vivo V60 Lite 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,199
Selepas pelancaran vivo V60 pada bulan Ogos yang lalu, vivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan vivo V60 Lite pada harga yang lebih berpatutan.
vivo V60 Lite hadir dengan rekaan anti-drop yang telah menerima pensijilan SGS Five-Star Drop Resistance dan memiliki penarafan kalis air dan habuk IP65. Ianya boleh beroperasi pada suhu ekstrim antara 50° C sehingga -30° C.
Terus ke spesifikasi, vivo V60 Lite hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo bersama 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.
Seterusnya, vivo V60 Lite hadir dengan sensor utama 50MP IMX882 dan ultrawide 8MP 120° serta kamera selfie 32MP.
Beralih kepada bateri, vivo V60 Lite memiliki bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh (ketebalan 7.59mm) bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 58 minit.
Lain-lain ciri vivo V60 Lite adalah FunTouch OS 15 yang berasaskan Android 15, AI Aura Light , 5 tahun smooth operation, ciri wet hand touch, pembesar suara stereo dan pelbagai ciri AI.
vivo V60 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Blue, Pop Pink dan Elegant Black pada harga RM 1,199 bagi versi 8/256GB dan RM 1,499 bagi versi 12/512GB.
Pra-tempah sekarang untuk menebus hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199, termasuk vivo Buds percuma, Holiday Vibes Gift Set, waranti lanjutan 1+1 tahun, perlindungan retak skrin 1 tahun, waranti panel belakang 1 tahun, serta waranti pelbagai rantau bagi memberikan ketenangan fikiran tambahan.
vivo Malaysia juga menawarkan pilihan pembayaran fleksibel, termasuk penjimatan tambahan RM100 dengan Grab PayLater atau sPayLater, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, serta penjimatan tambahan melalui trade-in apabila menukar mana-mana telefon lama.
maklumat lanjut di : https://www.vivo.com/my.






