Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma 1

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma 2

Hanya lima hari sebelum pelancaran rasmi telefon boleh lipat paling nipis dan kukuh HONOR Magic V5 dan hari ini, HONOR telah membuat satu pengumuman yang pasti mencuri perhatian ramai.

Sebagai pembuka tirai kepada pelancaran besar ini, HONOR mendedahkan bahawa hadiah percuma pra-tempahan Magic V5 adalah sebuah speaker premium Harman Kardon Onyx Studio 9.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima hadiah eksklusif terhad, antaranya pembesar suara Harman Kardon bernilai RM1,299, khas untuk pembeli terawal. Bukan itu sahaja, telefon boleh lipat ini juga akan hadir bersama jaminan perlindungan yang dinaik taraf, membuktikan komitmen HONOR terhadap kepuasan pengguna.

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma 3

Bateri Hebat, Bunyi Mantap, Maraton Hiburan Seharian

Pembesar suara Harman Kardon ini bukan sekadar hadiah biasa. Dikenali dengan kejelasan akustik dan bass yang menyeluruh, pembesar suara ini menjadikan HONOR Magic V5 pusat hiburan mudah alih peribadi anda. Sama ada menonton drama di Netflix, mendengar senarai lagu Lo-Fi kegemaran, atau berkaraoke sepanjang malam di rumah, gabungan HONOR Magic V5 dan Harman Kardon ini menjanjikan pengalaman audio visual bertaraf flagship yang amat mengasyikkan.

Lebih menarik lagi, dengan bateri besar 5820mAh dan prestasi sepanjang hari HONOR Magic V5, pakej ini menawarkan pengalaman sinematik unik yang boleh pengguna nikmati apabila membeli HONOR Magic V5 semasa tempoh pra-pesanan yang bermula sejurus selepas pelancaran nanti.

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma 4

Jaminan Perlindungan yang Dipertingkatkan

Bagi menjadikan tawaran ini lebih istimewa, HONOR telah memasukkan jaminan perlindungan yang dipertingkatkan untuk HONOR Magic V5. Ini memberikan jaminan tambahan ke atas pembelian pengguna, memastikan mereka mendapat lebih sokongan jaminan, tiada kebimbangan dan pengalaman pasca jualan yang lebih baik.

Setiap pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima speaker Harmon Kardon Onyx Studio 9 secara percuma 5

Lima Hari Lagi, Tandakan Kalendar Anda untuk 15 Julai Ini!

Saksikan pelancaran HONOR Magic V5 di Malaysia pada 15 Julai ini, bermula jam 2 petang secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Jom Baca :  HONOR Magic V5 – Foldable Ternipis tanpa kompromi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.