Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 – rekaan lebih premium dan nipis
Samsung Galaxy Watch8 Series telah dilancarkan l bersama Galaxy Z Series baru-baru ini dan kami telah menerima seutas utas jam tangan pintar Galaxy Watch8 (44mm) yang ditawarkan pada harga dari RM 1,399.
Berikut adalah pandang pertama tentang jam pintar flagship terbaru syarikat ini.
Samsung Galaxy Watch8 hadir didalam dua saiz iaitu Galaxy Watch8 40mm dan 44mm yang turut hadir didalam versi Bluetooth atau Bluetooth + LTE.
Menariknya, rekaan Galaxy Watch8 Series pada tahun ini adalah lebih nipis iaitu 11% lebih nipis dan ringan yang bermaksud ianya lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari termasuk ketika tidur.
Cipset 3nm Exynos W1000 & One UI 8 for Watch
Samsung Galaxy Watch8 ini dikuasakan cipset Exynos W1000 yang merupakan cipset 3nm yang dijangka akan mampu memberikan prestasi yang terbaik. Ianya juga hadir dengan 2GB RAM bersama storan dalaman sehingga 64GB.
Selain itu, Galaxy Watch8 Series juga hadir dengan One UI 8 Watch yang berasaskan Wear OS dan ini menjadikanya sebagai jam tangan pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan Google Gemini dari kotak.
Running Coach
Running Coach pada Galaxy Watch8 Series ini akan mengira tahap kecergasan anda dari 1 hingga 10 dan membangunkan pelan latihan lengkap dengan bimbingan masa nyata dan cerapan motivasi. Dengan ciri Together yang dikemas kini, yang kini menyokong larian, anda boleh menceriakan perjalanan kecergasan anda dengan mencabar rakan dan keluarga.
Antioxidant Index – Penuaan yang lebih sihat
Galaxy Watch8 juga memperkenalkan bacaan Antioksidan buat kali pertama pada jam tangan pintar, ia membolehkan anda mengukur tahap karotenoid dalam hanya lima saat dan membuat pilihan gaya hidup lebih baik untuk penuaan yang sihat.
Cara mengukur Antioxidant Indeks adalah seperti pada gambar (meletakkan ibu jari pada sensor BioAcrtive selama 5 saat).
Bedtime Guidance & Vascular Load
Bedtime Guidance akan mengukur irama sirkadian anda untuk mencadangkan masa yang optimum untuk tidur supaya anda bangun dengan segar keesokan harinya. Vaskular load pada Galaxy Watch8 Series pula membantu anda memantau tahap tekanan pada sistem vaskular anda semasa tidur. Memberikan pandangan tentang pelbagai faktor gaya hidup termasuk tidur, tekanan dan aktiviti, ia membantu anda menggunakan pendekatan yang lebih komprehensif untuk menguruskan kesihatan anda.
Dapatkan Samsung Galaxy Watch8 Series sekarang!
Samsung Galaxy Watch8 Series kini ditawarkan pada harga yang bermula antara RM 1,299 sehingga RM 1,699 bagi Galaxy Watch8 manakala Galaxy Watch8 Classic pula bermula pada harga dari RM 1,799 sehingga RM 2,099.
Dapatkan Galaxy Watch8 Series di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berdekatan anda.







