Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh 1

Samsung Galaxy S25 FE Malaysia

 

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh 2
Samsung Galaxy S25 FE Malaysia

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy S25 FE yang menawarkan pengguna prestasi dan pengalaman flagship pada harga lebih berpatutan dan ianya turut membawakan Galaxy AI.

Samsung Galaxy S25 FE menampilkan rekaan yang lebih premium dengan kerangka armor aluminium yang sama seperti pada Galaxy S25 Series yang lain dan penarafan IP68. Ianya turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh 3

Beralih kepada skrin, Galaxy S25 FE masih memiliki skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula maksima 120Hz (60~120Hz). Panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 1,900 nits dengan Vision Booster dan sisi bezel yang lebih nipis.

Seterusnya, Samsung Galaxy S25 FE dikuasakan cip Exynos 2400 yang merupakan cipset sama seperti pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ . Ianya turut memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh 4

Ke bahagian kamera, S25 FE memiliki satu sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 3x 8MP. Kamera selfie adalah 12MP.

Selain itu, Galaxy S25 FE juga disertakan dengan bateri 4,900mAh bersama pengecasan pantas 45W, 7 kemaskini Android, Samsung Knox dan vapor chamber yang 13% lebih besar berbanding generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy S25 FE kini rasmi dengan cip Exynos 2400 dan bateri 4900mAh 5

Samsung Galaxy S25 FE akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Navy, Jetblack, Iceblue dan White.

Samsung Galaxy S24 F5 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,099 bagi versi 256GB dan RM 3,699 bagi versi 512GB. Jualan bermula 19 September ini.

maklumat lanjut di mengenai Samsung Galaxy S25 FE di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.