Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 – Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 1

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 2Samsung Galaxy Watch8

Pengenalan

Samsung Galaxy Watch8 telah dilancarkan secara rasmi bersama telefon pintar Galaxy Z Series dan ianya tampil sebagai model yang melengkapkan portfolio jam tangan pintar syarikat ini yang turut dianggotai oleh Galaxy Watch Ultra.

Galaxy Watch8 tampil didalam dua model iaitu Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic. Pada ulasan ini kita akan memfokuskan kepada Galaxy Watch8 44mm yang ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,399.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 3

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Watch8 menampikan rekaan Cushion Design yang menjadikannya hampir sama seperti Watch Ultra namun syarikat ini mendakwa rekaan ini juga memberikan fungsi penjejakan yang lebih tepat kerana sensor BioActive kini lebih rapat kepada kulit.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 4

Selain itu, Galaxy Watch8 juga hadir dengan ciri Dyamic Lug untuk pembukaan dan pemasangan tali jam dengan lebih mudah.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 5

Beralih kepada kerangka jam, Galaxy Watch8 adalah hampir 11% lebih nipis berbanding Galaxy Watch7  (8.6mm) dan ianya juga menawarkan stabiliti yang lebih baik ketika dipakai iaitu 8% lebih baik. Kerangka Armor Alumnium 2 ini hadir dengan kemasan brushed yang menjadiknya sentiasa kemas dan kelihatan premium.

Seterusnya, Galaxy Watch 8 menampilkan rekaan tali jam yang berasaskan silikon sepenuhnya dan ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu White dan Graphite.

Dalam pada itu, Galaxy Watch 8 masih mengekalkan penarafan gred ketenteraan MIL-STD-810H dan penarafan kalis air dan debu IP68.

Bercakap mengenai berat, Galaxy Watch8 mempunyai berat sekitar 30 gram yang menjadikanya lebih ringan berbanding generasi sebelum ini.

Secara keseluruhanya, Galaxy Watch8 tidak membawakan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Galaxy Watch7 namun segala penambahbaikan ini dijangka menyumbang kepada pemakaian yang lebih selesa dan penjejakan yang lebih tepat.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 6

Beralih kepada skrin, paparan AMOLED pada Galaxy Watch8 1.5-inci yang sama seperti pada generasi sebelum ini namun ianya adalah panel yang lebih cerah dengan kecerahan mencapai 3,000nits yang memberikan pengalaman pengguna lebih baik dibawah cahaya matahari.

Selain itu, Galaxy Watch8 tampil dengan cip Exynos W1000 yang merupakan cip 3nm yang memiliki 5 teras CPU dan Mali-G68. Ianya juga memiliki 32GB storan dalaman.

Seterusnya, BioActive Sensor yang terletak pada bahagian belakang Galaxy Watch8 telah diberikan penambahbaikan dan ianya menawarkan bacaan parametwr kesihatan yang sediada seperti pada generasi terdahulu, seperti kadar denyutan jantung, SpO2, suhu kulit, dan juga ECG dan tekanan darah, namun Galaxy Watch8 kini boleh mengukur indeks antioksidan dan beban vaskular semasa tidur. Walau bagaimanapun,  pengukuran ECG dan tekanan darah hanya tersedia apabila jam tangan digunakan bersama telefon pintar Samsung Galaxy.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 7

One UI 8 – WearOS 6

Samsung Galaxy Watch8 hadir dengan sistem operasi One UI 8 yang berasaskan Google WearOS 6 dan ianya dijangka akan menerima sehingga 2 atau 3 kemaskini OS.

Menariknya One UI 8 hadir dengan perubahan ketara pada bahagian widgets dan tiles dimana jika sebelum ini setiap tile hanya mampu memaparkan satu widget, kini anda mempunyai pilihan untuk meletakkan beberapa widget pada satu tile mengikut keperluan dan scroll secara menegak atau menetapkan satu widget besar pada satu tile.

Ianya menggunakan pendekatan rekaan Cushion Design yang sama seperti chasis jam tangan pintar ini dan ini juga mengurangkan jumlah tile yang terlalu banyak.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 8

Dalam pada itu, AI tidak terlepas pandang pada Galaxy Watch8 dan ianya menjadi jam tangan pintar pertama didunia untuk menyokong Gemini AI terus daripada jam tangan itu sendiri. Walaupun fungsinya masih terhad kepada beberapa tugas asas seperti meminta Gemini   memulakan pemasa, mulakan senaman atau mulakan larian dengan bimbingan dari titik A ke titik B.

