Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 – Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 1

Samsung Galaxy Z Fold7 Malaysia Pengenalan

Selepas agak mendatar untuk tempoh beberapa tahun, Samsung Galaxy Z Fold7 akhirnya tampil dengan perubahan paling drastik didalam sejarah telefon pintar boleh lipat ini.

Ini meletakkan Samsung kini sebaris pencabar lain didalam pasaran foldable yang semakin sengit yang bermaksud generasi ini adalah lebih nipis, ringan, dan sistem kamera lebih berkuasa. Walaubagaimanapun, Samsung juga terpaksa mengorbankan beberapa aspek lain seperti sensor kamera under-display dan sokongan S Pen.

Selain itu, skrin paparan Galaxy Z Fold7 juga kini lebih besar iaitu pada bahagian dalam dan juga luaran masing-masing dari 6.3″ dan 7.6″ kepada 6.5″ dan 8.0″.

Walaubagaimanapun, upgrade pada Galaxy Z Fold7 tidak setakat itu, ianya turut mewarisi kamera utama yang digunakan pada Galaxy Z Fold7 iaitu sensor utama 200MP yang menyaksikan foldable Samsung kini tampil dengan sensor yang lebih ‘flagship’.

Semua penambahbaikan yang kami senaraikan sudah pastinya membuat anda teruja untuk membaca lebih lanjut ulasan Samsung Galaxy Z Fold7 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 7,199.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 2

Reka Bentuk

Walaupun selalu disebut sebagai perintis pasaran foldable global, Samsung Galaxy Z Fold tidak pernah dianggap sebagai telefon pintar yang mempunyai rekaan yang elegan dan premium.

Walaubagaimanapun, Galaxy Z Fold7 telah mengubah kenyataan ini dimana model generasi ketujuh ini tampil lebih nipis, lebih ringan, dan lebih praktikal untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan ciri premium yang penting.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 3

Selain itu, Samsung juga berjaya memberikan Galaxy Z Fold7 peranti lipat paling nipis yang pernah dikeluarkan syarikat setakat ini. Dengan ketebalan hanya 8.9 mm apabila ditutup dan sekitar 4.2 mm apabila dibuka, Fold7 terasa lebih selesa di tangan. Beratnya juga kini adalah 215 gram, menjadikannya lebih ringan berbanding kebanyakkan model foldable lain dipasaran.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 4

Dalam pada itu, Galaxy Z Fold7 hadir dengan engsel Armor FlexHinge yang lebih kompak tetapi tahan lasak. lipatan pada skrin juga kurang jelas (namun mungkin lebih kelihatan selepas penggunaan yang lebih lama) dan ianya juga memberi rasa kukuh dan stabil ketika membuka atau menutup peranti.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 5

Seterusnya, Samsung Galaxy Z Fold7 hadir dengan kerangka yang diperbuat daripada Advanced Armor Aluminium, manakala panel belakang dilapisi Gorilla Glass Victus 2. Skrin luar pula hadir dengan lapisan  Gorilla Glass Ceramic 2. Telefon pintar Galaxy Z Fold7 ini juga hadir dengan penarafan IP48, memberikan perlindungan daripada habuk dan air sehingga 1.5 meter selama 30 minit.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 6ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 7

Dari segi reka bentuk, Galaxy Z Fold7 merupakan model  terbaik Samsung dalam kategori telefon lipat. Ia bukan sahaja lebih nipis dan ringan, tetapi juga lebih praktikal dengan paparan luar yang lebar, ketahanan lebih baik, serta engsel yang lebih canggih. Galaxy Z Fold7 kini berdiri sebagai simbol kematangan teknologi foldable Samsung – menggabungkan gaya, ketahanan, dan fungsi dalam satu peranti premium.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 8

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Z Fold7 menampilkan skrin paparan utama foldable Dynamic AMOLED 2x berukuran 8.0-inci dengan resolusi 1968 x 2184 piksel. Ianya juga membawakan sokongan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+.

Paparan ini adalah 0.4-inci lebih berbesar berbanding skrin Galaxy Z Fold6 dan nisbahnya hampir seperti segi empat. Samsung juga mendakwa bahawa lapisan Ultra-this Glass (UTG) yang melindungi skrin ini adalah 50% lebih tebal dan ianya turut memiliki kekisi aluminium gred 4.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 9

Dalam pada itu, Samsung juga telah menaik taraf skrin  cover display yang kini bersaiz 6.3 m-inci iaitu panel Dynamic AMOLED 2X, ia kini sedikit luas berbanding generasi sebelum ini, menjadikannya lebih selesa untuk menaip mesej, skrol media sosial atau menonton video durasi pendek tanpa perlu membuka peranti sepenuhnya.

