Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds3 FE – earbuds premium pada harga lebih berpatutan

samsung galaxy buds3 fe malaysia

samsung galaxy buds3 fe malaysia

Samsung Galaxy Events akan berlangsung pada 4 September ini dan salah satu daripada model yang akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pelancaran ini adalah Samsung Galaxy Buds3 FE.

Menariknya di sini adalah Samsung Galaxy Buds3 FE telah diumumkan sebelum ini yang bermaksud pelancaran di Galaxy Events akan menjadi pentas terakhir sebelum ianya mula dijual kepada pengguna.

Sehubungan itu, pihak Samsung Malaysia telah memberikan kami akses awal kepada earbuds terbaru mereka yang dijangka akan hadir pada harga yang lebih mesra poket.

Berikut adalah pandangan pertama Samsung Galaxy Buds3 FE.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds3 FE - earbuds premium pada harga lebih berpatutan 1

Rekaan Premium – Blade Design

Samsung Galaxy Buds3 FE menampilkan rekaan Blade Design yang sama seperti earbuds flagship keluaran syarikat ini dan ianya juga tampil dengan eartip yang direka semula yang memastikan ianya selesa untuk dipakai walaupun untuk tempoh yang panjang.

Selain itu, Buds3 FE ini menerapkan kemasan matte pada bekas pengecasan dan earbuds yang menjadikanya sangat premium untuk dipakai tidak kira warna Black atau Gray (lebih kepada putih). Eartip pula adalah berwarna hitam tanpa mengira warna Galaxy Buds3 FE anda.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds3 FE - earbuds premium pada harga lebih berpatutan 2

Google Gemini – pembantu maya anda!

Dengan Galaxy Buds3 FE, anda boleh meminta bantuan Gemini secara terus dengan menyebut “Hey Google” tanpa perlu mencapai telefon pintar anda dan ini sudah pastinya sangat berguna ketika ingin memintan bantuan Gemini untuk mencuba resepi baharu ataupun memulakan senaman yoga.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds3 FE - earbuds premium pada harga lebih berpatutan 3

Pemacu Dinamik 11m dan ANC lebih baik

Samsung Galaxy Buds3 FE memiliki speaker 11mm yang mampu memberikan output bass yang lebih mendalam untuk audio lebih mendalam dan imersif.

Dalam pada itu, Galaxy Buds3 FE juga memiliki ciri pembatalan bunyi hingar aktif yang lebih baik iaitu sehingga 32dB dan ianya juga hadir dengan mod Ambient untuk anda sentiasa peka dengan keadaan persekitaran.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Buds3 FE - earbuds premium pada harga lebih berpatutan 4

Dapatkan Samsung Galaxy Buds3 FE sekarang

Samsung Galaxy Buds3 FE akan ditawarkan di Malaysia mulai hari ini dan anda boleh mendapatkanya didalam dua pilihan warna iaitu Black atau Gray.

Harga jualan Samsung Galaxy Buds3 FE di Malaysia adalah RM 499

saksikan siaran langsung di Samsung Event di YouTube Samsung dibawah :

maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.