Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 1

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HONOR Magic8 Series.

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 3

Kedua-dua model HONOR Magic8 dan HONOR Magic8 Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang meningkatkan kemampuan pemprosesan tugas AI dan pengimejan yang lebih baik.

HONOR Magic8 Pro kini tampil dengan sensor telefoto 200MP yang mana ianya adalah sensor 1/1.4″ (OIS) yang menawarkan zoom optikal 3.7x dan zoom digital 100x.

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 4

Selain itu, sensor utama HONOR Magic8 Pro adalah sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan aperture f/1.6 dengan OIS manakala sensor ultrawide adalah sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro.

Dalam pada itu, kamera selfie juga satu lagi sensor 50MP 90° pada lubang berbentuk pil yang turut menempatkan 3D face scanner. HONOR Magic8 Pro juga memiliki sensor capjari 3D ultrasonic.

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 5

Seterusnya, HONOR Magic8 Pro memiliki skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.71-inci dengan kadar segar semula 1-120Hz, resolusi 2.8K dan 10-bit warna Dolby Vision. Kecerahan maksima adalah 1,600nits namun mampu mencapai 6,000nits bagi kandungan HDR.

Beralih kepada bateri, HONOR Magic8 Pro memiliki bateri 7,200mAh namun bagi pasaran global ianya mungkin tampil dengan kapasiti 6,270mAh bersama pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W. Ianya beroperasi pada MagicOS 10 dan terdapat juga butang khas AI.

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 6

HONOR Magic8

HONOR Magic8 pula hadir dengan skrin paparan flat LTPO OLED berukuran 6.58-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan mencecah 6,000nits.

Beralih ke kamera, HONOR Magic8 hadir dengan telefoto 64MP bersama OIS dan 3x zoom optikal. Sensor lain adalah sama seperti Magic8 Pro iaitu sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan variable aperture f/1.6 dengan OIS manakala sensor ultrawide juga sama iaitu sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro. Kamera selfie adalah 50MP dengan lensa 90°.

HONOR Magic8 Pro dan Magic8 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 7

Dalam pada itu, Magic8 memiliki bateri 7,000mAh (tidak dapat dipastikan kapasiti bateri untuk pasaran global) dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W. Ia juga memiliki penarafan IP68/IP69 dan sensor capjari ultrasonic.

Pelancaran global HONOR Magic8 Series akan berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.