ULASAN : HONOR Magic V5 – Nipis, Kukuh tanpa Kompromi
Pengenalan
Persaingan telefon pintar foldable dipasaran tempatan tidak kurang hebatnya dan HONOR boleh dikatakan salah satu pemain industri utama dimana ianya satu-satunya jenama yang mencatatkan pertumbuhan drastik didalam pasaran foldable.
Menariknya, HONOR mendakwa bahawa bagi setiap 3 unit peranti foldable yang dijual di Malaysia, salah satu daripadanya adalah telefon pintar foldable daripada HONOR.
Bagi mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif ini, HONOR secara rasminya telah memperkenalkan HONOR Magic V5 sebagai pertaruhan terbaru syarikat ini dan ianya tampil dengan slogan Slimmest, No Compromise.
Sebagai telefon pintar foldable paling nipis didunia iaitu pada ukuran 8.8mm ketika dilipat dan hanya 4.1mm ketika lipatan dibuka (warna Ivory White), HONOR telah mengubah bagaimana ketahanan sebuah telefon pintar boleh lipat ditakfrifkan.
Selain itu, HONOR juga telah menggunakan pelbagai penyelesaian unik untuk menjadikan Magic V5 bukan hanya foldable ternipis malah antara yang kukuh tanpa sebarang kompromi.
Jom baca ulasan HONOR Magic V5 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,999.
Reka Bentuk
Apabila melihat kepada HONOR Magic V3 dan membayangkan HONOR Magic V5, pasti ramai yang mati akal tentang apa yang mampu HONOR tambah baik pada generasi baharu ini namun kemampuan syarikat ini terbukti apabila HONOR Magic V5 dilancarkan dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih kukuh berbanding generasi sebelum ini.
HONOR Magic V5 secara rasminya adalah telefon pintar ternipis didunia dengan ukuran 8.8mm ketika dilipat dan 4.1mm ketika dilipat yang mana ianya adalah senipis syiling 50 sen atau kad debit/kredit anda.
Walaubagaimanapun, nipis tidak bermaksud rapuh kerana HONOR telah memperbaiki ketahanan Magic V5 ini hasil penggunaan engsel HONOR Super Steel Hinge generasi kedua yang mampu menahan berat sehingga 35 kilogram tanpa sebarang isu dan engsel ini juga mampu bertahan sehingga 13 tahun penggunaan (purata 100 kitaran bukaan sehari) atau 500,000 kitaran bukaan.
Ke panel belakang, HONOR Magic V5 memiliki panel belakang yang diperbuat daripada gentian karbon yang sama seperti yang digunakan pada industri aeroangkasa yang menawarkan kekuatan gentian 5800MPa iaitu 40 kali ganda lebih kukuh menahan impak jatuhan atau hentakan.
Dalam pada itu, HONOR juga telah menaik taraf tahap penarafan kalis air dan habuk pada Magic V5 ke IP58 dan IP59 yang bermaksud perlindungan habuk kini ditawarkan secara rasmi. ( HONOR Magic V3 hanya memiliki penarafan kalis air IPX8). HONOR Magic V5 juga hadir dengan Al-powered Foreign Object Detection yang akan memberikan amaran kepada pengguna apabila zarah sekecil 0.8mm seperti pasir dikesan memasuki skrin utama.
Bercakap mengenai berat, HONOR Magic V5 memiliki berat 217 gram yang menjadikanya hampir 9 gram lebih ringan berbanding Magic V3 namun lebih mengejutkan adalah generasi baharu ini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar.
Skrin
HONOR Magic V5 hadir dengan skrin paparan boleh lipat berukuran 7.95-inci yang memberikan anda pengalaman seperti pada tablet untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif dan memuaskan.
Selain itu, panel utama ini adalah foldable OLED yang memiliki resolusi 2352 × 2172 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kemampuan untuk memaparkan lebih 1.07 bilion warna. Panel memiliki kecerahan maksima sehingga 5,000nits dengan kepadatan piksel 409ppi.
