Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026 1

Screenshot

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026 2HONOR Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu ‘Master-Grade Imaging Flagship’ HONOR Magic8 Pro pada acara eksklusif untuk media yang berlangsung di aras 98 Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia. Lokasi ini memberikan peluang kepada mereka untuk merasai sendiri kehebatan kamera peranti tersebut dan menggunakan kamera Ultra Night Telephoto  200MP untuk merakam panorama langit indah Kuala Lumpur dan butiran seni bina di sekitar.

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026 3

Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026

Pada acara tersebut, HONOR turut mengumumkan HONOR Magic8 Pro sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026. Peranti ini akan menjadi medium untuk merakam keindahan Malaysia, daripada landskap menakjubkan, alam semula jadi, kepelbagaian budaya, pilihan makanan yang lazat, hinggalah ke khazanah tersembunyi melalui perspektif pengguna.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen HONOR dalam memperkasa penceritaan kreatif dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui visual yang tulen dan berkualiti tinggi.

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026 4

Kehebatan Fotografi Ultra Night Telephoto 

HONOR Magic8 Pro membawakan prestasi kamera terbaik merangkumi sistem tiga kamera yang berkuasa. Sistem ini menampilkan sensor Ultra Night Telephoto 200MP yang terkemuka dalam industri, sensor utama Ultra Night 50MP dengan aperture f/1.6 dan sokongan penstabilan imej optik (OIS), dan sensor ultrawide 50MP dengan sudut pandang 122°. Gabungan spesifikasi flagship ini memastikan keupayaan penggambaran yang unggul, termasuk dalam keadaan pencahayaan yang sangat rendah.

Dengan OIS, sensor Ultra Night Telephoto 200MP ini telah mencapai penstabilan tahap-5.5 CIPA yang terkemuka dalam industri. Penarafan ini biasanya hanya ada pada prestasi penstabilan imej kamera DSLR, membolehkan pengguna merakam gambar yang jelas dan tajam walaupun dari jarak jauh, tanpa masalah gegaran tangan atau kehilangan butiran.

Peranti ini turut dilengkapi ciri penyuntingan berasaskan AI yang dipertingkatkan, termasuk ciri filter Magic Color baharu untuk hasil visual yang lebih memukau.

HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peralatan Fotografi Terpilih Tahun Melawat Malaysia 2026 5

HONOR Mencari 50 Jurugambar untuk Mencuba HONOR Magic8 Pro 

Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, HONOR sedang mencari 50 jurugambar berbakat untuk merakamkan jiwa dan identiti sebenar Malaysia. Peserta terpilih akan berpeluang menguji keupayaan HONOR Magic8 Pro secara menyeluruh melalui penggambaran di lokasi-lokasi ikonik, warisan budaya serta keindahan alam semula jadi di seluruh negara.

Daftar di SINI

Visual terbaik akan dijadikan sebahagian daripada naratif visual utama Tahun Melawat Malaysia 2026, dan dipaparkan kepada penonton global melalui saluran media sosial rasmi HONOR. Pendaftaran dibuka mulai 11 hingga 18 November 2025 melalui laman sesawang dan laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro baharu, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.