Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S11 Series – Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 1

Screenshot

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 2

Galaxy AI telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2024 melalui Samsung Galaxy S24 Series yang mana ini adalah kali pertama telefon pintar memiliki ciri kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.

Pada tahun 2024, ciri Galaxy AI yang ditawarkan adalah Live Translate, Chat Assist, Note Assist, Transcript Assist dan Circle to Search with Google.

Walaupun AI telah lama digunakan dalam dunia telefon pintar, Samsung menjadi antara perintis utama yang membawa kecerdasan buatan ke tahap baru melalui Galaxy AI. ia menandakan era baharu di mana fungsi AI bukan lagi sekadar tambahan, tetapi sebahagian daripada pengalaman harian pengguna.

Kini, Galaxy AI boleh dikatakan menjadi ciri wajib yang dimiliki hampir kesemua telefon pintar Galaxy  tidak kira ianya adalah peranti premium (Galaxy AI) mahupun peranti Galaxy lebih mampu milik seperti Galaxy A Series (Awesome Intelligence).

Yang terbaru, Samsung secara rasminya telah melancarkan generasi tablet flagship terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S11 Series dan pada artikel ini kita akan merungkai setiap ciri Galaxy AI yang ada pada tablet ini.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 3

Drawing Assist

Ciri Drawing Assist membolehkan anda melakar idea kasar anda dan meminta bantuan Galaxy AI untuk menjana imej yang lebih baik mengikut gaya yang anda mahu. 

Selain itu, Writing Assist membantu anda memperbaiki dan mengubah teks didalam masa beberapa saat. Ianya membantu anda menyediakan draf, karang dan semak semula apa-apa tulisan untuk memadankan makna yang anda maksudkan dan mengubah pemikiran ke dalam kandungan yang digilap dan siap digunakan. Pilih gaya dan nada penulisan dengan mudah, bagi menyampaikan mesej anda seperti yang anda mahukan. Kemudian ‘drag & drop’ penulisan pilihan anda ke dalam salah satu daripada aplikasi yang disokong di ruang kerja anda.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 4

Untuk mesej dan aplikasi lain, Writing Assist juga menawarkan tiga ciri menarik yang boleh digunakan pada aplikasi permesejan, emel dan banyak lagi.

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Spelling Grammar – Galaxy AI akan menyemak ejaan setiap perkataan yang di taip dan membetulkanya jika anda perubahan.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 5

Anda juga boleh membuat ringkasan penulisan yang panjang kepada ‘bullet points’ atau jadual yang memudahkan pengguna.

Ciri Galaxy AI yang seterusnya adalah Note Assist (Samsung Note) yang membantu meningkatkan produktiviti kerja dengan menyusun dan menambah baik nota anda.

Ianya boleh menstruktur semula nota anda dengan melakukan :

  • Autoformat nota dengan pengepala, titik tumpu dan perenggan.
  • Ringkaskan nota
  • Menyalin dan meringkaskan rakaman suara.
  • Auto jana penutup berdasarkan kandungan nota.
  • Ejaan dan tatabahasa yang betul.
  • Terjemah teks dalam nota anda.

Dalam pada itu, Transcript Assist pula berupaya mengubah rakaman audio kepada transkrip teks dan rumusan yang boleh anda gunakan untuk membuat ulasan dan penterjemahan.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 6

Seterusnya, Browsing Assist pula adalah ciri dimana Galaxy AI digunakan untuk memberikan anda ringkaskan, menterjemah, baca halaman web yang diringkaskan dengan audio dan memberikan anda sorotan berita terkini. Buat masa ini Browsing Assist hanya disokong pada aplikasi Samsung Internet sahaja.

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 7

Circle to Search

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra Series juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama (& S Pen) , pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 8

Audio Eraser

Audio Eraser pada Samsung Galaxy Tab S11 Ultra adalah fungsi Galaxy AI yang membolehkan anda membuang bunyi bising latar belakang yang tidak diingini daripada video. Ia berfungsi menganalisis audio menggunakan AI untuk mengenal pasti pelbagai jenis. Ianya kini turut boleh digunakan pada aplikasi lain seperti Samsung Notes dan Voice Recorder.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 9

Gemini Live

Gemini Live adalah bantuan peribadi daripada Google yang kini seperti teman hidup dan penasihat yang sentiasa bersama anda. Anda hanya perlu menekan butang kuasa, tekan butang suara dan mulakan perbualan dengan Gemini Live.

Selain itu, anda juga boleh memberikan akses kamera kepada Gemini Live untuk bertanya tentang pelbagai soalan hanya dengan menggunakan kamera seperti baju yang sesuai dipakai, resepi dan banyak lagi. perbualan dengan Gemini Live ini adalah sangat semulajadi sehingga kan ianya akan ingat apa sahaja yang pernah anda tanya atau tunjukkan kepadanya.

Samsung Galaxy Tab S11 Series - Merungkai Setiap Ciri Galaxy AI Yang Ada 10

Samsung DeX

Samsung DeX membolehkan anda memanjangkan paparan Galaxy Tab S11 Ultra anda untuk mencipta persekitaran berbilang tugas yang lancar sehingga 4 ruang kerja. Alihkan aplikasi secara bebas dan mudah antara skrin untuk memastikan aliran kerja anda lancar dan cekap. Tingkatkan produktiviti anda dengan pengalaman berbilang skrin sambil anda ‘drag & drop’ tetingkap antara skrin, atau nikmati kandungan yang disimpan pada Galaxy Tab S11 Ultra anda dalam tetapan teater rumah dengan ciri ‘mirroring’ ke monitor anda.

Samsung DeX memudahkan multitasking dengan membolehkan penggunaan beberapa aplikasi secara serentak. Ianya juga menyokong penggunaan bersama tetikus dan papan kekunci. Samsung DeX kini ditawarkan didalam dua mod iaitu Classic dan New.

Kesimpulanya, Dengan Galaxy AI, pengunaan tablet seperti Galaxy Tab S11 Series ini adalah satu pengalaman yang memudahkan pelbagai senario kehidupan harian. Untuk rekod, Samsung mensasarkan sebanyak 250 juta unit peranti Galaxy akan memiliki Galaxy AI menjelang tahun 2025.

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 5,499 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.