Dalam pada itu, HONOR juga telah meningkatkan ketahanan skrin boleh lipat ini dengan teknologi HONOR Super Armored Inner Screen yang memiliki lapisan Non-Newtonia kalis hentaman yang mana apabila paparan dalaman terjatuh, gel ini mula memejal dalam masa milisaat.
Teknologi ini membolehkan panel skrin utama HONOR Magic V5 menawarkan 15% peningkatan dalam rintangan calar dan peningkatan 20% dalam rintangan hentaman dan impak. Kesemua peningkatan ini menjadikan panel skrin utama Magic V5 sebagai antara paling kukuh dipasaran.
Beralih kepada skrin luaran, HONOR Magic V5 memiliki panel skrin berukuran 6.43-inci yang menawarkan anda pengalaman skrin seperti sebuah telefon pintar tradisional. Ianya juga memiliki kecerahan maksima sehingga 5,000nits, kadar segar semula 120Hz dan kepadatan piksel 404ppi.
Seterusnya, skrin paparan luaran Magic V5 ini juga memiliki lapisan Anti-scratch NanoCrystal Shield yang lebih tahan lasak dan ianya adalah 10 kali ganda lebih tahan jatuhan dan calar berbanding lapisan gelas biasa dan ianya juga telah menerima penarafan 5 bintang Swiss SGS Glass Scratch & Drop Resistance in Multiple Scenario.
Selain itu, HONOR juga menawarkan sokongan stylus Magic-Pen pada skrin dalaman dan luaran untuk pengalaman membuat kerja atau melukis yang lebih professional.
Dalam pada itu, Magic V5 juga hadir dengan teknologi AI Defocus Eye Protection yang mana ianya akan diaktifkan apabila anda membaca atau melihat skrin telefon untuk tempoh masa yang lama, skrin Magic V5 secara automatik akan mensimulasikan kesan cermin mata rabun, mengurangkan perkembangan miopia dan gejala miopia sementara.
Secara keseluruhanya, kedua-dua paparan HONOR Magic V5 bukan hanya menawarkan anda fungsi sebagai sebuah telefon pintar dan tablet, ianya kini lebih tahan lasak dengan teknologi HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield pada skrin luar dan HONOR Super Armored pada skrin dalaman yang memiliki lapisan Non-Newtonia yang lebih tahan hentakan dan jatuhan.
Pemproses
Seperti pada Magic 7 Pro, HONOR telah mengekalkan penggunaan cipset terbaik daripada Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Elite yang terus menjadi pilihan utama pengeluar khususnya untuk model flagship.
Snapdragon 8 Elite ini hadir dengan teknologi fabrikasi 3nm yang memastikan kecekapan tenaga yang sangat baik. Ia menampilkan seni bina pemproses 2+6 octa-core serba baharu, yang mempunyai kelajuan terkemuka industri yang lebih melebihi 4GHz. Seni bina termaju dan penalaan yang dioptimumkan ini memberikan kuasa yang luar biasa, menetapkan standard baharu untuk prestasi dipacu AI pada telefon pintar.
Bersama cip Snapdragon 8 Elite ini, HONOR Magic V5 juga memiliki 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ianya juga menawarkan ciri HONOR RAM Turbo (sehingga 12GB) yang membolehkan lebih banyak aplikasi dibuka serentak.
Bagi membolehkan cip flagship Snapdragon 8 Elite beroperasi pada tahap optimum, HONOR Magic V5 juga dilengkapi dengan sistem penyejukan HONOR Titanium Vapor Chamber yang boleh dikategorikan sebagai sistem penyejukan terbaik pada foldable dan ini menawarkan 53% peningkatan didalam prestasi penyejukan. Ini bermaksud adalah tidak lagi perlu risau tentang kepanasan melampau ketika penggunaan berintensiti tinggi seperti gaming.
Dalam pada itu, AI pada telefon pintar kini sudah menjadi satu normalisasi dan HONOR sentiasa mencipta ciri AI baharu yang memudahkan kehidupan pengguna. Dengan mengambil kira paparan utama Magic V5 yang besar, HONOR telah memperkenalkan ciri Split Screen yang kini menyokong pembukaan sehingga 3 tetingkap skrin pada satu-satu masa.
