OPPO Pad 5 Anti-Glare Matte Edition dan OPPO Watch S turut dilancarkan di Malaysia
Selain pelancaran OPPO Reno15 Series, OPPO Malaysia turut telah melancarkan tablet OPPO Pad 5 dan OPPO Watch S.
OPPO Pad 5
OPPO Pad 5 hadir dengan paparan Anti-Glare Matte berukuran 12.1-inci dengan resolusi 2.8K dan merupakan tablet pertama dipasaran global untuk menerima pensijilan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 4.0. Ia juga memiliki quad-speaker dengan Dolby Vision.
Selain itu, OPPO Pad 5 ini dikuasakan cip Dimensity 7300-Ultra bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB serta ColorOS 16 for Pad yang hadir dengan jaminan 48-bulan Fluency Protection.
Dalam pada itu, OPPO Pad 5 memiliki bateri berkapasiti 10500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC 33W, aplikasi Notes berasaskan AI, dan perkongsian fail merentasi platform dengan O+ Connect.
OPPO Pad 5 kini ditawarkan didalam dua pilihan warna, iaitu Aurora Pink dan Starlight Black, dengan versi WiFi pada harga RM1,699, manakala versi 5G ditawarkan pada harga RM2,199. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPPO Pad 5, sila layari: https://tinyurl.com/OPPOPad5
OPPO Watch S
OPPO Watch S memiliki skrin AMOLED berukuran 1.46 inci dengan bezel yang nipis pada kerangka keluli tahan karat ultra-ringan setebal 8.9 mm dan berat sekitar 35 gram. Ianya memiliki penarafan kalis air & debu IP68 dan 5ATM kalis air
Selain itu, Watch S menyokong lebih dari 100 mod sukan dengan GPS dual-band untuk penjejakan aktiviti yang lebih tepat. Ciri Wellness Overview 60-saat pula membolehkan pengguna melihat sembilan indikator utama kesihatan termasuk kadar jantung, tahap oksigen darah (SpO₂) dan skor tidur dalam satu laporan ringkas.
Dalam pada itu, Watch S memiliki bateri berkapasiti 330 mAh yang mampu memberikan sehingga 10 hari penggunaan dan 10 minit pengecasan mencukupi untuk satu hari penggunaan.
Akhir sekali, OPPO Watch S kini ditawarkan dalam dua versi iaitu Phantom Black pada harga RM799 dan Silver Green pada harga RM899.
maklumat lanjut mengenai OPPO Watch S di : https://tinyurl.com/OPPOWatchS





