Galaxy AI pada Samsung Galaxy Z Fold7 | Z Flip7: Gandingan Pintar untuk Hidup Lebih Mudah
Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Flip7 pada tahun ini boleh diangkat sebagai telefon pintar foldable Galaxy Z terbaik yang pernah dilancarkan oleh syarikat ini.
Selain rekaan yang lebih nipis dan kukuh serta FlexWindows terbesar, Samsung Galaxy Z Flip7 juga meneruskan penawaran Galaxy AI yang tampil dengan upgrade yang lebih berguna manakala Galaxy Z Fold7 tampil sebagai antara foldable ternipis didunia.
Generative Edit ✨
Galaxy AI pada Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 tampil ciri Generative Edit yang lebih berkuasa yang membolehkan anda menggubah, memadam atau membesarka objek, melaraskan sudut dan mengisikan latar belakang melalui proses AI terus pada peranti.
Generative Edit akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membolehkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang.
Selain itu, ianya juga menawarkan pengeditan ‘side-by-side’ (pada Galaxy Z Fold7 sahaja) iaitu perbandingan langsung imej asal dan versi yang diedit pada skrin besar, menjadikannya lebih mudah untuk memutuskan perkara yang perlu diubah suai dan apa yang perlu disimpan.
Suggest Erases ✨
Dalam pada itu, Galaxy AI juga membolehkan anda memadam atau mengalihkan sesuatu didalam gambar kepada kedudukan yang ideal dengan mudah melalui ciri Suggest Erases. Anda hanya perlu menekan ikon pemadam untuk memulakan ciri Suggest Erases ini.
Gemini Live ✨
Ciri pertama yang adalah Gemini Live, bantuan peribadi daripada Google yang kini seperti teman hidup dan penasihat yang sentiasa bersama anda. Anda hanya perlu menekan butang kuasa, tekan butang suara dan mulakan perbualan dengan Gemini Live.
Selain itu, anda juga boleh memberikan akses kamera kepada Gemini Live untuk bertanya tentang pelbagai soalan hanya dengan menggunakan kamera seperti baju yang sesuai dipakai, resepi dan banyak lagi.
Now Bar ✨
Now Bar pada Galaxy Z Flip7 membolehkan anda menyemak maklumat yang diperlukan dan serta-merta mengendalikan tugas utama secara terus pada FlexWindow tanpa membuka kunci skrin atau membuka lipatan telefon. Ianya memaparkan aktiviti aplikasi dalam masa nyata, kemajuan podcast dan makluman pada cover screem, dan ia kini disepadukan dengan lebih banyak aplikasi pihak ketiga.
Samsung juga telah mengesahkan bahawa Now Bar akan menyokong sehingga 35 cards menjelang penghujung tahun 2025. Antara aplikasi yang menyokong Now Bar adalah Now brief, Media Player, Timer, Stop watch, interpreter, Voice Recorder,
Notes, During exercise, Current Mode, Emergency Sharing, SmartThings(TV remote control), Call, DND(Do not disturb), Wallet(Tickets), Google Sports, Google Map dan banyak lagi.
Now Brief ✨
Aplikasi Mini membolehkan anda melihat kandungan Now Brief terus pada FlexWindow.
ianya menawarkan update harian yang lebih diperibadikan termasuk trafik, peringatan, acara kalendar, dan ringkasan kecergasan. Dapatkan juga cadangan muzik dan video yang diperibadikan berdasarkan langganan dan minat anda dan mengakses data kesihatan dan kesejahteraan dengan mudah yang diambil daripada Samsung Health dan Galaxy Watch anda.
Audio Eraser
Audio Eraser pula pada Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 adalah fungsi Galaxy AI yang membolehkan anda membuang bunyi bising latar belakang yang tidak diingini daripada video. Ia berfungsi menganalisis audio menggunakan AI untuk mengenal pasti pelbagai jenis. Ianya kini turut boleh digunakan pada aplikasi lain seperti Samsung Notes dan Voice Recorder dengan kemas kini One UI 8.
Sketch to Image
Selain sensor kamera, Galaxy AI masih memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi kreativiti dan menyempurnakan lagi pengalaman fotografi pengguna pada Galaxy Z Series.
Ciri Galaxy AI yang ada pada Galaxy Z Flip7 akan menawarkan anda pengalaman yang lebih melalui bantuan AI. Sebagai contoh, ciri Sketch to Image membolehkan anda menambah objek pada gambar dan ianya boleh dibuat melalui lakaran kasar anda sebelum Galaxy AI menganalisa gambar tersebut dan menawarkan beberapa contoh gambar dengan objek yang dijana oleh AI.
Circle to Search in Game
Ciri Cirlce to Search yang dikuasakan oleh Google kini turut boleh digunakan ketika anda sedang bertarung di medan perang permainan video kegemaran anda. Anda boleh menggunakan Circle to Search in Game untuk mencari butiran watak, petua misi,
dan strategi permainan, hanya dengan mengelilingi skrin anda semasa permainan.
Galaxy AI kekal percuma untuk semua pengguna Samsung
Berita baik kepada pengguna adalah Samsung telah mengumumkan bahawa kesemua ciri Galaxy AI yang ditawarkan akan kekal percuma kepada pengguna walaupun pada mulanya diumumkan akan hanya ditawarkan secara percuma sehingga tahun 2025.











