Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Find X9 – Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 1

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 2

OPPO Find X9 Review

Pengenalan

OPPO Find X9 Series baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global dan telefon pintar ini juga telah mula ditawarkan di Malaysia.

Siri flagship Find X9 pada tahun ini tampil didalam dua model iaitu Find X9 dan Find X9 Pro yang hadir dengan teknologi kamera Hasselblad, rekaan premium dan pelbagai lagi penambahbaikan berbanding generasi sebelum ini.

Selain itu, OPPO Find X9 adalah model ‘standard’ yang memberikan pengguna pengalaman telefon pintar kelas flagship dan bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemampuan model ini, teruskan membaca ulasan OPPO Find X9 kami.

OPPO Find X9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 3

Reka Bentuk

OPPO Find X9 hadir generasi baharu Find X Series yang tampil dengan rekaan yang lebih diperhalusi pada setiap aspek. Ia menampilkan rekaaan sisi flat dengan kontur halus di sepanjang bingkai, memastikan cengkaman yang selamat dan selesa semasa penggunaan harian.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 4

Selain itu, telefon pintar terbaru Find X9 ini juga memiliki profil yang nipis iaitu hanya 7.99mm (berat 203 gram) dan anda pasti lebih kagum dengan pertukangan daripada OPPO selepas mengetahui kapasiti bateri yang disertakan.

 

Seterusnya, Find X9 memiliki panel belakang yang sangat elegan dan moden dimana ianya tampil dengan kemasan matte yang memastikan telefon pintar ini sentiasa kelihatan premium tanpa sebarang kesan capjari. Ianya juga menampilkan modul kamera yang ikonik dengan kejuruteraan yang teliti yang menawarkan ergonomik yang unggul dimana jari telunjuk anda secara semula jadi tidak akan menghalang sensor apabila memegang telefon secara menegak dan cengkaman juga kekal kukuh dan tidak terhalang walaupun ketika sesi gaming atau tontonan media.

Selain itu, Find X9 juga menampilkan ketahanan yang luar biasa untuk anda mengharungi setiap cabaran kehidupan harian dengan mudah. Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan habuk yang sangat komprehensif iaitu IP66, IP68 dan IP69.

Dalam pada itu, Find X9 hadir didalam tiga warna iaitu Titanium Grey, Space Black dan Velvet Red.

Bercakap mengenai kedudukan butang pada Find X9, pada sisi kiri terdapat butang yang dikenali sebagai Snap Key yang boleh ditetapkan untuk menjadi pintasan kepada beberapa fungsi voice recorder, flashlight, kamera, profil bunyi, translation atau mengambil screenshot.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 5

Beralih ke bahagian hadapan, OPPO Find X9 tampil dengan reka bentuk paparan flat berukuran 6.59-inci dengan bezel simetri berukuran 1.15mm yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan bezel ternipis yang pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Secara keseluruhanya, reka bentuk OPPO Find X9 sekali lagi membuktikan bahawa tahap pertukangan telefon pintar flagship daripada OPPO ini adalah antara yang terbaik dipasaran dimana ianya tampil dengan adunan yang seimbang antara ketahanan dan kosmetik yang premium.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 6

Skrin Paparan

OPPO Find X9 tampil dengan skrin paparan flat berukuran 6.59-inci yang membolehkanya digunakan dengan sebelah tangan. Ianya memiliki saiz bezel yang sangat nipis yang menjanjikan pengalaman visual yang memuaskan tidak kira apa yang anda tonton atau lakukan.

Selain itu, panel OLED yang digunakan pada Find X9 ini adalah antara yang terbaik dipasaran yang mana ianya adalah panel 10-bit yang memiliki kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima sehingga 3,600nits.

Panel ini juga memiliki pensijilan Dolby Vision, HDR 10+ dan HDR Vivid.

Dalam pada itu, OPPO Find X9 menonjol sebagai salah satu daripada telefon Android yang mampu memalapkan skrinnya sehingga 1nit . Keupayaan luar biasa ini dipertingkatkan lagi oleh pemalapan PWM 3840Hz, sekali gus mengurangkan kerlipan dengan ketara dan melegakan ketegangan mata. Ia merupakan paparan yang paling selesa untuk kegunaan pada waktu malam.

Seterusnya, OPPO Find X9 juga memiliki sensor capjari 3D Ultrasonic generasi baharu yang menawarkan kadar ‘unlocking’ yang lebih pantas walaupun dengan jari yang berminyak atau peluh. Ianya adalah 35% lebih pantas berbanding sensor optikal selain turut lebih selesa untuk digunakan kerana tiada pancaran cahaya ketika mahu membuka peranti pada waktu malam.

