Kunjungi Unfold Club di TRX dari 18 hingga 28 September untuk pengalaman Galaxy luar biasa
Dari 18 – 28 September ini, Unfold Club adalah tempat untuk anda melangkah ke alam semesta yang dikuasakan oleh Galaxy AI, di mana kecerdasan bukan sahaja pintar, ia turut mengagumkan.
Kunjungi Raintree Plaza di The Exchange TRX dan lihat bagaimana Galaxy AI mentakrif semula tentang perkara yang dimungkinkan AI melalui terowong berbentuk Z yang mengasyikkan yang membawa anda melalui pelbagai pengalaman yang disediakan untuk anda!
Work. Health. Fun. Life.
Terokaia cara Galaxy AI mengubah semuanya dengan zon interaktif yang direka untuk menunjukkan kepada anda betapa mudah, sihat dan lebih menarik dunia anda. Temui rakan kongsi AI terbaharu anda, Gemini Live, dan alami bagaimana rasanya mempunyai pembantu yang bercakap, berfikir, mengubah hidup di sisi anda.
Dan sudah tentu, lakukan semuanya pada Siri Galaxy Z, kini LEBIH BESAR, LEBIH NIPIS dan LEBIH RINGAN berbanding sebelum ini. Daripada kamera 200MP pada Galaxy Z Fold7 kepada FlexCam legenda pada Z Flip7.
Selain itu, uruskan rumah anda dengan SmartThings AI, kerana apabila telefon anda menjadi pusat arahan rumah anda, anda secara rasmi akan tinggal pada masa hadapan.
Turut ditampilkan sebagai sebahagian daripada pengalaman ialah Siri Galaxy S25, memberikan anda pandangan pertama tentang inovasinya yang luar biasa jika anda belum mencubanya lagi. Pada terasnya ialah kamera yang mengagumkan dengan zum berkuasa yang memberikan pengalaman penangkapan yang tiada tandingan, dan apabila digandingkan dengan Galaxy AI, ia melangkaui merakam kenangan untuk mengubahnya.
Dengan ciri revolusioner seperti Generatif Edit dan Audio Eraser, Siri Galaxy S25 menjadikannya lebih mudah untuk mencipta foto dan video yang sangat jelas, mentakrifkan semula perkara yang mungkin dalam penciptaan kandungan mudah alih.
Tetapi tunggu, ia bukan hanya mengenai teknologi semata mata, kesihatan anda juga penting dan terokai Galaxy Watch serta lihat cara ia boleh menyemarakkan perjalanan kesihatan anda semasa anda bergembira di Unfold Club.
Uji nasib anda di Crawl Machine Galaxy, dapatkan hadiah eksklusif dan bawa pulang ganjaran yang menarik setaraf pengalaman itu sendiri. Bagi mereka yang berminat untuk membuat kenyataan dengan aksesori tersuai, sertai kami untuk bengkel eksklusif hujung minggu yang akan tersedia pada tarikh dan masa di bawah:
• 10AM – 10PM, 19 September 2025 – 21 September 2025
• 10AM – 10PM, 27 September 2025 – 28 September 2025
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh turun dan sertai Unfold Club, dan jadilah sebahagian daripada pengalaman Galaxy yang paling menarik!
Sehingga 30 September ini, lihat Siri Galaxy Z yang terkini dan nikmati peningkatan storan berganda apabila anda membeli peranti anda sendiri hari ini!
Dapatkan Galaxy Z Series pilihan anda di SINI



