama didalam siri ini.
OPPO Reno15 5G
OPPO Reno15 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.59-inci dan dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama 12GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB. Ianya turut memiliki sistem operasi ColorOS 16 yang berasaskan Android 16.
Seterusnya, Reno15 5G hadir dengan sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor telefoto 50MP manakala kamera selfie adalah sensor ultrawide 50MP yang sama seperti pada Reno15 Pro 5G.
Beralih kepada bateri, OPPO Reno15 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,500mAh bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 80W.
Akhir sekali, OPPO Reno15 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Twilight Blue, Aurora White pada harga yang bermula dari RM 1,999.
OPPO Reno15 Pro 5G
OPPO Reno15 Pro 5G tampil dengan skrin paparan yag lebih kompak iaitu paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.59-inci dan dikuasakan cip Dimensity 8450 bersama 12GB RAM dan dua storan dalaman 512GB. Ianya turut memiliki sistem operasi ColorOS 16 yang berasaskan Android 16.
Seterusnya, Reno15 Pro 5G hadir dengan sensor utama 200 bersama sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto 50MP manakala kamera selfie adalah sensor ultrawide 50MP.
Beralih kepada bateri, OPPO Reno15 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,200mAh bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 80W.
Akhir sekali, OPPO Reno15 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Dusk Brown dan Aurora Blue pada harga yang bermula RM 2,999.
Di samping itu, pelanggan juga layak menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian OPPO Reno15 Series, termasuk Superstar Ollie edisi terhad (bernilai RM99) dan Waranti Lanjutan 1 Tahun (bernilai sehingga RM149).
OPPO kini menawarkan tawaran eksklusif untuk OPPO Watch S baharunya yang hanya tersedia semasa tempoh prapesanan. Mulai sekarang hingga 5 Januari 2026, pelanggan yang membuat prapesanan OPPO Reno15 Pro atau Reno15 boleh memiliki OPPO Watch S terkini (RRP: RM799) dengan hanya RM99.