Lebih lanjut,  Find X9 juga membawakan ciri Vehicle Motion Alert , satu ciri inovatif yang direka untuk mengurangkan mabuk perjalanan apabila menggunakan telefon anda di dalam kereta yang bergerak. Ia berfungsi dengan memaparkan isyarat visual dinamik di sepanjang tepi skrin yang beralih dan bergoyang secara halus selaras dengan pergerakan kenderaan. Rujukan visual ini membantu otak anda menyelaraskan apa yang anda lihat dengan apa yang anda rasa dengan lebih baik,  meminimumkan konflik deria yang menyebabkan ketidakselesaan.

Bagi mereka yang terdedah kepada mabuk kereta, ini menghasilkan pengurangan sebanyak 15% dalam ketidakselesaan yang disebabkan oleh gerakan, yang memastikan perjalanan yang lebih selesa.

Anda boleh mengaktifkan ciri ini di :  Settings > Accessibility & Convenience > Motion Cues

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 7

Pemproses

OPPO Find X9 menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 9500 terkini. Ianya adalah cip yang berasakan proses 3nm daripada TSMC. MediaTek Dimensity 9500 menampilkan reka bentuk CPU All Big Core generasi ketiga, yang menggabungkan ultra-core 4.21GHz, tiga teras premium dan empat teras prestasi. Ia juga hadir dengan GPU Arm G1-Ultra baharu untuk grafik yang terkemuka dalam kelasnya. Cipset ini dipertingkatkan lagi dengan MediaTek NPU 990 generasi kesembilan, memberikan lonjakan yang ketara dalam prestasi dan kecekapan kuasa.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 8

Bersama cipset ini, OPPO Find X9 juga memiliki dua 16GB RAM bersama storan dalaman 512GB. Ianya juga tampil dengan ColorOS 16 yang berasaskan Android 16.

Seterusnya, OPPO Find X9 hadir dengan ColorOS 16 yang berasaskan Android 16, ianya menawarkan antara muka yang bersih, intuitif, dan kaya dengan ciri‑ciri. Fungsi‑fungsi seperti Smart Sidebar, Split Screen, dan Flexible Windows meningkatkan produktiviti, manakala animasi lancar serta banyak pilihan tema memberi ruang untuk penyesuaian. OPPO turut menjanjikan sokongan kemaskini Android sehingga 5 tahun dan kemaskini keselamatan hingga 6 tahun.

Dalam pada itu, antara ciri AI yang ditawarkan pada OPPO Find X9 adalah seperti berikut :

AI Search – AI Search membolehkan anda melakukan apa pencarian menyeluruh merentasi pelbagai aplikasi pada telefon pintar.

AI Translate – Terjemah apa sahaja dalam secara langsung merentas pelbagai bahasa dengan ketepatan dikuasakan AI. Sama ada ketika anda melancong atau bekerjasama, komunikasi tanpa batasan hanya dengan satu ketikan.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 9

AI VoiceScribe – AI VoiceScribe ialah ciri AI yang membantu anda menyalin (transcribe) audio atau rakaman suara ke dalam bentuk teks secara automatik dan pantas.

AI Call Translator – Nikmati terjemahan suara yang lancar semasa panggilan telefon. Berkomunikasi dengan yakin merentasi sempadan dengan terjemahan AI masa nyata pada setiap panggilan.

AI Call Summary – merekod dan menyusun maklumat penting daripada panggilan yang panjang dengan serta-merta supaya anda mendapat intipati utama tanpa mendengarnya semula.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 10

AI Writer – Dapatkan idea untuk social post, ulasan dan e-mel penuh dengan mudah, atau tukarkan sebarang teks panjang kepada peta minda atau jadual untuk pemahaman mudah .

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 11

Menarinya, Find X9 juga hadir dengan ciri Touch to Share yang memudahkan perkongsian fail dengan hanya menyentuh kedua peranti. Ianya juga menyokong perkongsian fail dengan peranti iOS dengan syarat aplikasi O+ Connect ada pada peranti Apple tersebut.

Lebih lanjut,  Find X9 juga hadir dengan OPPO Trinity Engine yang dibanungkan dengan kerjasama erat MediaTek, ia mentakrifkan semula pengurusan sumber peringkat cip untuk prestasi tinggi yang mampan dan kecekapan kuasa yang unggul.

Dari segi pengurusan haba, Find X9 hadir dengan Advanced Vapor Chamber Cooling berukuran  32,052.5mm² yang mana ianya adalah 21.6% lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Sistem penyejukan ini merangkumi komponen kritikal, termasuk modul kamera, untuk mengelakkan pendikitan haba semasa tugas intensif seperti rakaman video 4K.

