Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 1

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 2

HONOR X9d 5G, model terbaharu dan laris dalam Siri X telah diangkat sebagai telefon pintar pilihan anggota bomba pada majlis penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.

Majlis ini telah berlangsung di ibu pejabat JBPM di Putrajaya dihadiri anggota dan pegawai bomba serta rakan-rakan media.

HONOR X9d 5G bukan hanya telefon pintar pilihan rakyat Malaysia tetapi juga anggota bomba. Ini kerana peranti tersebut mengetengahkan ketahan luar biasa disebabkan rekaannya yang mampu mengharungi keadaan ekstrim. Warna merah keperangan atau Reddish Brown HONOR X9d 5G sepadan dengan ‘Wira Merah’, gelaran yang diberikan kepada anggota bomba.

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 3

Direka untuk Ketahanan, Memenuhi Permintaan Anggota Bomba

HONOR X9d 5G mempunyai daya ketahanan dan kekuatan seperti ciri yang ada pada setiap anggota bomba. Setiap kali bertugas, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan keadaan ekstrim. Oleh sebab itu, HONOR X9d 5G amat sesuai untuk anggota bomba. Peranti ini telah diberikan peningkatan yang lebih baik untuk rintangan air, jatuhan dan haba, sesuai mengharungi cabaran-cabaran sedemikian.

Selain itu, HONOR X9d 5G juga hadir dengan  penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Triple-Resistant Premium Performance Certification dan menjadi peranti pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 tahun yang melindunginya dari air dan habuk selain rintangan kejatuhan. Kekukuhan peranti ini turut disokong dengan Perlindungan Retak Panel Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun. Pemberian tiga jenis jaminan tersebut menjadikan HONOR X9d 5G telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan paling komprehensif dipasaran.

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 4

Peningkatan Lebih Baik dengan Nilai Tiada Tandingan

HONOR X9d 5G hadir dengan enam peningkatan hebat, sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan persekitaran pekerjaan, termasuk anggota bomba. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 8,300mAh dan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Selain itu, paparan OLED 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Selain itu, HONOR X9d 5G dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 4, pembesar suara stereo dwi bass dengan bunyi sehingga 400% namun masih ditawarkan pada harga yang sama dengan model sebelumnya iaitu bermula daripada RM1,499.

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 5
Presiden Honor South Pasific, Justin Li menyampaikan plak kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato Sri TS. Nor Hisham Mohammad.

HONOR tawar diskaun eksklusif 15% untuk Anggota Bomba bagi pembelian HONOR X9d 5G 6

Diskaun Eksklusif 15% untuk Wira Negara

Sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan keberanian anggota bomba di seluruh negara, HONOR memberikan diskaun eksklusif 15% kepada JBPM apabila mereka membeli X9d 5G di laman web HONOR pada jualan rasmi peranti ini yang bermula 10 Oktober dengan menggunakan alamat emel rasmi JBPM.

Setiap pembelian HONOR X9d 5G juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM946 terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Panel Depan dan Belakang 365 Hari, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 tahun.

Akhir sekali, HONOR X9d 5G bakal tersedia dalam empat warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia hadir dalam storan 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada harga RM1,499, manakala varian 512GB berharga RM1,699.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9d 5G, sila layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.