Dapatkan Samsung Galaxy A16 5G pada harga RM 799 sempena Merdeka
Sempena hari Kemerdekaan yang bakal tiba, Samsung telah mengumumkan penawaran Galaxy A16 5G pada harga yang sangat mampu milik.
Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A16 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci yang turut memiliki kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Dimensity 6300 bersama 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Selain itu, Galaxy A16 5G ini juga memiliki sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.
Dalam pada itu, Galaxy A16 5G juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP54, 6 tahun kemaskini Android dan kemaskini keselamatan berkala, ciri Samsung Knox Vault dan pembesar suara Dolby Atmos.
Akhir sekali, Galaxy A16 5G ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Gold, Light Green, dan Blue Black pada harga RM 799 sahaja. Setiap pembelian telefon pintar ini akan turut menerima 1 tahun lanjutan waranti.
Dapatkanya di Samsung Online Store
