realme 15 Pro 5G dan realme 15 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,499
realme secara rasminya telah melancarkan realme 15 Series yang terdiri daripada dua model iaitu realme 15 Pro 5G dan realme 15 5G.
realme 15 Pro 5G
Terus ke spesifikasi, realme 15 Pro 5G hadir dengan skrin paparan dual-curved berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 4,500nits. Telefon pintar ini juga dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.
Selain itu, realme 15 Pro 5G juga disertakan dengan sistem kamera tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 50MP IMX896 yang memiliki OIS, sensor ultrawide 50MP. Ianya juga memiliki kamera monokrom berserta kamera selfie 50MP.
Seterusnya, realme 15 Pro 5G juga memiliki bateri Titan 7,000mAh dengan 80W UltraCharge yang diberi jaminan ketahanan bateri sehingga 1,600 kitaran. Ianya juga hadir dengan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15 dan turut hadir dengan ciri AI Edit Genie serta Triple Party AI Algorithm.
realme 15 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Flowing Silver dan Velvet Green pada harga RM 1,799 bagi versi 12/256GB dan RM 2,099 bagi versi 12/512GB. Pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,346
realme 15 5G
Terus ke spesifikasi, realme 15 5G memiliki skrin paparan AMOLED 144Hz berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+, cip Dimensity 7300+ 5G, 12GB RAM, storan dalaman 128GB/256GB, bateri Titan 7,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 80W UltraCharge.
Dalam pada itu, realme 15 5G juga hadir sensor utama IMX882 50MP (OIS) bersama sensor ultrawide 8MP manakala kamera selfie adalah 50MP. Ianya juga disertakan dengan lampu flash Glowing Light Effects.
Lebih lanjut, realme 15 5G juga akan hadir dengan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15, Triple Party AI Algorithm dan AI Edit Genie.
realme 15 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Silk Pink dan Suit Titanium pada harga RM 1,499. Pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,146.







