Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G – Reka bentuk Premium Ikonik Reno

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 1

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 2

🅾️ Pengenalan

Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan OPPO Reno14 Pro 5G di pasaran Malaysia, memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah satu pengeluar telefon pintar yang sentiasa menawarkan gabungan reka bentuk premium dan inovasi teknologi.

Telefon pintar ini diperkenalkan sebagai model kelas pertengahan atas dengan aspirasi flagship, menyasarkan pengguna yang mengutamakan pengalaman fotografi yang cemerlang, prestasi harian yang lancar, serta ketahanan yang boleh diharapkan.

Dilengkapi dengan skrin paparan OLED , pemproses berkuasa daripada MediaTek, sistem tiga kamera dengan sokongan AI terkini, serta ciri-ciri tambahan seperti pengecasan pantas, bateri berkapasiti besar dan penarafan kalis air & debu IP69, Reno14 Pro 5G tampil dengan tawaran yang kompetitif dalam segmennya.

Ulasan ini akan menilai secara mendalam segala aspek yang ditawarkan oleh Reno14 Pro 5G — daripada reka bentuk, paparan, prestasi, kamera, hinggalah kepada ketahanan bateri dan pengalaman perisian — bagi menentukan sejauh mana ia memenuhi jangkaan sebagai sebuah peranti serba boleh yang premium.

Berikut adalah ulasan OPPO Reno14 Pro 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 3

🍥 Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, OPPO Reno14 Pro 5G jelas mengekalkan identitinya sebagai sebuah peranti yang premium, bergaya dan moden. Unit yang ulasan kami hadir dalam warna hero iaitu Opal White, yang dengan jelas menjadi tarikan utama .

Kemasan Opal White ini memancarkan keanggunan dengan sentuhan warna putih mutiara yang kelihatan hangat seperti mother-of-pearl, kadangkala memberi pantulan halus perak. OPPO memanggil kesan ini sebagai “Iridescent Mermaid”, dan hasilnya memang cukup memikat, menjadikannya kelihatan eksklusif dan unik.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 4

Selain itu, OPPO Reno14 Pro 5G ini adalah sebuah peranti yang terasa kukuh dan premium. Bahagian belakang menggunakan kaca dengan tekstur yang licin tetapi tidak terlalu berkilat, membantu mengurangkan kesan cap jari dan memberi cengkaman yang selesa di tangan. Bingkai aluminium matte pada sisi pula bukan sahaja memberikan kekuatan tetapi juga menambah lagi sentuhan mewah pada keseluruhan reka bentuk.

Dengan ketebalan sekitar 7.5 mm dan berat hanya sekitar 201 g, Reno14 Pro 5G adalah peranti yang nipis dan ringan untuk sebuah telefon dengan bateri besar dan sistem kamera yang lengkap. Rekaan ergonomik dengan lengkungan halus di sisi menjadikannya mudah dipegang walaupun digunakan dengan satu tangan untuk tempoh yang lama.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 5

Modul kamera belakang disusun secara moden dengan kemasan cincin logam yang memisahkan tiga lensa 50 MP, memberi penampilan profesional tanpa terlalu menonjol. Di bahagian hadapan, skrin besar dengan bezel yang sangat nipis dan lubang kamera kecil di tengah atas melengkapkan imej moden peranti ini.

Keseluruhannya,  Reno14 Pro 5G bukan hanya kelihatan elegan tetapi juga berjaya memberikan perasaan mewah yang biasanya dikaitkan dengan peranti flagship lebih mahal. Ia jelas sesuai untuk pengguna yang bukan sahaja mahukan prestasi hebat tetapi juga sebuah telefon yang dapat disesuaikan dengan gaya fesyen pengguna.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 6

📲 Skrin Paparan

OPPO Reno14 Pro 5G hadir dengan skrinpaparan OLED berukuran 6.83-inci dengan 1.5K, ianya adalah panel menawarkan kecerahan yang tinggi, warna yang semula jadi, dan tahap ketajaman yang memuaskan untuk sebarang kegunaan. Panel ini juga menyokong kadar segar semula sehingga 120 Hz, memastikan pengalaman visual yang  lancar dan responsif. Dengan sokongan HDR dan kecerahan puncak sehingga lebih 1,200 nits, paparan ini juga masih jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terik.

Selain itu, Reno14 Pro juga memiliki saiz bezel skrin yang amat nipis dan ini menambahkan lagi pengalaman imersif ketika menggunakan skrin. Dalam pada itu, Reno14 Pro 5G juga hadir dengan gelas perlindungan Gorilla Glass 7i yang memberikan perlindungan maksima dari segi ketahanan terhadap calar.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 7

Selain itu, pada bahagian tetapan, anda boleh menetapkan tiga pilihan mod warna bagi skrin Reno14 Pro 5G ini iaitu  Natural, Pro atau Vivid, bergantung kepada citarasa warna pengguna. Bercakap mengenai tetapan kadar segar semula pula, anda boleh memilih tetapan Auto Select, Standard (60Hz) dan High (sehingga 120Hz).

🎛️ Pemproses

OPPO Reno14 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8450 dengan RAM 12 GB LPDDR5X dan storan UFS 3.1.