Panel ini memiliki resolusi FHD+ dengan refresh rate adaptif sehingga 120Hz memberikan pengalaman seperti menggunakan telefon pintar flagship biasa dan ianya turut dilapisi gelas Glass Ceramic 2.

Seterusnya, Samsung Galaxy Z Fold7 menawarkan tetapan kadar segar semula yang agak mudah iaitu Standard yang menawarkan kadar bingkai 60Hz dan Adaptive yang mana kadar bingkai berubah mengikut keperluan kandungan sehingga 120Hz.

Pengguna juga boleh mengaktifkan Eye Comfort Shield yang berfungsi mengurangkan cahaya biru untuk keselesaan mata ketika digunakan pada waktu malam.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 10

Pemproses

Samsung Galaxy Z Fold7 dikuasakan cip terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite namun ianya bukan lah cipset yang sama seperti yang digunakan pengeluar lain pada flagship mereka.

Cipset ini dikenali sebagai Snapdragon 8 Elite for Galaxy dimana dua teras utama CPU beroperasi pada kelajuan maksima sehingga 4.47GHz berbanding 4.32GHz dan ianya juga memiliki GPU Adreno 830 yang beroperasi pada kadar lebih tinggi.

Bercakap lebih mendalam tentang cipset 8 Elite for Galaxy ini, ianya adalah cip 3nm yang memiliki teras Oryon (teras yang dibangunkan sendiri oleh Qualcomm) yang terdiri dari 2 teras ‘Prime’ (4.47GHz) dan 6 teras ‘Performance’ (3.53GHz).

Dengan penyesuaian unik oleh Galaxy, ini merupakan pemproses paling berkuasa pernah ditawarkan pada Galaxy Z Series dan ianya tampil  dengan peningkatan prestasi sebanyak 40% pada NPU, 37% pada CPU dan 30% pada GPU berbanding generasi sebelumnya. ini telah meningkatkan keupayaan Galaxy Z Fold7  untuk memproses lebih banyak ciri AI terus pada peranti , termasuk ciri AI berasaskan ‘cloud’ seperti Generative Edit.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold7 ini ditawarkan didalam satu kapasiti RAM iaitu 12GB (LPDDR5X) dan terdapat tiga kapasiti storan dalaman UFS 4.0 iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 11

Seterusnya, One UI 8 yang merupakan versi baharu UI daripada syarikat ini dan ianya juga menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan Android 16 . Pengguna juga akan menikmati sehingga 7 tahun sokongan Android dari kemaskini OS dan keselamatan berkala.

Seterusnya, One UI 8 boleh dikatakan sebagai perisian yang meletakkan AI sebagai tunjang utama dengan akses kepada pelbagai ciri Galaxy AI.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 12

Ciri pertama adalah Gemini Live, bantuan peribadi daripada Google yang kini seperti teman hidup dan penasihat yang sentiasa bersama anda. Anda hanya perlu menekan butang kuasa, tekan butang suara dan mulakan perbualan dengan Gemini Live.

Selain itu, anda juga boleh memberikan akses kamera kepada Gemini Live untuk bertanya tentang pelbagai soalan hanya dengan menggunakan kamera seperti baju yang sesuai dipakai, resepi dan banyak lagi.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 13

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 14

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy Z Fold7 iaitu :

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Spelling and Grammar– menyemak setiap perkataan yang anda taip untuk sebarang kesilapan ejaan dan tatabahasa.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.
  • Chat Translation – terjemah setiap perbualan secara langsung pada pelbagai aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan banyak lagi. namun ianya masih belum menawarkan terjemahan ke bahasa melayu.

Ciri Galaxy AI yang lain adalah Live Translation , Call Assist dan banyak lagi.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 15

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Z Fold7  juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama, pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.

 Seterusnya, Audio Eraser pula pada Samsung Galaxy Z Fold7 adalah fungsi Galaxy AI yang membolehkan anda membuang bunyi bising latar belakang yang tidak diingini daripada video. Ia berfungsi menganalisis audio menggunakan AI untuk mengenal pasti pelbagai jenis. Ianya kini turut boleh digunakan pada aplikasi lain seperti Samsung Notes dan Voice Recorder dengan kemas kini One UI 8.