Seperti biasa bagi peranti Galaxy, Watch8 juga memerlukan anda memuat turun aplikasi Galaxy Wearable yang juga tersedia untuk pengguna Android namun kami rekomenkan anda untuk menggunakanya bersama telefon pintar Galaxy.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 9

Samsung Health dan Penjejakan Kesihatan

Samsung mendakwa bahawa bacaan kesemua parameter kesihatan pada Galaxy Watch8 adalah lebih tepat kerana sensor BioActive kini lebih hampir kepada kulit disebabkan rekaan Dynamic Lug System.

Selain itu, Galaxy Watch8 juga hadir dengan pelbagai ciri  penjejakan kesihatan yang sama seperti generasi sebelum ini iaitu kadar degupan jantung, oksigen darah SpO2, ECG, tekanan darah dan Energy Score yang anda peroleh berdasarkan semua ciri tersebut.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 10
Bacaan ECG pada Galaxy Watch8 juga membolehkan anda memuat turun laporan ECG pada aplikasi Samsung Health

Selain itu, mendapat tidur yang mencukupi adalah penting untuk menerima Energy Score yang tinggi dan jika tidur adalah sesuatu yang menjadi isu kepada anda, Samsung Health turut menawarkan menawarkan latihan tidur dengan petua tentang untuk memperbaikinya.

Seterusnya, Samsung telah menambah ciri penjejakan beban vaskular, yang berkait rapat dengan ukuran kebolehubahan kadar denyutan jantung (HRV) yang diperkenalkan pada Galaxy Watch Ultra yang dilancarkan tahun lepa.s.

Beban vaskular semasa tidur ialah beban terkumpul yang diletakkan pada sistem vaskular, dan ia ditentukan oleh tekanan darah, kebolehubahan kadar jantung (HRV) dan sistem saraf simpatetik.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 11

Dalam pada itu, Ukuran indeks antioksidan juga merupakan tambahan baharu pada Galaxy Watch8 , ia mengukur keupayaan badan untuk meneutralkan tekanan oksidatif. Ia boleh diperbaiki dengan mengikuti tabiat pemakanan yang berkhasiat, melakukan senaman yang kerap, mengekalkan kualiti tidur yang baik, dan menyesuaikan faktor gaya hidup yang lain, seperti merokok dan pengurusan tekanan. Pengukuran ini tidak memerlukan telefon Samsung, seperti ECG dan tekanan darah, dan anda boleh mengambilnya dengan meletakkan ibu jari pada sensor BioActive selama 5 saat.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 12

Seterusnya, Running Coach adalah penambahan terbaru dari sudut kecergasan, Ia akan menilai tahap larian anda dengan larian pendek 12 minit dan kemudian menyesuaikan program larian yang diperibadikan hanya untuk anda memastikan anda mencapai matlamat anda. Running Coach akan turut menguruskan kekerapan dan intensiti anda untuk mengurangkan risiko kecederaan atau latihan berlebihan dan juga memberikan maklum balas secara langsung.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 13

Bateri

Samsung Galaxy Watch8 hadir dengan kapasiti bateri yang hampir sama seperti generasi sebelum ini iaitu 435mAh meningkat dari 425mAh pada Watch7. Ini bermaksud peningkatan jangka hayat bateri adalah dengan penggunaan cipset Exynos W1000 yang lebih cekap tenaga.

Bagi unit kami, ianya dilihat mampu menawarkan sehingga 2 hari penggunaan purata namun jika ciri Always-On diaktifkan, ianya menjadi sekitar 24 jam sahaja.

Pengecasan Galaxy Watch8 adalah melalui pengecas tanpa wayar yang disertakan dalam kotak yang memberikan output 10W untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 90 minit.

ULASAN : Samsung Galaxy Watch8 - Penjejakan Kesihatan Lebih Komprehensif 14

Penutup

Samsung Galaxy Watch8 merupakan jam tangan pintar terbaik dengan WearOS dan anda juga mempunyai pilihan saiz jam tangan mengikut keperluan manakala Galaxy Watch8 Classic mungkin menjadi pilihan jika anda mahu rotating bezel.

Dengan rekaan yang lebih nipis dan pelbagai ciri kesihatan/kecergasan, amat sukar untuk mana-mana pengeluar memberikan persaingan kepada Galaxy Watch8 Series.

Samsung Galaxy Watch8 Series kini ditawarkan pada harga dari RM 1,299 sahaja.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch8 di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.