ULASAN : Honor Watch 5 Ultra – Dari Diving ke Meeting, Semua Boleh
Pengenalan
HONOR secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar pertama ‘Ultra’ syarikat ini iaitu HONOR Watch 5 Ultra untuk pasaran Malaysia selepas ianya diumumkan pada bulan Mac yang lalu.
Walaupun hadir sebagai pengganti kepada HONOR Watch 4 Pro yang dilancarkan beberapa tahun lalu, Watch 5 Ultra tampil dengan rekaan yang lebih premium dengan bahan kerangka seperti aluminium gred 5 dan gelas sapphire crystal pada bahagian hadapan.
Selain itu, Watch 5 Ultra juga merupakan jam tangan pintar pertama HONOR untuk hadir dengan sokongan bacaan ECG dan kalis air sehingga kedalaman 40 meter yang membolehkanya menyokong ‘Free Diving Mode’.
Kagum dengan spesifikasi jam tangan pintar premium daripada HONOR?, jom baca ulasan Watch 5 Ultra yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199.
Reka Bentuk
HONOR Watch 5 Ultra hadir dengan rekaan seperti sebuah jam tangan yang mewah dimana kerangka jam ini memiliki rekaan Dome Octagonal yang berinspirasikan ruang pandang kapal angkasa.
Selain itu, kerangka aloi aluminium ini adalah gred 5 yang memiliki sifat anti-calar dan tahan kakisan yang memastikanya mampu melalui pelbagai senario kehidupan harian.
Selain itu, pada bahagian skrin HONOR Watch 5 Ultra, ianya hadir dengan lapisan Sapphire Crystal yang meningkatkan ketahanan, dan memastikan daya tahan terhadap haus dan lusuh harian. Tambahan pula, kerangka jam tangan yang digilap dengan tangan juga mempunyai crown yang boleh diputar di sisi, mencerminkan sentuhan keanggunan dan kecanggihan.
Beralih kepada tali, HONOR Watch 5 Ultra hadir dengan tali kulit berwarna coklat yang elegan dan premium namun tali kulit mungkin tidak sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti kecergasan. Untuk itu, HONOR Malaysia turut menawarkan tali free-diving proof secara percuma.
Seterusnya, HONOR Watch 5 Ultra juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 serta kalis air 5ATM. Ianya juga telah menerima pensijilan ‘5 star durability’ dari SGS.
Menyentuh ukuran dimensi jam tangan ini, HONOR Watch 5 Ultra memiliki diameter 46.3mm dengan berat 51 gram tanpa mengambil kira berat tali yang menjadikanya ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Seterusnya, HONOR Watch 5 Ultra memiliki paparan AMOLED berukuran 1.5-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 60Hz. Ianya hadir dengan teknologi LTPO yang terkini yang membolehkan ciri always-on dan nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 71.15%.
Lebih-lebih lagi, Pengguna juga mempunyai lebih dari 10000 jenis watch face yang unik dah ini membolehkan pengguna menetapkan watch face yang sesuai mengikut keperluan dan gaya fesyen.
Cir-Ciri HONOR Watch 5 Ultra
Sebagai sebuah jam tangan terbaik dari syarikat ini, Watch 5 Ultra memiliki pelbagai ciri kecergasan yang membantu anda mengetahui tahap kesihatan diri anda dengan lebih mendalam.
HONOR Watch 5 Ultra dikuasakan sistem operasi MagicOS 9.0 yang mana ianya boleh digunakan bersama peranti Android mahupun iOS (tidak terhad pada telefon pintar HONOR sahaja).
UI bagi Watch 5 Ultra terdiri daripada Scenario Service Card yang memberikan pengguna membolehkan akses pantas kepada fungsi penting seperti maklumat cuaca dan penjejakan kecergasan, meningkatkan kecekapan tugas harian pengguna.
Selain itu, terdapat lebih dari 100 aktiviti kecergasan yang disokong pada Watch 5 Ultra yang termasuk Freediving – aktiviti menyelam tanpa menggunakan bantuan peralatan pernafasan yang boleh mencapai kedalaman sehingga 40 meter.
Pada mod Freediving, Watch 5 Ultra menawarkan maklumat seperti suhu persekitaran, kedalaman air, kelajuan arus dan tempoh didalam air. Terdapat juga pilihan untuk menetapkan selaman di laut atau kawasan air tawar seperti tasik dan sungai.
Selain itu, anda juga boleh melakukan program kecergasan yang tersedia secara percuma namun ianya hanya ditawarkan bagi aktiviti larian dan kecergasan.
Ke aspek kesihatan, HONOR Watch 5 Ultra juga hadir dengan ciri bacaan ECG, kadar oksigen dalam darah SpO2, penjejakan tidur, health scan, fitness age, bacaan tekanan, latihan pernafasan dan banyak lagi.
Lebih lanjut, HONOR Watch 5 Ultra juga menyokong panggilan melalui Bluetooth, bacaan tekanan udara, kompas, mendengar muzik (ada speaker pada jam) kawalan kamera, penggera dan banyak lagi.
Bateri
HONOR Watch 5 Ultra memiliki bateri berkapasiti 480mAh yang mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga 15 hari. Ianya boleh dicaj menggunakan pengecasan magnetik dimana 10 minit pengecasan mampu memberikan kuasa untuk satu hari penggunaan.
Penutup
Secara keseluruhan, HONOR Watch 5 Ultra membuktikan terbukti sebagai sebuah jam tangan pintar yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga penuh dengan pelbagai ciri yang terbaru — daripada pemantauan kesihatan yang komprehensif hinggalah ketahanan bateri yang luar biasa. Ia sesuai untuk pengguna aktif yang mahukan gabungan gaya hidup sihat dan teknologi moden dalam satu peranti.
Dengan reka bentuk premium dan ciri pintar yang mantap, HONOR Watch 5 Ultra sememangnya satu pilihan yang sukar untuk diketepikan dalam kategori jam tangan pintar hari ini.
Dapatkan HONOR Watch 5 Ultra di stor rasmi HONOR Malaysia pada harga promosi RM 999 sahaja.









