Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 1

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 2

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan beberapa produk Smart Home terbaru yang termasuk Xiaomi TV A Pro Series 2026 dan Xiaomi TV A Series 2026.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 3

Xiaomi TV A Pro Series 2026

Xiaomi TV A Pro Series 2026 adalah televisyen yang menggunakan panel QLED 4K dengan kadar segar semula sehingga 120Hz (Game Boost Mode), rekaan metal dengan bezel ultra nipis. Ianya juga mempunyai pembesar suara Dolby Atmos & dts X dan penarafan low blue light & flicker free.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 4

Selain itu, Xiaomi TV A Pro Series 2026 akan ditawarkan didalam 4 saiz iaitu 43″ pada harga RM 1,199, 55″ pada harga RM 1,799, 65″ pada harga RM 2,499 dan 75″ pada harga RM 3,499.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 5

Xiaomi TV A Series 2026

Xiaomi TV A Series 2026 adalah televisyen yang menggunakan panel 4K eye care dengan kadar segar semula sehingga 120Hz (Game Boost Mode), rekaan metal dengan bezel ultra nipis. Ianya juga mempunyai pembesar suara Dolby Atmos & dts X dan penarafan low blue light & flicker free.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 6

Xiaomi TV A Series 2026 akan ditawarkan didalam 3 saiz iaitu 43″ pada harga RM 1,099, 55″ pada harga RM 1,599, 65″ pada harga RM 2,299.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 7

Selain TV A Pro Series 2025 dan TV A Series 2025, Xiaomi juga telah memperkenalkan Xiaomi 4K Monitor A27Ui pada harga RM 1,099, dan pembesar suara Xiaomi Sound Party pada harga RM 349.

Xiaomi TV A Pro Series dan TV A Series 2026 kini rasmi di Malaysia 8

lain-lain produk Xiaomi yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan adalah Xiaomi Smart Camera C100 pada harga RM 99, Xiaomi Outdoor Camera CW100 Dual RM 169, mijia air conditioner Pro Eco RM 1,699, mijia refrigerator cross door RM 2,399, mijia front load washer dryer RM 1,499, Xiaomi Robot Vaccum S40C RM 609, Xiaomi Robot Vaccum S40 RM 769, dan Xiaomi Robot Vaccum H40 RM 1,099.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.