Samsung Galaxy TriFold diumumkan secara rasmi pada harga sekitar RM 10,000
Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar tri-fold pertama mereka yang hadir dengan nama Samsung Galaxy TriFold.
Samsung Galaxy Z TriFold hadir ke pasaran dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding telefon pintar tri-fold lain dipasaran. Ianya memiliki dual titanium hinge yang mana skrin utama dilipat ke bahagian dalaman dan ini bermaksud ianya terlindung sepenuhnya ketika ditutup.
Bercakap mengenai skrin, Galaxy TriFold tampil dengan Dynamic AMOLED 2x berukuran 10.0-inci dengan resolusi 2160 x 1584 piksel dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima mencecah 1,600nits.
Selain itu, skrin paparan luar pada Samsung Galaxy TriFold akan mempunyai ukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga menempatkan kamera selfie 10MP serta lapisan Gorilla Glass Ceramic 2.
Seterusnya, Galaxy TriFold turut dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy seperti Galaxy Z Series, 16GB RAM dan storan dalaman 512GB atau 1TB. Ianya akan hadir dengan One UI 8 berasaskan Android 16 yang hadir dengan kebolehan untuk membuka tiga aplikasi secara serentak dan Samsung DeX secara standalone ( UI seperti komputer riba).
Selain itu, telefon pintar Galaxy TriFold memiliki rekaan yang diperbuat daripada Armor Aluminium dengan kenipisan hanya 3.9mm (12.9mm ketika dilipat) dan berat 309 gram. Ianya juga hadir dengan penarafan kalis air dan habus IP48.
Beralih kepada kamera, Galaxy Z TriFold membawakan sistem kamera gred flagship buat pertama kali pada peranti boleh lipat dan ianya memiliki sensor utama 200MP bersama sensor telefoto 3x 10MP dengan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP. Samsung Galaxy TriFold juga memiliki sensor selfie 10MP (100° FoV) pada main screen dan cover screen.
Ke bahagian bateri, Galaxy TriFold hadir dengan kapasiti bateri 5,600mAh yang mana ianya terbahagi kepada tiga sel bateri dan ia juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 45W serta pengecasan tanpa wayar 15W.
Samsung Galaxy TriFold akan ditawarkan didalam satu warna warna iaitu Crafted Black pada harga KRW 3,594,000 (RM 10,099) di pasaran Korea bermula 12 Disember ini.
Bagi penawaran di pasaran lain, Samsung telah mengesahkan bahawa Galaxy TriFold akan hadir ke pasaran China, Taiwan, Singapura, UAE dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.





