HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 kini tersedia di seluruh negara
Dua peranti HONOR yang dinanti-nantikan iaitu MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 kini boleh dibeli kedai HONOR Experience Store, pengedar sah serta platform dalam talian di seluruh negara mulai hari ini. Sebagai antara siri tablet HONOR popular, MagicPad 3 menawarkan pengalaman bertaraf PC mudah alih, melangkaui tugasan asas komputer.
Manakala HONOR MagicBook Art 14 2025, merupakan komputer riba flagship yang bergaya dan ultra-ringan. Ia menggabungkan prestasi hebat dengan rekaan inovatif serta ciri privasi unik melalui kamera magnetik boleh tanggal.
Kedua-dua peranti ini mencerminkan komitmen HONOR terhadap inovasi berteraskan insan, memperkasa pengguna untuk bekerja dengan lebih pintar, berkarya tanpa batas, dan kekal selamat dengan penuh gaya.
Harga dan Ketersediaan
MagicPad 3 akan ditawarkan didalam dalam warna White dan Grey pada harga RM2,999 dengan 32GB RAM (HONOR RAM Turbo 16GB) dan storan 512GB, bersama hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Keyboard.
HONOR MagicBook Art 14 2025 pula akan dijual dalam warna Mocha Brown dan Emerald Green mulai 22 Ogos 2025 pada harga RM5,999 bagi konfigurasi RAM 32GB dan ROM 1TB. Pembelian peranti ini juga termasuk pakej hadiah eksklusif bernilai RM508, termasuk langganan setahun 365 Personal Microsoft dan HONOR Backpack, sehingga kehabisan stok.
Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/




