HONOR Magic8 Pro – Ulasan Sensor 200MP Ultra Night Telephoto
HONOR Magic8 Pro telah diumumkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan telefon pintar ini bukan sahaja memberikan prestasi peranti yang terbaik malah direka untuk mengungguli fotografi pada waktu malam.
Untuk menjadikan perkara ini satu realiti, HONOR Magic8 Pro hadir dengan sensor 200MP Ultra Night Telephoto yang terbesar dalam industri, digabungkan dengan saiz sensor 1/1.4-inci dan aperture f/2.6 . Konfigurasi ini membolehkan lensa telefoto Magic8 Pro menangkap butiran halus dari jarak jauh sambil mengekalkan pengambilan cahaya yang optimum.
Bagi menjadikan fotografi malam luar biasa ini satu realiti, Magic8 Pro memiliki tiga enjin pengimejan eksklusif khas.
1. Night Engine
HONOR Magic8 Pro berupaya menghasilkan foto perician yang mantap walaupun pada keadaan cahaya malap dan kualiti imej malam yang diambil juga telah dibandingkan dengan iPhone 17 Pro Max yang merupakan model flagship terbaru daripada Apple.
Selain itu, beberapa pertandingan imej juga mengesahkan bahawa hasil gambar dari HONOR Magic8 Pro mengekalkan ketepatan warna dan memastikan tiada bahagian gambar yang mempunyai ‘over exposure’ pada waktu malam.
2. Stability Engine
Kamera Ultra Night Telephoto yang dimiliki Magic8 Pro turut menyokong penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA -5.5 tahap pengstabilan yang paling stabil dalam industri ( setaraf kamera DSLR) bertujuan mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan pergerakan, terutamanya ketika melakukan zum 10x atau sehingga 100x.
Sama ada merakam panorama bandar atau langit malam dengan cahaya bulan, HONOR Magic8 Pro mampu menghasilkan kejelasan yang nyata dengan julat dinamik yang seimbang pada setiap tangkapan, sekaligus menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih.
3. Potrait Engine
HONOR Magic8 Pro bukan saja hebat dalam fotografi waktu malam, bahkan amat menonjol dalam fotografi potret malam. Ia didorong oleh algoritma AI yang lebih maju, dengan sensor utama Ultra Night 50MP dengan apertur f/1.6 dan sokongan OIS. Dengan AI Segmentation dan kawalan pencahayaan pintar, peranti ini dapat menghasilkan tona kulit semula jadi untuk menghasilkan potret dengan bokeh yang lebih hidup. Walaupun subjek dirakam dari jarak yang lebih jauh dalam keadaan cahaya rendah, imej tetap kelihatan jelas, berwarna terang, dan seakan realiti.
Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026
Lebih membanggakan, HONOR turut mengumumkan HONOR Magic8 Pro sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026. Peranti ini akan menjadi medium untuk merakam keindahan Malaysia, daripada landskap menakjubkan, alam semula jadi, kepelbagaian budaya, pilihan makanan yang lazat, hinggalah ke khazanah tersembunyi melalui perspektif pengguna.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen HONOR dalam memperkasa penceritaan kreatif dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui visual yang tulen dan berkualiti tinggi.
Nantikan pelancaran HONOR Magic8 Pro di Malaysia tidak lama lagi.




