Berikut adalah beberapa senario penggunaan ciri Three Split Scren :
Multi-Task AI : Meeting
- Pada tetingkap pertama, anda boleh membuka aplikasi HONOR Notes untuk merakam audio mesyuarat dan guna AI Summary untuk menyenaraikan maklumat penting. Pada tetingkap kedua, anda boleh membuka aplikasi WhatsApp untuk berkongsi maklumat mesyuarat manakala pada tetingkap ketiga, anda mungkin boleh menggunakan aplikasi emel.
Multi-Task AI : Travelling
- Merancang percutian minit-minit akhir dengan Magic V5 tidak menjadi masalah dengan ciri Three Split Screen yang mana anda boleh membandingkan harga hotel dan pakej percutian dengan mudah sambil meminta bantuan Gemini Live untuk mencarikan anda pakej yang berbaloi.
Multi-Task AI – Shopping
- Membeli belah di atas talian kini lebih mudah dengan ciri Three Split Screen kerana anda boleh membuat perbandingan harga secara bersebelahan tanpa membuka dan menutup sesuatu aplikasi eperdagangan.
HONOR Notes
Antara ciri yang dimiliki HONOR Notes pada Magic V5 adalah
AI Summary – ciri ini membantu meringkaskan kandungan nota anda dan memasukkannya sebagai abstrak kandungan.
AI Format – Fungsi ini mempunyai pilihan yang disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk, Asas, Perniagaan, Vivacious dan Klasik.
AI Transcribe – ciri ini akan membuat transkripsi segera dengan ciri pengenalan suara individu yang menawarkan sokongan untuk 13 bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Jepun dan Korea.
AI Minute – Pengguna boleh mencari maklumat penting dengan cepat daripada mesyuarat yang panjang, latihan, kursus atau temu duga transkrip dengan meringkaskan perkara utama.
Seterusnya, HONOR Magic V5 juga hadir dengan Google Gemini yang berfungsi sebagai pembantu AI yang membolehkan pengguna meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka. Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk membantu mereka belajar, memikirkan idea, menulis, merancang acara dan banyak lagi. Melalui teks, suara, gambar dan kamera, pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan cara baharu.
Perkongsian fail dengan peranti iOS
HONOR Magic V5 menjadi telefon pintar pertama HONOR untuk menyokong perkongsian fail ke peranti iOS seperti iPhone, iPad dan Mac. Windows juga disokong dengan memuaturun aplikasi HONOR Super Workstation.
Ianya menawarkan perkongsian fail pada kelajuan sehingga 60MB/s dengan kesesuaian penuh untuk perisian PC Office seperti Apple Keynotes, Pages, Number, Windows Word, Excel dan PPT.
Dalam pada itu, HONOR Magic V5 juga menyokong ciri iCloud Cloning yang membolehkan anda menyalin kesemua imej, video, notes , contact, calendar dan docs dari peranti Apple kepada telefon pintar boleh lipat HONOR ini dengan mudah.
Seterusnya, HONOR Magic V5 juga hadir dengan Magic OS 9.0.1 yang berasaskan Android dan kita boleh jangkakan bahawa sebanyak 4 kemaskini Android akan diberikan kepada telefon pintar ini.
Kamera
Untuk memberikan pengguna fotografi setaraf telefon pintar flagship tradisional dipasaran, HONOR Magic V5 ini tampil dengan sensor utama Falcon 50MP f/1.6 dengan OIS, , sensor telefoto periskop 64MP dengan OIS, yang turut menawarkan 3.5x zoom optikal dan sehingga 100x zoom digital. Sensor terakhir pada Magic V5 ini adalah sensor ultrawide + makro 50MP yang menawarkan fotografi kanta lebar 122° yang turut menyokong fotografi makro sedekat 2.5cm.
Dalam pada itu, HONOR Magic V5 juga tampil dengan ciri HONOR AI Motion Sensing Capture yang akan mengambil gambar secara automatik tanpa perlu menekan butang shutter (apabila mengesan pergerakan). ciri ini membolehkan detik pantas yang mempunyai pergerakan laju seperti menyepak, melompat atau menari ditangkap dengan kejelasan dan ketelitian yang lebih jitu.
