Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall 1

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall 2

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR di Magic Snowland yang kini sedang berlangsung di Elmina Urban Park, Elmina Lakeside Mall, Shah Alam.

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall 3

Acara yang berlangsung hampir sebulan ini diadakan bersempena pelancaran HONOR Magic8 Pro, menawarkan pengalaman bergambar di dalam Glob Salji Gergasi serta peluang menangi hadiah menarik.

HONOR Magic Snowland kini dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 4 petang hingga 10 malam, dari 5 Disember hingga 28 Disember ini.

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall 4

Kunjungi Glob Salji Gergasi Pertama HONOR 

Bukan sekadar hiasan lampu dan dekorasi perayaan yang memukau, pengunjung berpeluang menyaksikan kehebatan sistem kamera HONOR Magic8 Pro, terutamanya keupayaan Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP. Pengunjung boleh membawa keluarga dan rakan untuk merakam foto dalam keadaan cahaya rendah yang menakjubkan di dalam Glob Salji gergasi, serta di beberapa lokasi foto khas yang lain menggunakan HONOR Magic8 Pro.

Sebagai hadiah istimewa sempena musim perayaan, HONOR juga menawarkan perkhidmatan fotografi dan cetakan gambar segera percuma, agar pengunjung mengabadikan kenangan indah tersebut dalam kualiti terbaik.

Lebih mengujakan, pengunjung boleh alami sendiri pertunjukan salji turun di HONOR Magic Snowland untuk saat musim sejuk yang sempurna. Nikmati salji turun pada setiap hujung minggu, 24 Disember dan pertunjukan terakhir pada 25 Disember. Terdapat empat sesi selama 15 minit setiap malam, iaitu pada jam 6:45 petang, 7:30 malam, 8:15 malam, dan 9:00 malam. 

Raikan keajaiban musim perayaan bersama HONOR Magic8 Pro di Magic Snowland , Elimina Lakeside Mall 5

Tangkap, Kongsi dan Menangi Jam Tangan Pintar atau Fon Telinga di HONOR Magic Snowland

Selain itu, HONOR juga menghadiahkan jam tangan pintar dan earbuds kepada pengunjung yang berkongsi foto bertemakan perayaan paling kreatif mereka di media sosial, sepanjang acara HONOR Magic Snowland. Penyertaan mestilah disertakan dengan tanda pagar #HONORMagicSnowLand dan #HONORMalaysia, selain akaun media sosial perlu ditetapkan kepada umum.

Sambil menikmati keajaiban HONOR Magic Snowland, pengunjung juga boleh melawat pasar festival, menyertai bengkel, dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di Elmina Lakeside Festival. Jika anda sedang mencari lokasi ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, HONOR Magic Snowland menawarkan pengalaman hujung minggu yang penuh warna-warni.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic Snowland dan penyertaan ‘Tangkap, Kongsi dan Menangi Peranti Wearable HONOR’, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia. 

gunakan hashtag berikut untuk media sosial: #HONORMagicSnowLand #HONORMalaysia #ExcitingElmina

Baca : ULASAN : HONOR Magic8 Pro – Prestasi, Kamera 200MP & Ketahanan Bateri

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.