Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip7 FE – Alternatif bajet kepada Galaxy Z Flip7
Samsung Galaxy Z Flip7 FE juga telah dilancarkan bersama Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 yang mana telefon pintar flip disasarkan kepada pengguna pertama yang mahu mencuba telefon pintar boleh lipat.
Menariknya, Galaxy Z Flip7 SE ini kelihatan seperti Galaxy Z Flip6 dalam pelbagai aspek namun adalah tanggungjawab kami untuk memberikan pandang pertama kami tentang telefon pintar ini.
Dikuasakan cip Exynos 2400
Galaxy Z Flip7 FE dikuasakan dengan cip Exynos 2400 yang merupakan cipset flagship 2024 daripada Samsung dan ianya dilihat mampu menawarkan pretasi yang baik. Bersama cipset ini juga disertakan 8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB.
Lebih lanjut, Galaxy Z Flip7 FE juga hadir dengan One UI 8 yang berasaskan Android 16 dan jaminan 7 tahun kemaskini Android dan keselamatan berkala daripada Google.
Sensor utama 50MP
Walaupun sebuah telefon pintar bajet, Galaxy Z Flip7 FE memiliki sensor utama 50MP yang mampu memberikan hasil imej yang sangat baik.
Bateri 4,000mAh
Samsung Galaxy Z Flip7 FE memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang dijangka mampu memberikan jangka hayat bateri yang memuaskan. Ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 25W Super Charge 2.0.
Dua pilihan warna & Eksklusif di atas talian
Samsung Galaxy Z Flip7 SE akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu White dan Black yang mana ianya akan dijual secara eksklusif di atas talian.
Dapatkan Galaxy Z Flip7 FE Sekarang!
Samsung Galaxy Z Flip7 FE adalah sebuah alternatif yang murah kepada Galaxy Z Flip7 namun dengan harga jualan yang kompetitif, pasti ada yang mahu memilikinya.
Samsung Galaxy Z Flip7 FE akan ditawarkan pada harga RM 3,999 bagi versi 8/128GB dan RM 4,299 bagi versi 8/256GB.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 FE di SINI





