Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 1

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 2

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro selepas dilancarkan untuk pasaran global lewat malam tadi.

Kedua-dua telefon pintar Xiaomi T Series ini hadir dengan paparan yang lebih besar bersama rekaan lebih nipis dan bateri berkapasiti tinggi.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 3

Xiaomi 15T Pro

Xiaomi 15T Pro memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.83-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 144Hz, kecerahan maksima 3,200nits dan HDR10+ serta Dolby Vision. Ianya juga memiliki pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos.

Xiaomi 15T Pro dikuasakan cip Dimensity 9400+ bersama 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan 3D IceLoop dan HyperOS 3.

Seterusnya, Xiaomi 15T Pro hadir dengan sensor utama 50MP Light Fusion yang memiliki aperture an f/1.62 dan  OIS bersama sensor telefoto 50MP f/3.0 juga dengan OIS dan kamera ultrawide 12MP 120° (15mm). Kamera selfie adalah 32MP 90° (21mm).

Dalam pada itu, Xiaomi 15T Pro memiliki bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 90W HyperCharge dan pengecasan tanpa wayar 50W HyperCharge.

Menyentuh tentang rekaan, Xiaomi 15T Pro adalah lebih nipis pada ukuran 7.96mm hasil pengunaan kerangka aluminium aloi 6M13 namun berat masih sama iaitu 210gram. Telefon pintar ini juga memiliki lapisan gelas  Gorilla Glass 7i pada bahagian hadapan dan belakang serta penarafan kalis air dan habuk IP68.

Xiaomi 15T Pro juga memiliki Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0,  NFC dan komunikasi offline antara telefon pintar pada jarak sehingga 1.9km.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 4

Xiaomi 15T Pro akan ditawarkan didalam tiga varian iaitu RM 2,699 bagi versi 256GB, RM 2,999 bagi versi 512GB dan RM 3,499 bagi versi 1TB.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 5

Xiaomi juga telah mengumumkan promosi bagi yang membuat pra-tempahan iaitu diskaun sebanyak RM 200 dan pelbagai ganjaran tambahan seperti pada gambar di atas.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 6

Xiaomi 15T

Xiaomi 15T juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.83-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 3,200nits dan HDR10+ serta Dolby Vision. Ianya juga memiliki pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos.

Xiaomi 15T dikuasakan cip Dimensity 9400+ bersama 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan 3D IceLoop dan HyperOS 3.

Seterusnya, Xiaomi 15T hadir dengan sensor utama 50MP Light Fusion 800 yang memiliki aperture an f/1.7 dan  OIS bersama sensor telefoto 50MP f/1.9 dan kamera ultrawide 12MP 120° (15mm). Kamera selfie adalah 32MP 90° (21mm).

Dalam pada itu, Xiaomi 15T juga memiliki bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W HyperCharge. Ia juga memiliki Wi-Fi 6E, Bluetooth 6.0,  NFC dan komunikasi offline antara telefon pintar pada jarak sehingga 1.3km.

Menyentuh tentang rekaan, Xiaomi 15T hadir dengan rekaan berasaskan plastik pada ukuran 7.5mm dengan berat 194 gram. Telefon pintar ini juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 7

Xiaomi 15T akan ditawarkan didalam dua varian iaitu RM 1,899 bagi versi 256GB, RM 2,199 bagi versi 512GB.

Xiaomi 15T Pro dan Xiaomi 15T kini rasmi di Malaysia 8

Xiaomi juga telah mengumumkan promosi bagi yang membuat pra-tempahan iaitu diskaun sebanyak RM 200 dan pelbagai ganjaran tambahan seperti pada gambar di atas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.