OPPO Reno14 Pro 5G menawarkan pretasi penggunaan yang sangat  mantap dan konsisten. Tugas‑tugas harian seperti melayari web, media sosial, penstriman video dan suntingan ringan tidak menimbulkan sebarang isu. Untuk permainan, telefon ini mampu mengendalikan permainan berat seperti Genshin Impact atau PUBG Mobile pada tetapan tinggi dengan suhu yang terkawal, hasil daripada sistem penyejukan AI dan vapor chamber yang berkesan.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 8

Seterusnya, OPPO Reno14 Pro 5G hadir dengan ColorOS 15 berasaskan Android 15, menawarkan antara muka yang bersih, intuitif, dan kaya dengan ciri‑ciri. Fungsi‑fungsi seperti Smart Sidebar, Split Screen, dan Flexible Windowsmeningkatkan produktiviti, manakala animasi lancar serta banyak pilihan tema memberi ruang untuk penyesuaian. OPPO turut menjanjikan sokongan kemaskini Android sehingga 5 tahun dan kemaskini keselamatan hingga 6 tahun.

Dalam pada itu, antara ciri AI yang ditawarkan pada OPPO Reno14 Pro adalah seperti berikut :

AI Translate – Terjemah apa sahaja dalam secara langsung merentas pelbagai bahasa dengan ketepatan dikuasakan AI. Sama ada ketika anda melancong atau bekerjasama, komunikasi tanpa batasan hanya dengan satu ketikan.

AI VoiceScribe – AI VoiceScribe ialah ciri AI yang membantu anda menyalin (transcribe) audio atau rakaman suara ke dalam bentuk teks secara automatik dan pantas.

AI Call Translator – Nikmati terjemahan suara yang lancar semasa panggilan telefon. Berkomunikasi dengan yakin merentasi sempadan dengan terjemahan AI masa nyata pada setiap panggilan.

AI Call Summary – merekod dan menyusun maklumat penting daripada panggilan yang panjang dengan serta-merta supaya anda mendapat intipati utama tanpa mendengarnya semula.

Lebih lanjut, Reno14 Pro 5G juga membawakan ciri O+ Connect yang membolehkan perkongsian fail dengan peranti Apple menjadi lebih mudah. Pindahkan foto dan video anda dalam satu ketikan. O+ Connect menjadikan perkongsian merentas platform pantas, lancar dan tanpa stress. Reno14 Pro 5G juga hadir dengan pembantu AI Google Gemini.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 9

📸 Kamera

Bahagian kamera menjadi salah satu kekuatan utama OPPO Reno14 Pro 5G, dengan tetapan tiga kamera 50MP iaitu utama, sensor telefoto periskop, dan sensor ultrawide.

Sensor utama Reno14 Peo 5G menghasilkan gambar yang sangat baik, dengan ketajaman tinggi, warna yang tepat, dan julat dinamik luas.

Dalam keadaan malap, prestasi tetap baik dengan  aperture besar dan sokongan AI Flash Photography — gambar kelihatan lebih cerah dan kurang hingar berbanding pesaing dalam kelasnya. Malah, mod malam juga sangat membantu menangkap suasana malam tanpa kehilangan detail.

Lensa telefoto periskop adalah sesuatu yang  jarang ditawarkan pada peranti kelas pertengahan‑atas. Ia menawarkan zoom optikal sehingga 3.5× yang benar‑benar berguna untuk mengambil gambar subjek dari jauh tanpa kehilangan banyak detail.

Hasil zoom  5× masih kelihatan tajam, namun pada kadar 10× atau lebih (digital), kualiti mula berkurang. Namun begitu, ia tetap  berguna untuk menangkap detik‑detik di pentas, pemandangan, atau  objek‑objek kecil tanpa perlu pergi lebih dekat.

Seterusnya, sensor ultrawide juga beresolusi 50 MP, menawarkan sudut pandangan yang luas tanpa terlalu banyak herotan di tepi. Ia sesuai untuk merakam lanskap, seni bina atau sekadar menangkap lebih banyak subjek dalam satu bingkai. Warna dan kecerahan juga konsisten dengan sensor utama.

Selain itu, fungsi AI yang disediakan adalah seperti AI Flash Photography, AI Composition Master dan AI HDR Video benar‑benar membantu menghasilkan imej yang lebih terang, seimbang dan kreatif . Rakaman video juga boleh dibuat pada resolusi sehingga 4K 60fps dengan kestabilan yang mengagumkan.

Kamera selfie Reno 14 Pro 5G ini adalah sensor 50 MP yang sangat sesuai swafoto berkualiti tinggi selain turut menawarkan mod potret yang baik dalam pelbaga

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 23

🔋Bateri 🪫

OPPO Reno14 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,200 mAh yang menawarkan ketahanan bateri yang sangat baik, tahan satu hari penuh walaupun dengan penggunaan intensif, atau sehingga dua hari untuk penggunaan lebih ringan.

Ianya turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC membolehkan bateri dicaj dari tahap 0% ke 50% hanya dalam masa kira‑kira 15 minit. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC, satu ciri premium yang jarang ditemui pada tahap harga ini.

ULASAN : OPPO Reno14 Pro 5G - Reka bentuk Premium Ikonik Reno 24

🔚 Penutup

Reno14 Pro 5G bukan sahaja memikat dari segi reka bentuknya yang elegan, malah membuktikanya sebagai sebuah peranti yang seimbang — dengan skrin berkualiti tinggi, kamera yang versatile, prestasi berkuasa, perisian matang, serta bateri yang tahan lama dengan pengecasan yang pantas.

Semua ini menjadikannya pilihan yang sangat baik bagi pengguna yang mengutamakan prestasi harian yang mantap tanpa mengorbankan gaya.

Bagi yang berminat, OPPO Reno14 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.