HONOR X9d 5G bakal hadir dengan bateri 8,300mAh, penarafan IP69K dan pensijilan SGS Triple-Resistant Premium Performance
Kurang seminggu sebelum pelancaran HONOR X9d 5G di Malaysia, HONOR telah mengadakan sesi pratonton eksklusif media bagi membuktikan ketahanan HONOR X9d 5G.
HONOR X9d 5G bersedia untuk mentakrif semula piawaian ketahanan dengan tiga inovasi yang pertama dalam industri untuk menetapkan penanda aras baharu ketahanan dalam segmen kelas pertengahan, sekaligus memperlihatkan peningkatan ketara berbanding generasi terdahulu.
Pensijilan Triple-Resistant Premium Performance
HONOR X9d 5G menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki pensijilan piawaian tertinggi daripada SGS yang menjadikanya terbukti mempunyai rintangan yang tinggi terhadap hentakan, air, haba, dan calar.
Selain itu, HONOR X9d 5G juga adalah 25% lebih kukuh berbanding HONOR X9c 5G dan telefon pintar ini juga menawarkan teknologi penyerapan kejutan yang berinspirasikan weskot kalis peluru. Ianya juga memiliki reka bentuk skrin yang flat dengan penggunaan ultra deep tempered glass yang lebih kukuh, kalis calar dan tahan lasak.
Penarafan IP69K Pertama Industri
Penarafan IP69K adalah penarafan kalis air dan debu yang tertinggi dan HONOR X9d 5G adalah telefon pintar pertama untuk menerima penarafan ini. Ini bermaksud telefon pintar ini menawarkan perlindungan maksima kepada debu, air bertekanan tinggi dan air pada suhu yang tinggi.
Menariknya , HONOR X9d 5G juga memiliki ciri Drainage & Dust Removal yang berupaya mengeluarkan air dan debu dari speaker dengan mudah dan efektif didalam masa 30 saat sahaja.
Bateri 8,300mAh pertama dipasaran
HONOR X9d 5G juga merupakan telefon pintar yang memiliki kapasiti bateri terbesar dipasaran iaitu 8,300mAh (bateri silikon-karbon) dan ianya juga disokong dengan teknologi HONOR Magic OS 9.0 Power Saving.
Bagi mempamerkan keupayaannya, HONOR telah menjalankan ujian ketahanan melibatkan 20 telefon pintar daripada pelbagai jenama. Dalam ujian ini, HONOR X9d 5G kekal beroperasi dalam ketika kuasa bateri peranti lain semakin berkurangan. Ini membuktikan keupayaan kuasa baterinya yang mengagumkan. Dalam demonstrasi berasingan pula, HONOR X9d 5G berjaya menyalakan papan neon LED untuk tempoh yang panjang melalui pengecasan berbalik, membuktikan kekuatan output dan kecekapan tenaganya, selain kapasiti baterinya yang besar.
HONOR juga mendakwa bahawa X9d 5G masih mampu memberikan penggunaan seharian selepas mengecas iPhone dari 0% ke 100% melalui ciri pengecasan ‘reverse charging’ yang disertakan.
HONOR X9d 5G terbukti mempunyai keupayaan untuk bertahan dalam persekitaran yang ekstrem, jauh melangkaui jangkaan penggunaan telefon pintar harian. Daripada impak bertekanan tinggi dan pendedahan kepada haba serta air, hinggalah keadaan berhabuk dan berlumpur, peranti ini direka untuk keadaan yang tidak dijangka.
Nantikan pelancaran HONOR X9d 5G di Malaysia pada 24 September ini.







