Apple iPhone Air – iPhone ternipis dengan prestasi setaraf iPhone 17 Pro
Selain Apple iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max, Apple juga telah memperkenalkan Apple iPhone Air yang merupakan iPhone ternipis didalam sejarah.
Apple iPhone Air hadir dengan ukuran 5.3mm dan ianya tampil sebagai pengganti kepada iPhone 16 Plus yang bermaksud ianya memiliki skrin LTPO Super Retina OLED berukuran 6.5-inci dengan ProMotion 120Hz, Ceramic Shield 2 dan kecerahan maksima 3,000nits.
Sistem kamera iPhone 17 Air hanya memiliki satu sensor Fusion 48MP dan sensor 18MP Centre Stage Front Camera yang tidak lagi memerlukan anda menukar orientasi telefon pintar ketika mengambil selfie.
Seterusnya, Apple iPhone Air juga hadir dengan cip 3nm Apple A19 Pro (arkitektur dalaman tidak sama dengan cip A19 Pro pada iPhone 17 Pro Series), cip N1 yang memberikan sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 serta model C1X.
Tidak lupa, Apple iPhone Air menawarkan jangka hayat bateri ‘all-day’ namun kapasitinya tidak didedahkan.
Apple iPhone Air akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 12 September ini dengan jualan rasmi bermula 7 hari kemudian. Ianya akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Space Black, Cloud White, Light Gold dan Sky Blue.
Berikut adalah harga Apple iPhone Air di Malaysia
Apple iPhone Air 256GB – RM 4,999
Apple iPhone Air 512GB – RM 5,999
Apple iPhone Air 1TB – RM 6,999