Secara keseluruhannya, OPPO Find X9 Series hadir dengan kombinasi mantap antara cipset MediaTek Dimensity 9500 dan ColorOS 16 berasaskan Android 16. Prestasinya bukan sahaja pantas dan cekap tenaga, tetapi juga disokong oleh keupayaan AI yang meningkatkan pengalaman pengguna dalam fotografi, produktiviti dan hiburan.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 12

Kamera

OPPO Find X9 hadir dengan Hasselblad Master Camera yang terdiri daripada tiga sensor 50MP bersama satu Tru-Color Camera. Sensor utama telefon pintar ini adalah LYT 808 yang memiliki aperture f/1.4 bersama OIS diikuti sensor ultrawide 50MP (15mm) JN5 yang hadir dengan pemfokusan auto dan sensor periskop LYT600 yang memiliki OIS dan menawarkan 3x zoom optikal serta 6x lossless zoom.

Menariknya, sensor utama 50MP LYT 808 yang digunakan ini telah diwarisi dari Find X8 Pro yang sudah pastinya menawarkan prestasi pengimejan yang sangat baik. Selain itu, OPPO juga menjadi syarikat pertama untuk menawarkan pengambilan gambar pada resolusi penuh 50MP dan bukanya 12MP seperti yang ditawarkan pengeluar lain.

Ini menjadi realiti dengan LUMO Image Engine yang  memperkenalkan saluran pengimejan yang disusun semula sepenuhnya dengan Parallel Computing.

Daripada proses yang perlahan dan berjujukan, ia mengatur ISP, NPU, GPU dan CPU untuk berfungsi pada imej yang sama secara serentak. Setiap komponen diberikan tugas khusus yang paling sesuai untuknya, mewujudkan aliran kerja yang sangat cekap dan sinergi.

Hasilnya, LUMO Image Engine mengurangkan beban CPU dan penggunaan kuasa sehingga 50%, membuka  tahap pengalaman kamera yang serba baharu pada Siri Find X9.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 13

Beralih kepada sensor ultrawide,  ia memberikan prestasi yang mantap dimana warna dan julat dinamik adalah sangat baik dengan perinciannya yang beresolusi tinggi.

 

Ke sensor telefoto, Find X9 hadir dengan sensor 50MP yang menawarkan 3x zoom optikal atau sehingga 6x losses zoom. Pada kadar 3x, kualiti imej yang di zoom adalah sangat baik manakala pada kadar 6x, terdapat kekurangan dari segi kualiti imej namun ianya masih ‘useable’.

Satu lagi penambahan menarik pada Find X9 adalah ciri Motion Photo yang merupakan ciri popular pada kebanyakkan telefon pintar namun OPPO membawa ciri ini ke satu tahap yang lebih baik dengan 4K Motion Photo yang membolehkan video 4K berdurasi pendek diesktrak dari imej ini, tidak seperi pengeluar lain yang hanya menawarkan video  ini pada resolusi 720p atau 1080p.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 14

Akhir sekali, Find X9 juga memiliki kamera selfie 32MP yang turut diwarisi dari Find X8 Pro dan ini memberikan hasil selfie yang cukup baik dan pelbagai ciri AI pada peranti membolehkan gambar portrait diambil pada tahap professional tidak kira sensor selfie atau sensor kamera dibelakang.

Berikut adalah hasil gambar OPPO Find X9 :

 

 

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 44

Bateri

OPPO Find X9 memiliki bateri berkapasiti 7,025mAh yang mana kapasitinya adalah jauh tinggi berbanding bateri 5,630mAh pada Find X8. Kapasiti ini berjaya dicapai dengan teknologi bateri silikon karbon yang diperkenalkan pada Find X8 sebelum ditambah baik pada Find N5.

Bateri silikon karbon generasi ketiga yang digunakan pada Find X9 ini mempunyai kandungan silikon tertinggi di industri iaitu 15% yang membolehkan ianya menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi tanpa menjadikan telefon pintar lebih berat atau tebal.

Selain itu, OPPO juga memberikan jaminan bahawa bateri ini mampu mengekalkan sehingga 80% kapasiti walaupun selepas lima tahun penggunaan.

Dalam pada itu, OPPO Find X9 hadir dengan sokongan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC dan 50W AIRVOOC.

ULASAN : OPPO Find X9 - Model Standard yang menawarkan prestasi tahap Pro 45

Penutup

OPPO Find X9 terbukti bahawa versi Standard juga boleh menawarkan prestasi setaraf versi Pro dengan perbezaan utama hanya pada kamera.

OPPO Find X9 kini ditawarkan pada harga RM 3,699 dan bagi kami, ia adalah model yang lebih berbaloi dimiliki berbanding Find X9 Pro.

Dapatkan OPPO Find X9 Pro di OPPO Online Store, OPPO Brand Store dan wakil pengedar rasmi OPPO.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.