Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Redmi Pad 2 – tablet mampu milik terbaik untuk hiburan

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 1

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 2

Pengenalan

Redmi Pad adalah sebuah tablet yang popular dikalangan pengguna kerana ianya menawarkan pengalaman multimedia yang sangat memuaskan pada harga bajet.

Baru-baru ini, pihak Xiaomi telah mengesahkan pelancaran Redmi Pad 2 di Malaysia yang masih mengekalkan harga jualan yang berpatutan namun telah diberikan penambahbaikan dan turut ditawarkan didalam versi LTE.

Ini bermaksud Redmi Pad 2 hadir dengan skrin yang lebih cerah dan tajam, bateri lebih besar, sistem operasi terkini, speaker lebih baik dan storan yang lebih besar walaupun pada versi yang paling murah. Tidak lupa juga ianya turut hadir dengan aksesori seperti stylus dan smart cover.

Ini adalah ulasan Redmi Pad 2 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599.

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 3

Reka Bentuk

Redmi Pad 2 memiliki rekaan yang sama seperti Redmi Pad dimana ianya hadir dengan kerangka aluminium bersama panel skrin 11-inci . Ianya memiliki sisi yang bersama bucu yang membulat pengendalian yang selesa dan lebih estetik.

Selain itu, panel LCD yang digunakan pada Redmi Pad 2 ini juga mempunyai bezel skrin berukuran 1cm, yang membolehkan anda memegang tablet tanpa menghalang paparan.

Seterusnya, panel belakang Redmi Pad 2 adalah diperbuat daripada logam dengan kemasan frosted. Ianya sangat anti cap jari dan tahan calar. Terdapat modul kamera belakang yang menempatkan sensor 8MP namun tiada flash.

Beralih ke bahagian sisi bawah Redmi Pad 2, ianya memiliki  empat pembesar suara Dolby Atmos, serta port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Sisi atas Redmi Pad 2 ini juga mempunyai butang kuasa dan kelantangan, mikrofon, dan slot  microSD . Jika anda memilih model selular, slot ini akan menyokong dua kad nano-SIM.

Secara keseluruhan, Redmi Pad 2 adalah sebuah tablet saiz sederhana dengan cengkaman yang sangat baik, reka bentuk kalis calar bersama binaan yang kukuh.

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 4

Skrin

Redmi Pad 2 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11-inci dengan resolusi 2.5K (2560 x 1,600 piksel) dan kepadatan piksel 276 ppi serta 10-bit warna. Ianya turut menyokong kadar kecerahan maksima sehingga 600 nits iaitu 50% lebih cerah berbanding panel yang digunakan pada Redmi Pad.

Selain itu, panel ini juga mempunyai lampu latar yang tidak rata, yang menjadikan skrin kelihatan lebih gelap di bahagian tepi, terutamanya ketika memaparkan kandungan putih.

Dalam pada itu, Redmi Pad 2 juga hadir dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat tiga pilihan kadar segar semula iaitu Auto, Custom yang menawarkan kadar 60Hz atau 90Hz.

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 5

Pemproses

Redmi Pad 2 dikuasakan cip Helio G100 Ultra yang dikeluarkan oleh MediaTek dan ianya adalah cip 6nm bersama GPU Mali-G57MC2. Bersama cipset ini turut disertakan RAM 4GB/8GB dan storan dalaman 128GB/256GB.

Selain itu, Redmi Pad 2 juga hadir dengan sistem operasi terbaru Xiaomi iaitu HyperOS 2.0 yang berasaskan Android 15.

HyperOS 2.0 menyampaikan pengalaman perisian yang diperhalusi yang dibina untuk hiburan dan produktiviti.

Ciri Xiaomi Interconnectivity membawakan tiga fungsi iaitu Call sync, Network sync, dan Shared clipboard yang memperkemaskan lagi ketersambungan dengan telefon pintar Xiaomi. Daripada menerima panggilan terus pada tablet kepada menyalin dan menampal kandungan merentas telefon dan tablet, ciri ini membantu mencipta aliran kerja yang lebih lancar dan cekap yang memastikan tugasan bergerak lancar sepanjang hari.

Secara keseluruhan prestasi Redmi Pad 2 adalah sesuatu yang ‘expected’ pada tahap harga ini dan ianya amat sesuai untuk dijadikan sebagai peranti untuk hiburan dan pelayaran media sosial serta ‘light’ gaming.

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 6

Bateri

Redmi Pad 2 memiliki bateri berkapasiti 9,000mAh, iaitu 1,000mAh lebih tinggi berbanding Redmi Pad. Xiaomi mendakwa bateri ini mampu bertahan selama 234 jam ketika pendengarsn muzik atau 17 jam main balik video.

Beralih kepad pengecasan, Redmi Pad 2 menyokong pengecasan pada kadar 18W namun adapter yang disertakan didalam kotak adalah 15W yang memberikan 17% pengecasan selepas 30 minit dengan pengecasan penuh mengambil masa sekitar 3 jam.

ULASAN : Redmi Pad 2 - tablet mampu milik terbaik untuk hiburan 7

Penutup

Redmi Pad 2 merupakan sebuah tablet harga mampu milik yang hadir dengan menawarkan binaan yang kukuh dan reka bentuk yang menarik, prestasi yang memuaskan, pembesar suara yang kuat dan jangka hayat bateri yang panjang. Anda juga boleh meningkatkan pengalaman anda dengan pelbagai aksesori tambahan.

Selain itu, penggunaan HyperOS 2.0 pada tahap harga ‘entry-level’ adalah sesuatu yang patut diberikan pujian dengan UI yang lebih lancar dan stabil.

Redmi Pad 2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 599 sehingga RM 999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.