Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399 1

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399 2

Pada pelancaran HONOR Magic8 Pro di Malaysia, HONOR juga telah mengumumkan bahawa HONOR Watch Fit akan turut ditawarkan di Malaysia bermula 11 Disember ini.

HONOR Watch Fit tampil dengan paparan AMOLED bulat berukuran 1.32-inci (1500nits) yang dipasangkan pada bingkai aluminium series 6. Ianya memiliki berat hanya 27 gram dengan ketebalan 9.9mm.

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399 3

Selain itu, Watch Fit menawarkan penjejakan kesihatan yang sangat menyeluruh dan ini termasuk bacaan kadar degupan jantung, SpO2, tahap tekanan, analisis tidur dan banyak lagi. Ianya turut tampil dengan 100 mod kecergasan bersama AI Coaching.

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399 4

Seterusnya, HONOR Watch Fit juga memiliki penarafan kalis air 5ATM dan penarafan kalis & debu IP68. Ianya turut menyokong panggilan Bluetooth dan memiliki bateri yang mampu menawarkan sehingga 23 hari penggunaan didalam satu pengecasan penuh.

HONOR Watch Fit dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 399 5

HONOR Watch Fit akan ditawarkan di Malaysia didalam dua rekaan iaitu Denim Blue pada harga RM 499 dan Black pada harga RM 399 dengan jualan akan bermula dari 11 Disember 2025.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.