Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip7 – FlexWindow Terbesar, Bateri 4300mAh
Samsung Galaxy Z Flip7 turut berkongsi pentas pelancaran Samsung Unpacked yang sedang berlangsung dan telefon pintar kategori Flip ini tidak kurang hebatnya.
Seperti Galaxy Fold7, Penambahbaikan antara Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Flip7 adalah sangat ketara terumatanya pada rekaan dan FlexWindow.
FlexWindow terbesar pada Galaxy Z Flip
Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan skrin FlexWindow terbesar didalam sejarah dengan ukuran 4.1-inci dan paparan ini sangat futurstik untuk dilihat dimana skrinya memenuhi keseluruhan panel hadapan (apabila dilipat).
Selain itu, FlexWindow pada Galaxy Z Flip7 kini menyokong penggunaan kesemua aplikasi yang digunakan pengguna tanpa sebarang limitasi.
Lebih lanjut, paparan FlexWindow ini adalah panel OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan vision booster.
Skrin paparan utama lebih besar tanpa ‘crease’ yang ketara
Samsung Galaxy Z Flip7 kini hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2x Infinity Flex Display berukuran 6.9-inci yang lebih lebar dan selesa untuk digunakan. Ianya adalah panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz bersama Vision Booster.
Satu lagi penambahbaikan yang pasti disambut baik adalah kejelasan lekukan skrin yang lebih minima pada generasi terbaru ini.
Cip Exynos 2500
Samsung Galaxy Z Flip7 menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan cipset Exynos 2500 yang menjanjikan prestasi keseluruhan yang lebih baik berbanding Galaxy Z Flip6.
Selain itu, Galaxy Z Flip7 juga hadir dengan One UI 8 bersama Android 16 dan Galaxy AI yang lebih baik pada generasi tahun ini.
Bateri lebih besar
Walaupun tampil lebih nipis, Samsung Galaxy Z Flip7 kini telah menerima peningkatan bateri yang sangat ketara iaitu 4,300mAh yang bermaksud 300mAh lebih besar berbanding bateri yang digunakan pada Galaxy Z Flip6 atau hanya 100mAh kurang berbanding bateri yang digunakan pada Galaxy Z Fold7.
Bersama bateri yang lebih besar, Galaxy Z Flip7 turut membawa sokongan pengecasan pantas FastCharge 2.0 pada kadar 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 sekarang!
Samsung Galaxy Z Flip7 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blue Shadow, Jet Black, Coral Red dan Green Mint yang merupakan warna eksklusif di Samsung.com.
Samsung Galaxy Z Flip7 akan ditawarkan pada harga RM 4,999 bagi versi 12/256GB dan RM 5,599 bagi versi 12/512GB.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip7 kini dibuka secara rasmi sehingga 31 Julai ini dengan jualan rasmi akan bermula dari 1 Ogos 2025.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 di SINI







