Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 1

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 2OPPO Malaysia membawa videografi telefon pintar ke peringkat seterusnya dengan projek filem terbarunya bertajuk Johan Nick, sebuah filem aksi sinematik yang dirakam sepenuhnya menggunakan Siri OPPO Find X9, mempamerkan keupayaan videografinya yang luar biasa.

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 3

Diterbitkan dan diarahkan oleh pembuat filem tempatan AREKA, filem pendek beroktan tinggi ini berlatarkan Kuala Lumpur yang diterangi cahaya neon dan mengikuti watak fiksyen dan berani bernama Johan Nick, lakonan pelakon tempatan Niezam Zaidi, dalam usahanya untuk menebus kesalahan.

Digayakan dalam bahasa visual filem aksi thriller Hollywood , Johan Nick merupakan pameran yang menakjubkan tentang bagaimana Siri Find X9 dapat memberi inspirasi kepada penggunanya untuk mencipta detik mereka melalui sinematografi mudah alih yang luar biasa — menggabungkan kuasa, ketepatan dan sentuhan sinematik melalui Kamera Telefoto Hasselblad 200MP dan rakaman Dolby Vision 4K 120fps.

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 4

Dengan sinematografi neon-noir yang mengingatkan John Wick dan Drive, Johan Nick dirakam merentasi pelbagai lokasi dunia sebenar di Malaysia yang menekankan gaya ini. Daripada tempat-tempat tersembunyi dan tempat-tempat intim hinggalah ke hotel dan restoran dengan reka bentuk yang megah, pemandangan yang sangat indah ini dipenuhi dengan campuran warna neon yang kompleks, cahaya lembut, bayang-bayang yang berbeza dan tekstur yang tajam – semuanya memerlukan teknologi kamera yang luar biasa untuk diproses dan dirakam.

Walaubagaimanapun, dengan Find X9, setiap bingkai merakam pergerakan koreografi pantas pelakon dengan jelas, sambil mempersembahkan kontras yang kaya, pencahayaan dinamik dan kedalaman sinematik yang menghidupkan setiap pergerakan dan emosi.

Lebih daripada sekadar kempen, Johan Nick menandakan pencapaian terbaru OPPO dalam mentakrifkan semula kreativiti telefon pintar. Ia meneruskan legasi OPPO dalam menggabungkan penceritaan dan inovasi, susulan kejayaan Anuharan’sThaipusam Journey (dirakam menggunakan  Find N5) dan GenerasiBebas (dirakam menggunakan Reno14 Series).

Setiap projek sinematik ini mencerminkan kepercayaan teras OPPO bahawa teknologi harus memperkasakan orang ramai untuk mencipta tanpa had, dan setiap cerita patut diceritakan dengan indah.

Sama ada anda berada di belakang kamera atau di hadapannya, ini adalah jemputan anda untuk Meraikan Detik Anda dengan Siri OPPO Find X9, dengan Hasseblad di dalam Poket Anda.

Tonton Johan Nick, yang dirakam sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9, di saluran YouTube, Facebook, dan Instagram rasmi OPPO Malaysia.

Promosi dan Ketersediaan Jualan Siri Find X9 Pertama

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 5

OPPO Find X9 dan Find X9 Pro secara rasminya tersedia untuk dijual di seluruh negara bermula 8 November 2025 dalam konfigurasi 16GB + 512GB sahaja. Selain itu, nikmati tawaran Jualan Pertama eksklusif sehingga 7 Disember 2025, seperti Rebat Trade In bernilai sehingga RM600, dan hadiah percuma, selagi stok masih ada. Ahli Aplikasi My OPPO juga boleh menebus hadiah tambahan bernilai RM619 yang termasuk E-Baucar Kiehl dan Kiehl Travel Kit.

Johan Nick: Sebuah Kisah Sinematik Dirakam Sepenuhnya pada Siri OPPO Find X9 6

Selain itu, OPPO Find X9 dijual pada harga RM3,699 dan didatangkan dengan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,018, termasuk Magnetic Gift Box (bernilai RM399) dan Waranti pelbagai Benua, untuk pembelian yang dibuat dari 8 November hingga 7 Disember 2025.

Sementara itu, anda boleh mendapatkan OPPO Find X9 Pro dengan harga RM4,999 dari 8 November hingga 7 Disember 2025, dengan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,118, termasuk Magnetic Gift Box (bernilai RM499) dan Waranti Pelbagai Benua.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.