Telefon Pintar Terbaru HONOR X9 Series buat penampilan di perarakan Hari Kemerdekaan
Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya meriah dengan pelbagai pertunjukan dan perarakan namun paling mencuri perhatian pengunjung adalah telefon pintar HONOR yang belum dilancarkan.
Peranti ‘misteri’ ini telah didedahkan oleh pelakon Ben Amir ketika perarakan bersama anggota bomba lain dan ini merupakan kali pertama HONOR memperkenalkan perantinya di acara besar-besaran yang disaksikan lebih 100,000 pengunjung.
Menariknya, aksi Ben di atas jentera bomba sambil memegang sebuah telefon pintar misteri berwarna merah terang dengan kemasan kulit telah menarik perhatian ramai. Ramai juga perasan bahawa telefon pintar ini adalah model yang sama yang digunakan pada filem Legasi: Bomba The Movie ketika watak Amir menerimannya sebagai hadiah penghargaan.
Kini, telefon pintar ini dikatakan sebagai model terbaharu HONOR X9 Series yang sinonim dengan ciri ketahanannya.
Mengapa Telefon Pintar Misteri Ini ‘Sepadan’ Anggota Bomba?
Bahagian belakang telefon pintar yang belum dilancarkan tersebut berwarna merah terang, menyerupai warna pakaian seragam anggota bomba. Lebih daripada sekadar reka bentuk, ketahanan luar biasa dan keupayaan peranti ini menahan keadaan ekstrem mencerminkan semangat juang wira-wira bomba yang berani berdepan pelbagai situasi bahaya demi melindungi nyawa.
Booth HONOR: Sesi Ramah Mesra, Peraduan Foto dan Persembahan
Selepas perarakan, orang ramai mula membanjiri booth HONOR untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Peminat teruja dapat bertemu dengan barisan pelakon Legasi: Bomba The Movie pada sesi ramah mesra. Booth tersebut menampilkan sudut fotografi interaktif bertemakan bomba, lengkap dengan peralatan menyelamat.Lebih mengujakan, pengunjung yang mengambil gambar kreatif dan berkongsinya di media sosial mereka juga berpeluang memenangi telefon pintar atau tablet HONOR.
Selain itu, kumpulan Pahlawan Sebenar juga telah membuat persembahan lagu ‘Father’s Day’, OST filem tersebut. Skuad cilik bomba turut memeriahkan suasana dengan persembahan ‘Fire Cry’ yang menyerlahkan semangat wira-wira muda.
HONOR Bakal Mendedahkan Telefon Pintar Misteri Tersebut!
Persoalan yang bermain di fikiran semua orang: Apakah telefon pintar misteri HONOR ini? Walaupun butiran masih dirahsiakan, reka bentuk yang menonjol dan ciri-ciri lasaknya telah mencetuskan rasa ingin tahu ramai. Semuanya akan didedahkan tidak lama lagi!