Berita baik kepada pengguna adalah Samsung telah mengumumkan bahawa kesemua ciri Galaxy AI yang ditawarkan akan kekal percuma kepada pengguna walaupun pada mulanya diumumkan akan hanya  ditawarkan secara percuma sehingga tahun 2025.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 16

Kamera

Sistem kamera Samsung Galaxy Z Fold7 telah berikan upgrade yang sangat dinantikan dan ianya bermula dengan sensor utama yang mana ianya adalah sensor 200MP ISOCELL HP2 yang merupakan sensor yang sama yang digunakan pada Galaxy S25 Ultra dan Galaxy S25 Edge.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 17

Selain itu, ianya masih hadir dengan sensor ultrawide 12MP namun kini dengan pemfokusan auto untuk hasil gambar yang lebih tajam dan fotografi makro. Sensor telefoto pula adalah sensor 10MP yang menawarkan 3x zoom optikal iaitu sensor yang sama seperti pada generasi sebelum ini.

Dalam pada itu, Samsung juga telah menggantikan sensor 4MP UD dengan sensor selfie 10MP pada bahagian skrin dalaman yang dijangka akan menawarkan gambar selfie yang lebih baik.

Bercakap mengenai hasil gambar, sensor utama Galaxy Z Fold7 ternyata mampu mengambil gambar yang setaraf seperti pada Galaxy S25 Ultra atau Galaxy S25 Edge dimana setiap imej mempunyai perincian yang sangat baik dan kadar dinamik yang sempurna.

Dengan penggunaan sensor baharu ini, kamera Galaxy Z Fold7 kini sama kompetitif didalam pasaran foldable namun masih belum mencapai tahap flagship.

Beralih kepada sensor telefoto, ianya memberikan hasil gambar yang baik jika keadaan cahaya adalah baik namun pretasinya sedikit merudum jika keadaan cahaya rendah. Sensor ultrawide pula mampu memberikan hasil imej yang baik walaupun sensor yang digunakan tidak besar dan memiliki pemfokusan auto sedikit sebanyak membantunya mengambil gambar yang lebih baik selain sokongan mod makro.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 18

Selain sensor kamera, Galaxy AI masih memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi kreativiti dan menyempurnakan lagi pengalaman fotografi pengguna pada Galaxy Z Fold7.

Ciri Galaxy AI yang ada pada Galaxy Z Fold7  akan menawarkan anda pengalaman yang lebih melalui bantuan AI. Sebagai contoh, ciri Sketch to Image membolehkan anda menambah objek pada gambar dan ianya boleh dibuat melalui lakaran kasar anda sebelum Galaxy AI menganalisa gambar tersebut dan menawarkan beberapa contoh gambar dengan objek yang dijana oleh AI.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 19

Satu lagi ciri Galaxy AI adalah pada gambar yang tercondong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membolehkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang.

Dalam pada itu, Galaxy AI juga membolehkan anda memadam atau mengalihkan sesuatu didalam gambar kepada kedudukan yang lain dengan mudah melalui ciri AI Eraser, anda hanya perlu melakar kawasan atau objek yang mahu dipadam atau digerakkan dan generate.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 20

Menariknya, AI Eraser pada Galaxy Z Fold7 juga menyokong side-by-side editing yang membolehkan anda membandingkan gambar asal dengan gambar yang telah di edit.

 

 

 

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 48

Bateri

Samsung Galaxy Z Fold7 hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti pada Galaxy Z Fold6 iaitu 4,400mAh namun pada profil peranti yang lebih nipis dan ringan.

Selain itu, cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy juga adalah lebih cekap tenaga dan ini memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding pada Galaxy Z Fold6.

Bercakap mengenai pengecasan pantas, Galaxy Z Fold7 memiliki pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar pada kadar 15W. Ini menjadikan Galaxy Z Fold7 sebagai foldable yang masih ketinggalan dari segi teknologi pengecasan pantas.

Apa pun pengguna boleh menjangkakan Galaxy Z Fold7 dicaj ke tahap 50% didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 90 minit.

ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 - Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold 49

Penutup

Selepas agak ‘kaku’ bagi tempoh beberapa tahun, Galaxy Z Fold7 mengembalikan semula keterujaan pada telefon pintar foldable Samsung dan pujian harus diberikan kerana Samsung sedar bahawa cabaran dari pesaing lain semakin sengit dari tahun ke tahun.

Dengan rekaan yang lebih nipis, skrin paparan lebih besar dan sistem kamera lebih berkuasa, Galaxy Z Fold7 boleh dikatakan sebagai sebuah pelaburan yang berbaloi jika anda ingin memasuki dunia peranti foldable.

Samsung Galaxy Z Fold7 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 7,199 dan anda boleh mendapatkanya di stor atas talian Samsung Malaysia atau di Samsung Experience Store berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.