Portrait Harcourt
Paling mencuri tumpuan pada bahagian fotografi pada HONOR Magic V5 sudah pastinya kolaborasi syarikat ini dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt bagi membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan telefon pintar ini menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio.
Pada aplikasi kamera, anda boleh melihat ikon Harcourt yang menawarkan anda tiga filter khas iaitu Classic, Color dan Vibrant yang dibangunkan oleh studio ini menggunakan kepakaran mereka didalam bidang potret bersama teknologi AI.
Bercakap mengenai kamera selfie, HONOR Magic V5 dilengkapi dua sensor 20MP pada skrin luar dan skrin dalam yang menawarkan anda fotografi swafoto yang memuaskan.
AI Super Zoom
Bercakap mengenai zoom, HONOR Magic V5 juga hadir dengan ciri AI Super Zoom yang membolehkan gambar yang diambil pada kadar 30x sehingga 100x menerima pemprosesan tambahan yang meningkatkan resolusi gambar melalui AI, ini menjadikan pengambilan gambar jarak jauh adalah mudah dan jelas.
AI Cutout
Fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.
Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial yang pasti dicemburui pengguna telefon pintar lain.
AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej
HONOR Magic V5 juga dilengkapi dengan ciri AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan.
AI akan mengisi bahagian-bahagian yang perlu diperluaskan dengan kesan yang sangat semulajadi.
AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama
Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci.
Dengan satu sentuhan, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.
Secara keseluruhan, aspek fotografi HONOR Magic V5 telah menunjukkan peningkatan apabila dibandingkan dengan Magic V3 kerana ianya kini menawarkan anda fotografi makro, potret professional Harcourt, dan kebolehan zoom sehingga 100x dengan sensor telefoto periskop 64MP
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan HONOR Magic V5 :
Bateri
HONOR Magic V5 dilengkapi bateri berkapasiti 5,820 mAh yang merupakan bateri Silikon Karbon generasi ketiga daripada syarikat ini. Bateri ini mempunyai ketebalan hanya 2.6mm setiap bateri dan merupakan bateri pertama dipasaran dengan kandunga
Dalam pada itu, Magic V5 juga menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang masih kekal sebagai antara teknologi pengecasan terpantas pada peranti foldable dan ini mampu membolehkan pengecasan penuh dicapai didalam masa 43 minit sahaja (pengecasan ke tahap 50% adalah didalam masa 16 minit sahaja).
Selain itu, HONOR Magic V5 juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W Wireless HONOR SuperCharge yang merupakan satu lagi alternatif pengecasan yang sudah pastinya mahu dimiliki.
Bagi memastikan pengurusan tenaga bateri yang efisien, HONOR Magic V5 juga dilengkapi cip Power Enhanced HONOR V2 yang mengesan senario pengecasan dan nyahcas yang berbeza di bawah suhu dengan keperluan yang berbeza-beza. Ini membolehkan bateri dicas dengan lebih penuh dan dinyahcas dengan lebih lengkap.
Penutup
HONOR Magic V5 telah terbukti sebagai sebuah telefon pintar boleh lipat tanpa kompromi pada mana-mana aspek dan ianya wajar diberikan perhatian sebagai pengganti kepada telefon pintar ‘bar phone’ anda didalam waktu terdekat.
Ramai yang berkata bahawa telefon pintar boleh lipat seperti HONOR Magic V5 ini hanya sesuai kepada pengguna yang tertentu namun kami berani untuk memperkatakan bahawa HONOR Magic V5 sesuai digunakan oleh semua kerana ketahanan dan spesifikasinya adalah antara yang terbaik dipasaran.
HONOR Magic V5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,999.
Dapatkan HONOR Magic V5 yang kini sedia untuk dipra-tempah di laman rasmi HONOR Malaysia









































