HONOR X9d 5G akan mula dijual di Malaysia pada 10 Oktober – roadshow khas berlangsung di IOI Mall Puchong
Selepas kejayaan pra-tempahan, HONOR X9d 5G akan mula dijual secara rasmi di kedai seluruh negara bermula 10 Oktober ini. Pembeli yang terlepas pra-tempahan kini boleh mendapatkan peranti ini yang menawarkan ketahanan tiga kali ganda di HONOR Experience Store berhampiran atau platform dalam talian.
Selain itu, HONOR X9d 5G akan disertakan dengan set hadiah percuma eksklusif bernilai RM946 yang terdiri daripada jam pintar HONOR Watch 2i (stok terhad) bersama dengan Perlindungan Retak Panel Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.
HONOR X9d 5G ditawarkan didalam dalam dua varian: 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM ) dengan storan 256GB pada harga RM1,499, manakala storan 512GB ditawarkan pada harga RM1,699. Ianya hadir dalam empat warna premium iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black.
Telefon pintar ini boleh dibeli di HONOR Experience Store, kedai dalam talian HONOR, serta kedai flagship HONOR di Lazada, Shopee, dan TikTok. Ia juga tersedia melalui pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Diskaun Tambahan 15% Khas untuk Anggota Bomba
Bermula 10 Oktober, HONOR juga akan menawarkan diskaun istimewa 15% kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi pembelian HONOR X9d 5G. Untuk layak menikmati diskaun ini, anggota bomba dikehendaki mendaftar di laman sesawang HONOR menggunakan emel rasmi jabatan mereka.
Cabaran Ujian Tekanan HONOR X9d 5G Menarik Ramai Pengunjung ke Jerayawara
HONOR turut meraikan pelancaran jualan HONOR X9d 5G dengan menganjurkan jerayawara yang kini berlangsung di IOI Mall Puchong dari 8 hingga 12 Oktober. Hari pertama jerayawara telah menyaksikan ramai pengunjung mengalami sendiri ketahanan luar biasa dan prestasi peranti hebat ini. Pengunjung telah mengambil bahagian dalam aktiviti menarik iaitu Cabaran Skrin, Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk serta Cabaran Pengecasan Berbalik.
Peluang Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Lebih RM95,000
Lebih menarik, pengunjung yang membuat pembelian berjumlah RM1,000 dan ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000, dengan pembeli HONOR X9d 5G akan menerima dua penyertaan. Hadiah menarik termasuk HONOR Pad 10 5G, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan barangan eksklusif lain.
Selain itu, HONOR juga menawarkan diskaun menarik semasa jerayawara tersebut, dengan pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM900 untuk model terbaharu Siri HONOR 400 dan HONOR Magic7 Pro. Setiap pembelian produk turut didatangkan dengan hadiah percuma tambahan eksklusif semasa pameran jelajah ini sahaja.
Jangan tunggu lagi, sertai keseronokan ini! Kunjungi Jerayawara HONOR X9d 5G di Carnival Court, Tingkat Bawah, IOI Mall Puchong sebelum ia berakhir pada 12 Oktober. Selepas itu, HONOR X9d 5G akan meneruskan jerayawara ke Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 hingga 26 Oktober ini.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang di www.honor.com/my/.





