Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S11 Series – 2 model hebat
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Majlis pelancaran Samsung Event sebentar tadi juga telah menyaksikan Samsung memperkenalkan generasi baharu tablet flagship syarikat ini iaitu Galaxy Tab S11 Series.
Walaupun terkenal dengan kemampuan kelas flagship, Samsung telah menambahbaik beberapa aspek utama tablet ini untuk menjadikanya salah satu tablet terbaik dipasaran.
Cip 3nm Dimensity 9400+
Samsung Galaxy Tab S11 dan Galaxy Tab S11 Ultra dikuasakan dengan cip 3nm kelas flagship daripada MediaTek iaitu Dimensity 9400+ yang membawakan 24% peningkatan pretasi CPU, 27% peningkatan pretasi GPU dan 33% peningkatan pretasi NPU.
Ini membolehkan Tab S11 Series menawarkan prestasi yang lebih baik tidak kira untuk melakukan kerja-kerjas sebagai professional mahupun berhibur dengan menikmati pengalaman gaming terbaik.
Kemampuan AI luar biasa & Samsung DeX
Samsung Galaxy Tab S11 Ultra dan Galaxy Tab S11 hadir dengan kemampuan AI yang dipertingkatkan dengan ciri produktiviti seperti Writing Assist, Drawing Assist, Gemini Live dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Samsung juga telah menambahbaik ciri Samsung DeX pada Tab S11 Series yang menjadikanya sebagai peralatan produktiviti yany penting. Ianya kini menyokong Extended Mode dan sehingga 4 workspace yang berasingan.
S Pen yang direka semula
Samsung Galaxy Tab S11 Series akan disertakan dengan S Pen generasi terbaru yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa dan ergonomik. Ianya tampil dengan reka bentuk batang hexagon manakala bucu adalah berbentuk kon.
Menariknya adalah, Samsung akan menyertakan S Pen baharu ini didalam kotak secara percuma kepada semua pembeli Galaxy Tab S11 Series.
Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2x
Samsung Galaxy Tab S11 Ultra hadir sebagai tablet kelas flagship dengan skrin paparan terbesar iaitu panel Dyamic AMOLED berukuran 14.6-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz dan turut memiliki lapisan anti-reflection.
Bercakap mengenai Galaxy Tab S11 pula, ianya juga hadir dengan paparan Dyamic AMOLED 2x berukuran 11.0-inci dengan kadar segar semula 120hz.
Kedua-dua panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 1,600nits.
Reka bentuk ultra nipis & bateri berkuasa tinggi
Samsung Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 11,600mAh manakala Galaxy Tab S11 pula memiliki bateri berkapasiti 8,400mAh. Kedua-dua tablet juga hadir dengan sokongan pengecasan 45W Super Fast Charging.
Walaupun tampil dengan bateri yang lebih besar, Galaxy Tab S11 adalah lebih nipis dan ringan secara keseluruhanya iaitu masing-masing pada ukuran 5.1mm dengan berat 692gram (Galaxy Tab S11 mempunyai berat 469gram).
Dapatkan Samsung Galaxy Tab S11 Sekarang
Samsung Galaxy Tab S11 Ultra dan Galaxy Tab S11 kini ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut :
- Galaxy Tab S11 WiFi (12GB l 256GB) – RM 3,899
- Galaxy Tab S11 5G (12GB l 256GB) – RM 4,399
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB l 256GB) – RM 5,999
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G(12GB l 256GB) – RM 6,499
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB l 512GB) – RM 6,499
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G(12GB l 512GB) – RM 6,999
Dapatkan Samsung Galaxy Tab S11 Series di Samsung Malaysia






