ULASAN : Anker soundcore R60i – earbuds mesra poket dengan ANC dan 50 jam penggunaan tanpa pengecasan
Anker soundcore R60i

Pengenalan
soundcore merupakan jenama audio global dibawah naungan Anker Innovation yang terkenal kerana menggabungkan teknologi inovatif dengan bunyi berkualiti tinggi.
soundcore merupakan antara 3 teratas global dalam pasaran fon kepala tanpa wayar, Soundcore kini ditawarkan di lebih 100 buah negara, dan terus menembusi sempadan audio tanpa wayar dengan fon telinga, pembesar suara dan peranti audio pintarnya.
Sejarah soundcore bermula pada tahun 2017 dan telah berkembang dengan pesat untuk mendapatkan tempat
di kalangan jenama audio global terkemuka hanya dalam masa 8 tahun — berubah daripada pendatang baru kepada nama yang dikenali. soundcore memberikan penyelesaian audio yang dinamik, tulen dan intuitif—menetapkan penanda aras baharu dalam industri.
Produk terbaru soundcore yang telah sampai ke meja ulasan kami adalah earbuds soundcore R60i NC yang merupakan sebuah earbuds mesra poket yang menawarkan audio premium dan pembatalan bunyi hingar pada harga yang berpatutan dan turut disertakan dengan ciri AI Translation.
Rekaan
Soundcore R60i NC hadir dengan reka bentuk yang ringan dan ergonomik, ianya tampil didalam 4 warna menarik iaitu Black, White, Pink dan Blue.
Selaij itu, ianya mempunyai bukaan yang besar yang membolehkan earbuds diakses dengan mudah dan ianya mempunyai lampu notifikasi pada bahagian bukaan bekas pengecasan ini.
Seterusnya, earbuds Soundcore R60i NC ini juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP55 yang membolehkanya digunakan pada aktiviti kecergasan berintensiti tinggi.
Dalam pada itu, earbuds Soundcore R60i NC ini adalah jenis in-ear yang memberikan kedapan maksima untuk muzik yang lebih imersif dan pembatalan bunyi hingar. Anda juga boleh menukar saiz eartip berlainan yang disertakan didalam kotak pembelian.
Bunyi Audio berkuasa tinggi dengan Active Noise Cancellation
R60i NC mentakrifkan semula kawalan bunyi hingar dengan Adaptive ANC yang melaraskan secara bijak setiap 0.007 saat untuk menganalisis dan menyekat bunyi hingar persekitaran sehingga -52dB. Algoritma berbilang jalur canggihnya memastikan pengurangan hingar yang lebih tepat merentasi frekuensi yang berbeza, daripada deruman enjin rendah hinggalah bunyi gemuruh bernada tinggi, memastikan audio yang anda dengar jelas, konsisten dan tidak terganggu dalam apa jua persekitaran.
Selain itu, setiap earbuds Soundcore R60i NC ini memiliki pemacu titanium 11mm dan litar magnet yang dioptimumkan untuk hasil bunyi yang lebih jelas dan terperinci dengan bass sehingga 10dB yang lebih mendalam. Ia turut memiliki pensijilan Audio Hi-Res dan definisi tinggi LDAC, ia memastikan kejelasan dan kedalaman yang nyata. Sama ada dalam Mod Music, Movie atau Gaming, bunyi spatial 3D memnerikan anda audio yang mengasyikkan dan jelas.
AI Translation dengan kerjasama Microsoft
Anker Soundcore R60i juga memiliki sokongan AI Translation yang mengatasi sempadan bahasa dan ciri ini menyokong lebih dari 100 bahasa dengan kadar ketetapan tinggi iaitu sekitar 97%.
Ciri ini berintegrasi secara mendalam dengan enjin terjemahan Microsoft dan algoritma proprietari soundcore memastikan terjemahan adalah lancar secara langsung untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
Panggilan jelas dengan 6 mikrofon AI
soundcore R60i NC dilengkapi enam mikrofon yang dipertingkatkan AI, ia menggunakan teknologi pembentukan pancaran untuk merakam suara anda dengan tepat sambil menyekat bunyi sekeliling, dan Pembatalan Gema Akustik (AEC) berfungsi untuk mengalih keluar gema bagi perbualan yang lancar walaupun dalam persekitaran yang bising.
Google Fast Pair dan Dual Device Connection
Anker soundcore R60i juga menawarkan ciri penyambungan pantas dengan peranti Android melalui ciri Google Fast Pair dan ianya turut boleh disambungkan kepada lebih dari satu peranti untuk pengunaan bersama ‘multi-device’ yang lebih mudah.
Muat turun aplikasi soundcore di Google Play Store atau Apple App Store untuk pengalaman yang lebih menyeluruh.
Jangka Hayat Bateri
soundcore R60i hadir dengan jangka hayat bateri yang sangat baik bagi sebuah fon telinga pada tahap harga ini, ianya menawarkan sehingga 10 jam penggunaan didalam satu pengecasan penuh atau 8 jam penggunaan apabila mod ANC diaktifkan.
Menariknya, apabila digunakan bersama bekas pengecasan, soundcore R60i menawarkan sehingga 50 jam penggunaan atau 40 jam dengan mod ANC. Ini bermaksud anda akan mempunyai 10 hari penggunaan jika digunakan purata 4 jam sehari.
Dalam pada itu, earbuds soundcore ini juga menawarkan pengecasan pantas dimana 10 minit pengecasan membolehkan anda menikmati 3.5 jam waktu penggunaan.
Penutup
soundcore R60i terbukti sebagai sebuah earbuds yang memberikan ciri-ciri audio yang premium pada harga yang berpatutan. Ianya menawarkan ciri ANC yang baik bersama jangka hayat bateri yang luar biasa.
Anker soundcore R60i kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 159 dan anda boleh mendapatkanya di stor rasmi Anker di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.









