Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable – harga RM 6,999

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 1

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 2

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat vivo X Fold5 di Malaysia yang merupakan model foldable pertama syarikat ini untuk ditawarkan dipasaran tempatan.

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 3

vivo X Fold5 hadir dengan paparan utama AMOLED ZEISS Master Color Display berukuran 8.03-inci manakala skrin luar adalah panel AMOLED berukuran 6.53-inci. Kedua-dua panel ini menyokong kadar segar semula 120Hz bersama kecerahan maksima yang mencecah 4,500nits.

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 4

Selain itu, vivo X Fold5 juga hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama 16GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 4.1 serta FuntouchOS 15  yang  berasaskan Android 15.

Seterusnya, X Fold5 juga memiliki tiga sensor 50MP dibahagian belakang iaitu sensor utama 50MP, sensor telefoto 50MP (OIS) dan sensor ultrawide 50MP. Ianya tampil dengan beberapa ciri fotografi yang berasaskan AI seperti AI Magic Move, Telephoto Macro, Telephoto Enhancement, Stage Mode dan banyak lagi.

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 5

Dalam pada itu, vivo X Fold5 menjadi foldable pertama dipasaran untuk hadir dengan bateri yang mencecah kapasiti 6,000mAh namun masih mengekalkan profil yang nipis iaitu hanya 9.2mm ketika dilipat atau 4.3mm ketika dilipat. Ianya turut memiliki penarafan kalis air dan debu IPX8, IPX9, IPX9+ dan IP5X.

Tidak lupa juga, vivo X Fold5 turut memiliki sokongan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 40W.

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 6

vivo X Fold5 kini rasmi di Malaysia dengan kapasiti bateri terbesar pada foldable - harga RM 6,999 7

Akhir sekali, X Fold5 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Titanium Gray dan Feather White pada harga RM 6,999 dimana pra-tempahan telah dibuka sehingga 1 Ogos ini yang turut membolehkan pengguna menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 3,196.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.