HONOR Magic V5 mendapat sambutan luar biasa pada jualan minggu pertama
Jualan minggu pertama HONOR Magic V5 di Malaysia telah mendapat sambutan hangat di stor HONOR Experience di seluruh negara. Terutamanya Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis baharu di Mid Valley Southkey, Johor Bahru telah menerima kunjungan luar biasa pembeli yang tertarik dengan reka bentuk ultra nipis, prestasi dipertingkatkan, rebat tukar beli RM400 serta hadiah eksklusif bernilai RM2,697.
Pada masa sama, kunjungan hangat tersebut juga bersempena pembukaan rasmi Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis yang terbesar di luar China pada 26 Julai lalu. Acara perasmian bermula dengan pemotongan reben oleh Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li bersama Lee Fook Sin, Pengarah The Hello Station.
Sempena meraikan acara istimewa ini, HONOR telah menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk hadiah cabutan bertuah serta pemberian kotak misteri eksklusif buat pelanggan. Suasana di kedai turut dimeriahkan bengkel AI HONOR Magic V5, pameran ketahanan dan komponan dalaman peranti boleh lipat yang mempamerkan bateri silikon karbon ultra nipis telefon tersebut.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapat potret mereka dilakar secara langsung oleh pelukis tempatan. Kedai flagship ini menggabungkan elemen jualan, pendidikan produk, dan sokongan pasca jualan di bawah satu bumbung, seterusnya menjadi penanda aras baharu dalam landskap jualan global HONOR.
Harga dan Ketersediaan HONOR Magic V5
HONOR Magic V5 ditawarkan dalam konfigurasi RAM 16GB dan storan 512GB dalam empat pilihan kemasan mewah iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Pembeli turut membawa pulang hadiah percuma bernilai RM2,697 yang merangkumi HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun, dan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang 2 Tahun. Pengguna juga boleh menikmati rebat tambahan RM400 dengan program tukar beli HONOR yang menerima telefon, komputer riba atau tablet lama anda.
HONOR Magic V5 boleh dibeli di pelbagai platform termasuk laman sesawang rasmi HONOR Malaysia, HONOR Experience Store, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Peranti ini juga dijual di pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Dapatkan HONOR Magic V5 melalui pelan ansuran 24 Bulan
Dapatkan HONOR Magic V5 menerusi pelan ansuran fleksibel 24 bulan tanpa sebarang faedah, menjadikan bayaran bulanan hanya serendah RM292. Pelanggan boleh mengunjungi HONOR Experience Store terdekat untuk membawa pulang peranti ini.
Baca : ULASAN : HONOR Magic V5 – Nipis, Kukuh tanpa Kompromi




