Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S11 Series kini rasmi di Malaysia

Samsung Galaxy Tab S11 Series kini rasmi di Malaysia 1

Samsung Galaxy Tab S11 Series kini rasmi di Malaysia 2

Selain pelancaran Samsung Galaxy S24 FE, Samsung juga mengumumkan tablet terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S11 Ultra dan Galaxy Tab S11.

Kedua-dua Galaxy Tab S11 Series ini masih memiliki rekaan yang sama seperti generasi sebelum ini namun dengan profil yang ringan dan nipis . Chasis tablet ini diperbuat daripada Enhanced Armor Aluminum dan ianya turut memiliki penarafan IP68.

Bercakap mengenai skrin, Galaxy Tab S11 Ultra  hadir dengan paparan berukuran 14.6-inci manakala Galaxy Tab S11 pula akan hadir dengan panel 11.0-inci. Kedua-dua tablet ini menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X ( ciri Anti-Reflection hanya ditawarkan pada Galaxy Tab S11 Ultra).

Samsung Galaxy Tab S11 Series kini rasmi di Malaysia 3

S Pen pada Galaxy Tab S11 Series ini juga telah direka semula dan disertakan secara percuma didalam kotak

Seterusnya, Galaxy Tab S11 Series ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9400+, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya hadir dengan antaramuka OneUI yang membawakan Galaxy AI dan ciri seperti Circle to Search with S Pen.

Beralih kepada kamera, Galaxy Tab S11 Ultra memiliki kamera belakang 13MP + 8MP manakala Galaxy Tab S11 memiliki sensor 13MP. kamera hadapan adalah sensor 12Mp ultrawide.

Beralih kepada bateri, Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan bateri 11,600mAh manakala Galaxy Tab S11 disertakan dengan bateri 8,400mAh. Kedua-dua tablet ini menyokong pengecasan pantas 45W.

Samsung Galaxy Tab S11 Series kini rasmi di Malaysia 4

Lain-lain spesifikasi Galaxy Tab S11 Series adalah quad-speaker, slot microSD, sokongan WiFi 7  dan didatangkan didalam versi 5G dan WiFi.

Samsung Galaxy Tab S11 Series akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Moonstone Gray dan Platinum Silver pada harga seperti berikut :

 

  • Galaxy Tab S11 WiFi  (12GB l 256GB) – RM 3,899
  • Galaxy Tab S11 5G (12GB l 256GB) – RM 4,399
  • Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB l 256GB) – RM 5,999
  • Galaxy Tab S11 Ultra 5G(12GB l 256GB) – RM 6,499
  • Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB l 512GB) – RM 6,499
  • Galaxy Tab S11 Ultra 5G(12GB l 512GB) – RM 6,999

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S11 Series di Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.