Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad 10 5G kini mula dijual di Malaysia – harga RM 1,799

HONOR Pad 10 5G kini mula dijual di Malaysia - harga RM 1,799 1

HONOR Pad 10 5G kini mula dijual di Malaysia - harga RM 1,799 2

HONOR telah mengumumkan bahawa varian 5G bagi HONOR Pad 10 kini telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia, susulan prestasi jualan memberangsangkan versi WiFi.

Sebagai jenama tablet nombor satu negara, HONOR Pad 10 5G ini bertujuan memenuhi permintaan semakin meningkat daripada pengguna yang memerlukan peranti berkuasa tinggi untuk kegunaan profesional dan hiburan ketika bergerak.

HONOR Pad 10 5G kini boleh didapati melalui pengedar-pengedar sah di seluruh negara bermula 10 Ogos 2025. Lebih menarik, tablet ini akan turut tersedia melalui telco seperti Maxis dan CelcomDigi, nantikan pengumumannya di laman rasmi Facebook Malaysia.

Kekal terhubung sepanjang hari dengan kesambungan tanpa gangguna untuk produktiviti di mana saja

HONOR Pad 10 5G membolehkan pengguna memuat turun fail dengan pantas, menonton filem berdefinisi tinggi dan bermain permainan dalam talian tanpa gangguan di mana-mana, pada bila-bila masa.

Direka khusus untuk produktiviti kerja dan pembelajaran, HONOR Pad 10 5G sesuai untuk sidang video dalam talian, melayari web, menggunakan alatan AI, menghantar e-mel serta aplikasi masa sebenar yang lain. Pengguna kini menikmati kebebasan dan produktiviti yang lebih tinggi dengan rangkaian yang pantas, stabil dan selamat walaupun di luar capaian WiFi.

Alami produktiviti dan kreativiti sepanjang hari

Tablet ini hadir dengan Paparan Eye Comfort HONOR 2.5K berukuran 12.1 inci dengan kadar segar semula dinamik 120Hz, memberikan visual yang tajam dan interaksi amat lancar. Ianya turut memiliki bateri ultra besar 10,100mAh yang terunggul dalam industri, ia mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu kerap dicas.

Apabila dipadankan dengan papan kekunci dan pensel, HONOR Pad 10 bertukar menjadi alat produktiviti serba guna. Papan kekunci Smart Bluetooth Keyboard memberikan pengalaman seakan PC untuk memudahkan tugasan kerja, manakala HONOR Pencil sesuai untuk mencatat nota ketika mesyuarat dan melakar karya kreatif.

HONOR Pad 10 5G kini mula dijual di Malaysia - harga RM 1,799 3

Harga dan ketersediaan

HONOR Pad 10 5G kini ditawarkan pada harga RM1,799, manakala versi WiFi berharga RM1,499. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan RAM 8GB dan ROM 256GB. Varian 5G ditawarkan dalam warna Grey, manakala versi WiFi hadir dalam dua pilihan warna iaitu Cyan dan Grey.

Tambahan pula, pembeli juga akan menerima pakej hadiah PERCUMA bernilai RM1,097 yang merangkumi Smart Bluetooth Keyboard, HONOR Pencil dan fon telinga HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.