Apple iPhone 17 Series akan dilancarkan pada 9 September ini – iPhone 17 Air bakal curi tumpuan
Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran generasi iPhone yang baharu akan berlangsung pada 9 September ini.
Apple iPhone 17 Series bagi tahun ini dijangka akan menampilkan 4 model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.
Majlis pelancaran Apple iPhone 17 Series ini akan berlangsung di Steve Job Theatre di Apple Park bermula jam 1 pagi waktu Malaysia (10 September 2025).
Dengan slogan ‘awe dropping’, tumpuan utama pelancaran generasi baharu iPhone ini sudah pastinya pada iPhone 17 Air yang merupakan pengganti kepada model Plus dan akan tampil dengan ukuran yang nipis dibawah 6mm namun pengorbanan dari segi kapasiti bateri dan bilangan sensor kamera.
Pelancaran Apple iPhone 17 Series boleh disaksikan secara langsung di https://www.apple.com/my/ atau di YouTube Apple

