vivo X200 FE mula dijual secara rasmi di Malaysia – promosi terhad ditawarkan sehingga 3 Ogos
susulan pelancaran vivo X200 FE baru-baru ini,telefon pintar ini kini tersedia secara rasmi untuk pembelian di Malaysia.
vivo X200 FE adalah peranti untuk mereka yang menuntut kuasa tanpa kompromi, flagship kompak ini menggabungkan reka bentuk anggun dengan prestasi canggih, semuanya dalam satu tangan.
Ianya tampil sensor telefoto Super ZEISS 50MP, menampilkan Stage Mode serba baharu, vivo X200 FE merakam detik dinamik dengan kejelasan yang memukau dan realisme sinematik. Di bawah profil ultra-langsingnya terdapat bateri BlueVolt 6500mAh yang turut disokong oleh FlashCharge 90W, memastikan ketahanan sepanjang hari dan pengecasan semula pantas apabila anda amat memerlukannya.
Tersedia Sekarang dengan tawaran masa terhad
dari 5 Julai hingga 3 Ogos 2025, rakyat Malaysia boleh memiliki vivo X200 FE pada harga RM2,999, termasuk rebat segera RM200, bersama-sama dengan pelbagai hadiah dan faedah eksklusif, termasuk:
1. Hadiah Eksklusif (jumlah bernilai sehingga RM1,556)
● Set Kayu Pickleball (bernilai RM259)
● vivo TWS 3e (bernilai RM199)
● Waranti Lanjutan 1+1 Tahun
● Waranti Perlindungan Retak Skrin 180 Hari
2. Pelan Ansuran Faedah 0% tersedia di seluruh rakan kongsi
● Nikmati bayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa faedah
● Diskaun tambahan PWP (Pembelian-Dengan-Pembelian) sebanyak 30% pada Watch GT dan Watch 3
Selain itu, pelanggan boleh menikmati Promo Ansuran 0% vivo X200 FE dengan faedah berikut:
● Public Bank: Rebat RM100 (100 pengguna pertama yang membuat pembayaran secara ansuran)
● Affin Bank: Rebat RM100 + 5x Mata Ganjaran AFFIN (100 pengguna pertama yang membuat pembayaran secara ansuran)
● PayLater by Grab: Potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550, ansuran 0% sehingga 4 bulan (sah sehingga 31 Julai sahaja)
● Trade In: Dapatkan rebat segera sehingga RM200
Tersedia secara eksklusif di Kedai Konsep vivo terpilih. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Sebagai tambahan kepada pelancaran, vivo mengalu-alukan anda untuk merasai sendiri vivo X200 FE di stor konsep Midvalley Megamall yang baru dibuka dan menjadi antara yang pertama mencuba peranti flagship kompak itu, dengan aktiviti pelancaran yang meriah termasuk persembahan tarian singa dan permainan mini menarik minat pelanggan yang teruja.
Untuk kemudahan tambahan, rakyat Malaysia juga boleh menikmati tawaran masa terhad ini melalui Kedai Konsep vivo, peruncit rasmi, dan platform dalam talian rasmi, termasuk E-Store vivo Malaysia, serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.



