ULASAN : Anker Nano 45W Charger – kompak dan berpatutan
Anker Nano 45W Charger merupakan sebuah palam pengecasan dari Anker yang mampu memberikan pengecasan yang pantas, selamat dan cekap di mana sahaja anda memerlukannya.
Anker Nano 45W Charger ini dikuasakan oleh PowerIQ™ 3.0 dan PPS dengan sokongan Samsung Super-Fast Charging 2.0, ia melaraskan output secara pintar untuk memberikan pengecasan terpantas untuk pelbagai peranti.
Selain itu, ianya tampil dengan reka bentuk yang padat dan palam boleh lipat untuk simpanan yang lebih kemas di dalam beg anda atau di ruang kerja anda. Ianya dalam warna Hitam dan Putih, ia merupakan penyelesaian ideal untuk memastikan telefon pintar, tablet dan komputer riba dicas dengan cekap tanpa mengambil ruang.
Dalam pada itu, teknologi Anker ActiveShield 3.0 melakukan lebih 6 juta pemeriksaan suhu setiap hari untuk memastikan operasi yang optimum dan sejuk.
Berikut adalah ulasan Anker Nano 45W Charger yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 69.
Anker Nano 45W Charger mempunyai rekaan yang agak premium dengan kemasan bergalur (fluted) pada kerangka dengan palam yang boleh lipat dan mudah dibawa kemana-mana. Ianya diperbuat daripada 75% bahan plastik kitar semula (PCR).
Selain itu, bersama pengecas Anker Nano 45W ini, Anker turut menyertakan cable USB-C to USB-C yang sangat panjang iaitu 1.83 meter.
Seterusnya, ianya memiliki satu slot pengecasan USB-C yang menyokong output 45W dan pengecas ini juga 15% lebih cekap mengecas pada suhu rendah dan Anker ActiveShield 3.0 melakukan 6,000,000 semakan suhu untuk memastikan keselamatan peranti dan pengecasan sentiasa terjaga.
Lebih lanjut, Anker Nano 45W Charger boleh digunakan bersama semua jenama peranti yang termasuk Apple atau Android. Untuk rekod, ianya boleh mengecas Galaxy S25 Ultra ke tahap 50% didalam masa 20 minit sahaja kerana ianya menyokong Samsung Super Fast Charging 2.0.
Secara keseluruhanya, Anker Nano 45W Charger adalah sebuah palam pengecas yang sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ianya tampil dengan reka bentuk yang premium dan mudah dibawah kemana sahaja.
Anker Nano 45W Charger kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 69 sahaja secara eksklusif di Shopee, Lazada, dan TikTok shop.







